ERA NABI ADAM A.S. (BANGSA MIM – 2)

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah: Ayat 30)

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar!” (Al-Baqarah: Ayat 31)

.

Di sambungan siri ke-2 ini, saya cuba menjawab kepada persoalan mengenai siapakah ADAM sebenarnya dan apa yang dipimpin oleh ADAM serta perkara yang dirisaukan oleh para malaikat sebelum ADAM diadakan sepenuhnya.

Penciptaan ADAM ini boleh diibaratkan seperti ‘secret creation’ yang mana hanya beberapa makhluk tertentu sahaja yang dapat mengetahuinya.

Selaras dengan itu, maka berlaku kejadian di mana suatu ‘notis di langit’ dipamerkan memberitahu bahawa akan ada makhluk ALLAH yang akan merusuh dan membelot.

Akibat takut dengan ‘notis’ di langit itu, para malaikat mendatangi AZAZIL, yakni satu-satu bangsa JAN yang terselamat dari ‘kemusnahan total’ di bumi lama.

.

AZAZIL memang terkenal dengan sikap abidnya dan dia juga dikenali sebagai pendoa yang dimakbulkan ALLAH. Dia mendoakan sekalian malaikat akan tetapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri.

Akibatnya, di hari ‘pelancaran’ ADAM yang sempurna ini, AZAZIL dan konco-konconya terdiri dari sebahagian kecil para penduduk langit yang terselamat dari pemusnahan bumi lama telah belot dan engkar akan arahan ALLAH untuk tunduk kepada ADAM.

Oleh kerana itu, AZAZIL dan konco-konconya diturunkan ke bumi baru dan bermulalah era IBLIS yang mana akan menjadikan bumi sebagai penjara untuk waris ADAM serta neraka di kemudian hari. Mereka inilah di gelar ‘FALLEN ANGEL’.

Manakala ADAM pula diciptakan untuk menjadi KHALIFAH yang mana baginda akan menerajui bumi baru.

Sebelum diturunkan ke bumi, ADAM hidup tenang dengan isterinya HAWA di ‘syurga’. Hendak dijadikan asbab musabab, mereka berdua memakan buah KHULDI atau digelar FRUIT OF KNOWLEDGE oleh para kristian, lalu turun ke bumi ini.

Pada ketika itu, bumi baru telah dipenuhi dengan pelbagai makhluk termasuk makhluk-makhluk hybrid yang tiada hala tuju. Jika difikir dari sudut logik, masa penurunan iblis dan konco-konconya sehinggalah kepada penurunan ADAM dan HAWA itu agak lama juga jika dikira berdasarkan masa bumi. Tatkala itu, bumi juga sudah dipenuhi dengan flora dan fauna.

Dalam siri 1, saya telah menerangkan tentang ADAM diberi ILMU SEGALA. Ilmu segala ini adalah ilmu nama-nama yang mana membolehkan ADAM mengawal langit dan bumi di atas keizinanNYA. Ilmu ini amat hebat dan sentiasa dicari serta diingini oleh IBLIS dan konco-konconya.

Penurunan ADAM ketika itu ibarat rahmat untuk sekalian alam. ADAM dan warisnya mula menerajui alam dengan keizinanNYA. Lantas, ketika itu, pelbagai makhluk tinggal di bawah penguasaan ADAM serta warisnya dan ianya digelar sebagai satu bangsa.

.

ERA ADAM

“Manusia dulunya SATU UMAT, kemudian berpecah-pecah” (Al-Quran 19:10)

Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya menjadi khalifah. ADAM yang berumur hampir 1,000 tahun itu sudah tentu dapat mendirikan ketamadunan yang hebat demi menyatukan semua makhluk di bawah kekhalifahannya.

Dengan ILMU SEGALA diberikan padanya itu, ternyata dia dapat mengurus SATU UMAT dengan baik. Bagaimanapun, dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang diberi HAQ untuk menguruskan dunia secara bersama.

Sedikit tentang kisah era ini boleh dibaca dalam artikel berikut:

https://www.google.com/amp/s/zulsegamat.wordpress.com/2016/08/03/nabi-syith/amp/

.

Jika anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan dalam agama, anda tentu pernah mendengar frasa ini; “ADAM mewariskan amanahNYA kepada keturunannya”.

Terdapat dua pergertian untuk ini…

Salah satunya adalah mengenai pewarisan ILMU SEGALA ini yang sesekali tidak akan hilang sehinggalah hari kiamat.

Keduanya adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap ke dalam ADAM lantas diwariskan kepada anak cucunya yang HAQ.

Apapun, saya tidak akan mengulasnya lanjut kerana itu amat berat untuk orang awam dan biarlah kalian sendiri yang mencarinya dengan berguru… InsyaAllah.

Pewaris ILMU SEGALA ini diberi HAQ untuk mengurus langit dan bumi. Mereka ini boleh kita gelarkan sebagai DEWA-DEWI. Orang zaman dahulu pula menyebutnya sebagai TUHAN-TUHAN. Biarpun apa frasanya, yang penting, mereka-mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang maha besar.

Kemudian, berlakulah pertikaian dan ia menyebabkan Umat yang satu ini berpecah-pecah. Pertikaian ini timbul dari mereka yang ingin menjadi ‘dewa-dewa’ tapi tiada HAQ.

Ada yang mencuri sedikit dari ILMU itu dan membina ketamadunan yang lain. Pada masa yang sama juga, terdapat DEWA-DEWI yang memilih untuk hanya bermatlamatkan DUNIA ADALAH SEGALA.

Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, yakni ‘CAHAYA/LIGHT’ yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan ‘GELAP/DARK’ yang mahukan dunia menjadi matlamat segala.

Bagaimanapun, kita harus tahu, biarpun LIGHT and DARK sekalipun, ini semua di atas kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?

Pertentangan ini pun telah berterusan sehinggalah berlaku peperangan. Perkara ini sudah pun dijangka oleh para malaikat sebelum ini kerana mereka tahu model ADAM ini tetap akan bermatlamatkan kehancuran mereka sendiri.

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu” (Al-Quran 34:7)

Itulah yang telah ditetapkan oleh ALLAH s.w.t. Inilah sebab musabab untuk kehancuran umat era ADAM ini. Meskipun demikian, tidak jelas diketahui punca sebenar mengapa umat ini harus ditamatkan.

Daripada pengkajian saya, ada yang mengatakan penguasaan NEFILIM atau gergasi di era ini amat membimbangkan. Dalam mitos ketamadunan SUMERIA pula, dikatakan ENLIL mahu hapuskan manusia kerana mereka membiak dengan cepat sehinggakan langit dan bumi di penuhi dengan mereka. Biar apapun ceritanya, kemusnahan itu tetap berlaku dan bumi baru telah di‘bersihkan’ dan kehidupan baru kini bermula.

.

ERA ADAM – ERA LIGHT and DARK

“Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya” (Surah Al- An’am: Ayat 123)

“Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian lain beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.” (Surah Al-An’am: Ayat 165)

.

Saya cuba ‘mengintai’ apa yang ada di sana. Daripada apa yang saya tahu… pada ketika itu, mereka berinteraksi tanpa kata-kata. Pada mulanya saya ingatkan TELEPATI, tapi sebenarnya bukan.

TELEPATI adalah ‘jurus’ komunikasi mengunakan otak, tapi apa yang berlaku di situ adalah mereka mengunakan hati semata-mata di mana OTAK pulak adalah kontena tempat nafsu semata-mata.

Maksud saya, otak yang mengawal segala perbuatan mereka sebagai manusia seperti makan, minum dan sebagainya akan tetapi, hati pula mereka jadikan sebagai ‘device’ atau alat untuk melakukan jurus-jurus hikmat seperti terbang, berjalan atas air, bertukar bentuk atau sebagainya.

Hampir kesemua mereka mampu melakukan sedemikian, akan tetapi ada juga yang tidak boleh. Dek kerana itu, bagi yang tidak boleh berbuat begini cemburu lantas menjadikan dunia fizikal sebagai ‘keajaiban’ mereka.

Maka, terciptalah sebuah ketamadunan yang kita ketahui sebagai ATLANTIS dan LEMURIA. Asalnya, mereka semua ini adalah penghuni benua PENTAS SUNDA yang tinggi tanahnya.

Saya tidak tahu tepat apa nama sebenarnya. Bagaimana hendak saya tahu, sedangkan ‘penduduk’ zaman itu pun tidak berkomunikasi menggunakan bahasa dan kata-kata.

Tapi, bukti yang jelas mengatakan di sini, yakni nusantara adalah PENTAS SUNDA dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan tertua di dunia dan terdapat sebuah daerah di Sumatera dinamai dengan nama LEMUR.

http://www.travelblog.org

Tapi, bukti paling jelas adalah, kajian daripada STEPHEN OPPENHEIMER dan PROF ARYSIO SANTOS, serta THOMAS SUAREZ yang membukukan kajiannya mengenai peta kuno dalam buku bertajuk “EARLY MAPPING OF SOUTHEAST ASIA: THE EPIC STORY”.

.

Dalam buku EDEN IN THE EAST pula oleh STEPHEN OPPENHEIMER ini, beliau menerangkan secara saintifik mengenai berlakunya banjir besar ketiga yang mana telah menghapuskan sebahagian besar pemukaan bumi dan cerita mengenai pelayaran NOH dalam pelbagai versi ketamadunan dunia.

.

PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di NUSANTARA dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian. Tapi malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya diterbitkan, beliau telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua adalah perbuatan sabotaj yang mana ianya tidak mahu kebangkitan di NUSANTARA terjadi.

.

Apakah kalian dapat melihat pola pergerakan kajian dari pengkaji barat ini?

Baiklah, saya cuba bukakan minda kalian seketika. Pada zaman dulu, yakni di era penjajahan, eksplorasi dunia diterajui oleh pihak barat yang mana mereka tiba-tiba mahu mencari ‘the lost world’.

Akhirnya, CHRISTOPHER COLOMBUS mengaku menjumpai AMERIKA dan menggelarkannya itu sebagai ‘the lost world’. Tapi, hakikatnya apa yang dicari oleh COLOMBUS itu adalah salah dan dia telah dimalukan.

Eksplorasi ini berterusan sehinggalah mereka bertemu dengan piramid GIZA dan mula mengkaji mengenai ketamadunan itu. Akhirnya, mereka cuba menggali mengenai asal keturunan para FIRAUN ini.

Di era millenium pertama dan kedua, secara tiba-tiba, para pengkaji barat cuba mengalih perhatian mereka kepada NUSANTARA. Akan tetapi, kebanyakan dari mereka ini adalah pengkaji bebas dan tidak terikat dengan apa-apa organisasi.

Sejak dari itu, mereka dapat merungkai misteri yang lepas-lepas seperti contoh, di mana ‘the lost world’, ‘solomon’s mine’, ‘asal keturunan FIRAUN’ dan sebagainya. Segalanya berpunca daripada ini.

Jika dikaji, di permukaan tanah nusantara kini, tiada sisa-sisa ketamadunan yang hebat-hebat seperti Sumeria, Mesir dan sebagainya. Jadi, bagaimana mereka boleh katakan semuanya berada di sini?

Setakat ini, mereka hanya dapat buktikan segala pernyataan itu dengan menyelaraskan ‘data’ dari manuskrip dan buku-buku sejarah.

Jadi, untuk mengkaji perihal itu, para pengkaji terpaksa menaiki ‘mesin waktu’ dan kembali ‘hidup’ di ERA ADAM sehinggalah terjadinya pepecahan UMAT YANG SATU INI.

Inilah yang saya cuba bawakan kepada anda. Saya hanya ‘tourist guide’ di dalam mesin waktu ini, dan anda adalah para pengkajinya. Tujuan kita adalah sama, yakni untuk menggali kembali sejarah yang hilang (THE LOST WORLD, sudah tentu ‘lost’, sebab itu ler kena ‘gali’ kembali).

https://www.google.com/amp/s/zulsegamat.wordpress.com/2016/07/17/dahulu-mereka-pernah-datang-mencarinya-kini-mereka-akan-datang-mencari-lagi/amp/

.

DEWA-DEWI dan DARAH DIRAJA

“Katakanlah: Allah-lah yang memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya kembali; maka bagaimanakah kamu dipalingkan?” (Surah Yunus: Ayat 34)

“Maka jika kamu berada dalam keraguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu.” (Surah Yunus: Ayat 94)

.

Pada era ADAM dan anak cucunya, para pengurus langit dan bumi ini digelar DEWA-DEWI. Bila saya kata begitu, sudah pasti ada daripada anda mengatakan “apakah ALLAH itu lemah sehinggakan perlukan pengurus di langit dan di bumi?”

Jika ada yang berkata begitu, ayat pertama yang akan saya semburkan adalah “SIAPA YANG MELEMAHKAN SIAPA? ALLAH ITU MAHA BERKEHENDAK dan adakah kehendakNYA itu akan melemahkan DIA, sudah tentu tidak. Itulah tanda kekuasaaNYA”

Fahamilah tentang sifat 20 betul-betul.

https://zulsegamat.wordpress.com/2017/04/27/mengenal-sifat-20-allah-swt-dan-memahami-penjelasan-tentangnya/

Saya tahu, memang ramai yang belum mampu untuk ‘open-minded’ dalam hal sebegini, dan kerana itulah dalam artikel ini saya tegaskan berulang-ulang kali mengenai sikap muslim kini yang mana mereka suka sangat melemahkan kekuasaan ALLAH. Seolah-olah, mereka pula tuhannya. Jika berlaku kajian pelik-pelik sedikit, dengan cepat mereka akan katakan ‘Jangan cabar Tuhan?”. Apakah Tuhan itu tercabar? Tentu TIDAK.

Sudah tentu tidak kerana setiap kejadian itu adalah menunjukkan MAHA BESAR Dia dalam memberi keizinan.

.

Perkara paling penting di sini adalah:

1- DIA itu ‘laisa kamislihi syaiun’ (tidak menyerupai mana-mana pun baik kejadian atau khayalan);

2- DIA maha besar (seluas mana pun manusia eksplorasi atau ciptaan pun, kekuasaanNYA tetap tidak dijangkau); dan

3- Keupayaan itu adalah hak milik sepenuhnya dari DIA.

Inilah antara intipati dari ILMU SEGALA itu. Bagaimana saya tahu? Sudah tentu saya harus tahu, jika tidak bagaimana saya boleh ceritakan kepada kalian pulak.

Tapi, ILMU SEGALA ini bukanlah ilmu yang ditujukan pada sesuatu, maka terus jadi ia (Kun faya Kun / Abra Ca Dabra). Ini bukan zamannya.

Zaman kini adalah zaman di mana semua kejadian berlaku atas dasar fizikal dan berdasarkan keterbukaan minda manusia. Oleh kerana itu, tidak banyak kejadian aneh-aneh berlaku kini sebab keilmuan dan kejadian aneh-aneh itu hanya berlaku andai manusia telah mula melupakanNYA.

Menyebut perihal ilmu segala ini, pada era ADAM dan seterusnya, sehingglah ‘hari pembersihan’ itu, Dewa-dewi ini ada juga mengangkat dari kalangan mereka sebagai raja.

Raja-raja ini akan tinggal di istana yang penuh hiasan yang cantik dan diperbuat dari emas permata. Ini semua berdasarkan memori yang ada pada manusia itu tentang ‘syurga’ di mana tempat asalnya ADAM dan HAWA.

Dewa-dewi ini telah mengurus langit dan bumi manakala raja-raja ini pula mengawal dan menjadi khalifah kepada UMAT YANG SATU ini. Hanya Manusia yang berHAQ dan mempunyai ILMU SEGALA akan menduduki takhta paling tinggi di bumi ini.

Kelebihan pada golongan bangsawan ini adalah, mereka-mereka ini mampu untuk berubah bentuk daripada manusia kepada haiwan-haiwan yang dianggap suci atau menzahirkan simbol-simbol tertentu.

Mereka ini mampu untuk mengubah diri mereka menjadi NAGA, HARIMAU atau GARUDA dan sebagainya jika mendapat keizinanNYA. Hal ini ada disebut dalam buku STEPHEN OPPENHEIMER dan cerita mitos dunia. Mereka inilah disebut sebagai ‘The Serpent’ atau ‘Shape-shifter’. Kepakaran mereka dalam mengubah bentuk jasad ini adalah kurnianNYA tapi di era LIGHT and DARK, terdapat golongan yang mencuri keilmuan itu dan menjadi raja di ketamadunan lain.

Pada ketika itu juga, Dewa-dewi mula terpecah kepada dua. Akhirnya, era-era kegemilangan ini terhapus dan NOH berjaya menyelamatkan segolongan manusia dari bencana itu.

Dewa-dewi ini tetaplah juga manusia akan tetapi mereka ini adalah golongan yang mendapat keilmuan yang tinggi kerana tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka. Dikhabarkan, ketika Rasullullah SAW lahir ke dunia, maka terhapuslah tanggungjawab mereka kerana besarnya rahmat pada baginda Muhammad SAW.

Jadi, berakhirlah era pengurusan dewa-dewi ini selepas kelahiran Baginda Muhammad SAW… akan tetapi tidaklah berakhir ilmu mereka itu, bahkan dikatakan mereka ada di kalangan kita… mereka inilah ada yang memanggilnya sebagai ‘wali-wali ALLAH’ yang hidupnya cukup panjang.

.

PETA BERLAPIS DUA

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak di langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al-Baqarah: Ayat 29).

“…Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Al-Maidah: Ayat 17).

.

Pada era ADAM, kayangan dan bumi saling terbuka. Sentiasa ada turun-naik daripada kedua-dua alam ini. Meskipun demikian, tidak semua yang dapat menaiki Kayangan dan dapat turun ke bumi semula.

Saya pernah bermimpi beberapa kali tentang kayangan ini. Di dalam mimpi-mimpi itu, saya melihat seolah-olah banyak refleksi aneh daripada permukaan bumi di langit sana. Agak tergamam ketika itu. Sungguh menakjubkan.

Bagaimanapun, saya abaikan perihal mimpi itu, sehinggalah saya sedar tentang kaitannya dengan artikel MIM ini – takkan hilang di dunia.

Tanah Kayangan ketika itu cukup hampir sehinggakan boleh turun-naik tapi akhirnya, tanah itu semakin jauh dan jauh. Hal ini boleh dikaitkan dengan hukum fizik – teori big bang, di mana alam (universe) semakin menjauh.

Saya ada menemubual seorang tua yang agak hebat juga ilmu sufinya. Dia mengatakan, bintang-bintang di langit itu adalah perhiasannya dan dia menanya saya tentang definisi ‘hiasan’ yang telah disebut dalam AL-QURAN.

Maka, saya menyebut hiasan itu adalah dekorasi atau sesuatu untuk mencantikkan. Kemudiannya, beliau mengatakan itulah cahaya lampu-lampu di dunia kayangan. Saya terkejut seketika dan amat sukar untuk menterjemahkan kata-kata itu. Biar apa pun bentuk kayangan, saya tahu bahawa terdapat komunikasi di antara dua alam ini.

Atau, kayangan itulah langit-langit yang diciptakan oleh ALLAH yang dihuni oleh penduduk langit sebagaimana yang telah kita ketahui selama ini. Biar apapun misterinya, yang pasti, di ‘atas’ sana terdapat penduduk sebagaimana kita juga di muka bumi ini.

.

ERA KEHANCURAN – PELAYARAN NOH

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu” (Surah Al-An’am: Ayat 6).

Selepas beberapa siri peperangan yang amat hebat, dikhabarkan bahawa bumi ketika itu harus di ‘bersih’ kan demi kesejahteraan ADAM – manusia khalifah. Pada ketika tu, banjir besar mulai melimpah-limpah. Terdapat bukti saintifik mengatakan bahawa pada jutaan tahun dulu, bumi mempunyai dua bulan dan satu daripadanya telah ‘lari’ dan menyebabkan gegelang bulan yang terdiri dari ais itu jatuh ke bumi lalu menyebakan banjir besar.

Dalam buku EDEN IN THE EAST pula, STEPHEN OPPENHEIMER mengatakan sebelum terjadinya banjir besar terhebat ini, sudah terjadi 2 kali banjir sebelumnya tapi ia tidak membawa kepada kemusnahan. Pada kali ketiga itu, suhu mulai menurun dan menyebabkan banyak tanah-tanah membeku. Bila tiba masanya, secara tiba-tiba, ais ini mencair dan telah menyebabkan banjir yang membinasakan berlaku di seluruh dunia. Akibatnya… dunia dalam era banjir besar.

Bahtera NOH yang dapat memuatkan ribuan umat manusia dan ribuan spesis haiwan ini amat menghairankan saintis pada zaman ini. Jika benarlah apa yang di khabarkan di dalam BIBLE dan AL-QURAN, maka bahtera ini cukup-cukup besar kerana dapat membuatkan sekalian mahkluk demi penghidupan selanjutnya. Mungkin sebesar Semenanjung Malaysia ini agaknya.

Di atas bahtera itu, NOH adalah raja dan diibaratkan pula BAHTERA itulah satu-satunya tanah yang berpenghuni. Jika diselidiki, NOH lah yang mempunyai ILMU SEGALA itu. Jika tidak, masakan dapat beliau membina bahtera yang cukup besar dan mengarah sekalian makhluk menaiki bahteranya itu, baik haiwan, manusia atau jin sekali pun.

Persoalannya, sebesar manakah BAHTERA itu?

Saya ajukan persoalan ini kepada seorang tua di Cheras. Dia mengatakan bahawa, besarnya bahtera Noh itu adalah sehinggakan di dalamnya wujud sungai, pokok-pokok dan bukit-bukit tempat bernaungnya haiwan-haiwan.

Saya soal lagi, ‘apakah itu tanah yang terapung?’. Orang tua itu menjawab; “Tidak. Ia adalah bahtera dan lamanya ia berlayar, sehinggakan muncul satu kaum hasil dari transformsi UMAT YANG SATU itu.”

Jadi, jika benarlah kata orang tua itu, maka memang benarlah NOH adalah ‘raja lautan’ dan waris NOH lah yang mewarisi ilmu segala itu. Selepas lamanya pelayaran itu (akibat menunggu air banjir surut), akhirnya bahtera mereka terdampar di suatu tempat di sekitar Asia tengah di mana dikatakan di sinilah bermulanya era ketamadunan baru muncul.

Dari transformasi dan asimilasi, wujud manusia yang berupa kita kini yang mana merekalah yang akan meneruskan penceritaan bumi baru ini sehingga ke hari kiamat.

Ada perbezaankah manusia kini dan manusia dulu? Dari pengetahuan saya, perbezaannya adalah pada had (limit) manusia itu sendiri di mana, manusia kini tidak lagi mampu untuk membuat kelakuan di luar adat (magik) dan tidak mampu untuk berubah bentuk lagi seperti manusia zaman Era ADAM kecuali dengan ILMU SEGALA.

Akhirnya, pelarian dari tanah tenggelam itu mendarat dan membina ketamadunan mereka sendiri. Berlarianlah dan bertebaranlah mereka ke seluruh dunia sehingga tiba masanya, wasiat NOH harus di tunaikan.

APAKAH WASIAT NOH itu? Ohh ya, tadi saya katakan tentang wujudnya satu bangsa baru di dalam bantera noh itu bukan?

Definisi untuk bangsa ialah suatu kumpulan manusia yang mempunyai identiti, kebudayaan, genetik, siri wajah dan ketamadunan yang sama. Jadi, apakah bangsa yang pertama sekali wujud di muka bumi itu?

Bangsa itu adalah bangsa yang berdarah diRaja dan berisi ilmu segala yang mengetahui wasiat NOH. Bangsa itu adalah bangsa MIM…

.

Allahu’alam.

Bersambung di bahagian seterusnya…