SIAPA YANG MEMINDAHKAN ISTANA RATU BALQIS

Satu kisah ganjil yang melibatkan seorang hamba Allah yang mendapat kelebihan-Nya ialah kisah yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman, bila Nabi Sulaiman hendak membawa istana Ratu Balqis dari negaranya yang jauh ke hadapan nabi Sulaiman a.s.

.
Ratu Balqis juga dikenali sebagai Ratu dari Saba’ atau Ratu dari Sheeba (Bahasa Arab: ملكة بلقيس‎) adalah seorang ratu yang memerintah kerajaan kuno Saba’ yang disebut dalam Injil Ibrani, Perjanjian Baru dan Al-Quran. Ibu kota Saba’ dipercayai ialah Ma’arib yang terletak berhampiran kota Sana’a, ibu negara Yaman sekarang. Selain Yaman, daerah kekuasan Saba’ meliputi Eritrea dan Habsyah juga.

.

Kisah ini disebutkan dalam surah An-Namli, ayat 38-40. Nabi Sulaiman bertanya siapa di antara para pembantunya yang dapat membawa istana itu ke hadapannya. Maka para jin Ifrit menjawab bahawa mereka sangup melakukannya sebelum Nabi Sulaiman beredar dari tempat tempat duduknya.

.

Tetapi seorang hamba Allah yang menguasai “ilmu dari Kitab” berkata bahawa beliau sanggup membawa istana itu sebelum mata Nabi Sulaiman sempat berkelip.

Akhirnya istana Ratu Balqis itu dibawa ke hadapan Nabi Sulaiman oleh hamba Allah itu, padahal dia bukan Nabi dan bukan pula jin Ifrit, tetapi dia diberi oleh Allah ilmu dari “Kitab”.

.

Menurut para pentafsir, hamba Allah yang beroleh ilmu Allah itu bernama Asaf (Asif) bin Barkhaya, Wazir Nabi Sulaiman sendiri. Beliau adalah seorang yang dikenal dengan soleh dan takwa. Dia adalah Wali Allah. Dikatakan juga bahawa beliau telah diberi Allah rahsia “Ismul A’azam” . Bila dia berdoa dengan menyebutnya nescaya doanya dimakbulkan oleh Allah dengan serta-merta.

.

Maka dengan adanya seorang hamba Allah (Asif bin Barkhaya) yang bukan seorang Nabi atau Rasul, yang berupaya melakukan kerja yang begitu besar… malah lebih besar daripada keupayaan jin Ifrit, membuktikan bahawa Asif bin Barkhaya itu tidak lain dari seorang Waliyullah, hingga doanya dikabulkan oleh Allah dengan serta-merta.

.

Empat kisah tentang karamah yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang sangat dikasihi-Nya itu adalah kisah yang telah difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran.

.

Orang-orang yang dikasihi-Nya itu tidak lain daripada para Aulia.

.

Semua cerita di dalam al-Quran adalah benar kerana cerita-cerita itu diwahyukan oleh Allah sendiri.

.

Cerita tentang kelebihan yang diberikan kepada Penghuni Gua ( Ashabul Kahfi), Siti Maryam, Khidhir dan Asif bin Barkhaya itu, di dalam istilah lain adalah karamah yang diberikan oleh Allah kepada para Aulia.

.

Walaupun ayat-ayat yang telah menceritakan hal-hal luar biasa yang dialami oleh sesetengah hamba Allah itu letaknya berpisah-pisah tetapi jelaslah bahawa ia mengandungi mesej atau tujuan yang sama, iaitu bahawa Allah berkuasa memberikan sebahagian dari ilmu-Nya, nikmat-Nya atau kelebihan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, apalagi kepada orang yang amat dikasihi-Nya

.

.

Allah pernah berfirman bahawa ilmu yang diberikan oleh Allah kepada manusia itu amat sedikit. Maka nikmat yang berupa kebolehan melakukan hal-hal yang luar biasa dan ghaib yang diberi oleh Allah kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya itupun amat sedikit berbanding dengan ilmu Allah sendiri.

.

Berdasarkan kisah-kisah luar biasa di dalam al-Quran itu, dapatlah dirumuskan bahawa Allah berhak mengurniakan karamah kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya kerana sebab-sebab yang hanya diketahui oleh Allah sendiri.

.

Tetapi karamah itu biasanya tidak diberikan melainkan kerana hamba-hamba-Nya itu sangat takwa, sangat patuh dan ikhlas beramal dengan segala perintah Allah untuk mengharapkan keridhaan-Nya semata-mata.

.

Maka kepada hamba-hamba-Nya yang dikasihi itu Allah tidak teragak-agak mengkabulkan segala doa mereka bila mereka berdoa, seperti doa yang dipohon oleh Asif bin Barkhaya.

.

Sementara dalam situasi lain, Allah berkuasa memberi dengan kehendak-Nya sendiri tanpa menunggu doa yang dipohon oleh hamba-hamba-Nya yang dikasihi

.

.

Allahu’alam…

2 thoughts on “SIAPA YANG MEMINDAHKAN ISTANA RATU BALQIS

  1. Hebat sungguh para sufi dan wali Allah ni… Diberi karamah yg tak terjangkau fikiran manusia biasa… Manusia biasa mcm kita ni tak layak la dapat karamah2 ni…

  2. Subhanallah. Touched, masya’ Allah.
    “Sementara dalam situasi lain, Allah berkuasa memberi dengan kehendak-Nya sendiri tanpa menunggu doa yang dipohon oleh hamba-hamba-Nya yang dikasihi.”

Leave a comment