SIAPAKAH ULAMAK JAHAT (ULAMAK SUK) ITU ?

Sejarah menunjukkan pada kita, bila ulamak2 yang menganut agama dari Nabi2 atau agama yang akhir sudah terlalu jahat, itu pertanda bahawa Tuhan akan datangkan Penyelamat.

.

.

Ertinya kalau di zaman masih ada Rasul, maka seorang Rasul yang akan didatangkan. Akan tetapi, selepas zaman Rasul tak ada lagi, maka bila ulama sudah jahat sangat… itu tanda penyelamat yang bukan Rasul akan datang.

Memang sebelum masyarakat rosak, sebelum rakyat rosak, ulama dirosakkan oleh Tuhan lebih dahulu. Itulah yang dikatakan ulama suk atau ulama yang jahat.

Sabda Rasul saw yang maksudnya:
“Ada 2 golongan di kalangan manusia. Kalau 2 golongan itu baik maka baiklah semua manusia, kalau 2 golongan itu jahat maka jahatlah manusia; iaitu para ulama dan pemimpin”.

Rasul saw. dalam hadis ini menyebut ulama dahulu sebelum menyebut pemimpin. Ertinya bila ulama rosak maka pemimpin/kerajaan/penguasa, akan ikut rosak pula. Selepas itu diikuti oleh rosaknya rakyat, rosaknya orang ramai.

Di zaman kita ini kedua2 golongan itu sudah rosak, iaitu ulama dan pemimpin atau penguasa/pemerintah. Di zaman sekarang kemuncak kerosakan ulama itu telah berlaku.

Rasul saw. berkata… di akhir zaman banyak ulama suk. Akhir zaman itu adalah zaman kita ini. Sejauh mana suk atau jahatnya ulama ini?
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali ” (HR Al-Baihaqi)

Mari kita analisa sejauh mana rosaknya ulamak. Kita lihat dulu daripada konteks Malaysia dan Indonesia, kemudian kita bandingkan dengan apa yang telah berlaku di seluruh dunia ini.

Sudah banyak aspek kerosakan yang berlaku di kalangan ulama…

.

1. Ulamak sudah cintakan dunia.

Cinta dunia itu ibunya kejahatan, puncanya kejahatan, pintu masuk kejahatan untuk berhadapan dengan kejahatan yang lebih banyak.

Cinta dunia membuka pada kejahatan yang lebih banyak. Sebab Rasul saw. berkata cinta dunia itu ibu segala kejahatan, jadi bila ibunya sudah berlaku, untuk anak2nya lagi mudah berlaku.

Maksud cinta dunia itu adalah cinta duit, cinta harta, cinta nama, cinta jawatan, cinta “glamour”, itu semua bentuk cinta dunia. Bila ulama sudah cinta dunia, maka akan lahir di kalangan ulama kejahatan2 lain. Dari kejahatan ini timbul kejahatan kedua.

.

2. Ilmunya tidak lagi global

Mengapa ilmunya tak global? kerana ulama ikut sistem pelajaran dan pendidikan yang sudah disusun oleh Barat. Kalau ikut sistem Barat maka bila sudah lulus periksa dia akan rasa belajarnya sudah cukup. Sebab periksa itu kalau sudah lulus, hendak kejar dunia: pangkat, jawatan, nama dsb.

Tidak seperti ulama dahulu yang sistemnya tidak seperti ini. Dahulu ulama mengaji sampai puas. Tak berbentuk seperti sekarang ini ada sukatan2 tertentu. Jadi ulama dahulu tak tahu dia sudah lulus atau belum sebab tak ada sijil.

Sekarang tidak begitu. Bila ulama itu sudah ada kelulusan maka pintu dunia terbuka: boleh kerja, boleh makan gaji, boleh dapat jawatan, dsb.

Sebab tujuan mengaji pun hendak dapat dunia. Bila dapat sijil, maka akhirnya setakat itulah ilmunya. Sebab itu ulama sekarang ilmunya tidak global. Sedangkan ilmu Islam itu global, ilmu Islam itu untuk menyelesaikan berbagai2 masalah masyarakat.

Tapi ulamak sekarang ilmunya tidak global, hanya satu aspek sahaja sedangkan ulama adalah tempat bertanya masyarakat. Maka banyaklah masalah tak dapat jawab, banyaklah masalah tidak selesai.

Bila dirujuk pada ulama yang ilmunya singkat, banyak benda tak terjawab, bahkan ramai ulama berkata… “Ini bukan bidang saya”. Akan tetapi… bila nak menyokong sesuatu pihak, benda2 bukan bidang dia pun dia nak keluar fatwa.

Inilah kejahatan yang kedua, kerana ilmu ulama sudah tidak global lagi. Ulama belajar had mana sijilnya laku, setakat itulah dia belajar dan dia tak akan belajar lagi. Ini bahaya.

.

3. Ulamak tak menjadi pewaris Nabi

Rasul berkata: “Ulama itu pewaris Nabi”.

Maksud pewaris itu apa yang datang dari Nabi dari Rasul dipusakakan kepada ulama:

Sudut Ilmu. Dalam point 2 tadi telah disebut bahawa tidak semua bidang ilmu, ulama sekarang dapat miliki. Sedangkan Nabi, Rasul ilmunya global. Jadi di bidang ilmu pun ulama sudah tidak dapat mencontohi Nabi2 dan Rasul2 lagi.

Sudut Ibadah. Patutnya ulamak mewarisi ibadah para Nabi. Tapi ibadah ulama sekarang sudah bukan contoh lagi. Sembahyang pun dibuat cepat2, biasa tak perlu doa iftitah, surah pendek pun tak nak baca, hanya baca yang wajib-wajib sahaja. Sembahyang berjemaah tidak menjadi kebiasaan. Biasa tengok keadaan ini?

Sudut Akhlak. Ulama hari ini tak lagi mencerminkan akhlak Rasul2 dan Nabi2… dari segi diri, peribadi, sikap, percakapan, pergaulan tak menggambarkan lagi akhlak Nabi terutama tawadhu tak ada langsung.

Sedangkan tawadhu itu adalah tradisi para Nabi dan Rasul. Tawadhunya sangat disenangi orang ramai. Dahulu orang ramai jatuh hati pada Ulama kerana tawadhunya tapi sekarang tawadhu pada ulama sudah tak ada. Jadi akhlak pada ulama sekarang khususnya dari sudut tawadhu tak ada, tak mewarisi akhlak Rasul2 dan Nabi2.

.

4. Ulamak bukan lagi milik umum, tapi dimiliki golongan tertentu

Ulamak bukan kepunyaan umum lagi tapi kepunyaan golongan tertentu (milik parti politik misalnya)… sama ada golongan politik pihak pembangkang atau pihak kerajaan.

Jadi para ulamak sudah dimiliki oleh kerajaan atau orang politik. Kerana mahu mencari makan, kerana cinta dunianya, maka dia akan cakap mengikut kehendak orang politik dan kerajaan.

Jadi bila kerajaan mahukan satu perkara, maka dicarilah fatwa2 atau nas2 yang membolehkan. Kalau orang politik atau pihak kerajaan tak mahukan sesuatu, maka dia carilah fatwa2 atau nas2 yang tidak membolehkan perkara itu.

Bahkan ulama sekarang ada yang sudah dimiliki oleh orang Kristian. Ini berlaku di Indonesia. Ulama sanggup diberi wang oleh orang Kristian dan orang Kristian mensyaratkan ulama bila hendak membahagi fatwa. Mereka sanggup jadi orang yang memberi fatwa mengikut telunjuk musuh.

Kalau syarat itu dari kerajaan satu hal, tapi yang berlaku sekarang ulama sudah mengikut apa kata orang Kristian. Apa lagi yang kita boleh harap dari ulama?

Ulama sudah ada agen2 yang memilikinya: orang politik, kerajaan, orang Kristian. Jadi fatwa dibuat ikut kehendak musuh bukan ikut kehendak Tuhan.

.

5. Ulamak hasad dengki pada ulamak yang haq

Bila ulama sudah jahat, dibeli oleh Agen2, sedangkan ulama ada ulama haq juga, maka salah satu kejahatan ulama suk adalah hendak menyorokkan ulama yang haq ini.

Perjuangan ulama yang haq itu dihasad dengki. Kalau ulama haq itu menonjol sangat di mana kalau dibiarkan, semakin nampak kejahatan ulama suk… maka ulama suk itu akan arahkan kerajaan tangkap, jel, paling tidak disekatkan aktiviti ulama yang haq. Ini kejahatan yang ke-5.

Ini berlaku di seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia.

.

6. Lahir ulamak jumud dan ulamak liberal

Ulama yang sudah dibeli ini ada 2 golongan:

Golongan 1. Bila dia diberi duit, dia jadi jumud, beku. Kebanyakannya pendidikan pesantren atau sekolah2 pondok. Jadi bila ulama jumud, sedangkan zaman ini zaman maju, zaman membangun, ini menjadikan orang ramai tidak tertarik dengan kepimpinan ulama kerana jumudnya para ulama.

Golongan 2. Bila diberi duit dia tak jumud, tapi jadi ulama moden, dia menterjemahkan Islam secara Barat supaya diterima orang ramai sebab hari ini orang rujuk pada Barat.

Jadi supaya mereka diterima oleh orang ramai dia pun berfikiran seperti Barat maka lahirlah Islam liberal yang disesuaikan dengan otak mereka dengan tujuan orang ramai boleh terima.

Tapi akhirnya kedua2 golongan ulama ini tidak diterima orang ramai. Yang satu jumud sangat, yang kedua cara berfikir sahaja yang maju, tapi tindakan tak maju. Cara berfikirnya maju tapi rosak kerana agama ditafsirkan cara Barat.

.

7. Ulamak tidak membangun jemaah

Oleh kerana ulama sudah ada agen yang punya, sudah liberal, cara berfikir sudah rosak, atau kerana ulama sudah jumud sangat, maka sunnah yang besar sudah ditinggalkan iaitu membangunkan jemaah.

Membangunkan jemaah itu sunnah yang besar sudah ditinggalkan ulama. Kemudian ada yang mahukan jemaah, tapi diubah suai termasuklah masuk parti politik, bagi mereka adalah jemaah. Lihatlah parti PAS di Malaysia misalnya.

Lagi rosak, akhirnya dia dimiliki oleh orang politik… kalau orang politik itu kuasai negara atau negeri, maka ulama itu dimiliki oleh kerajaan negara atau kerajaan negeri, jadi apa yang dikehendaki oleh kerajaan.

Suara ulama itu disesuaikan dengan kehendak kerajaan dan golongan ahli politik. Jadi kejahatan ke-7 adalah dia tak mahu lagi bangunkan jemaah, sedangkan itu sunnah terbesar Rasul saw.

.

8. Ulamak suka berjalan sendiri untuk tujuan komersil

Ulamak lebih suka berjalan sendiri2 sebab dia fikir ada nilai komersial berdakwah sendiri. Kemudian bila ada duit boleh buka sekolah, dapatlah mengambil duit orang ramai. Bahkan ulama2, kalau hendak buat seminar, hendak buat mensyuarat, syarikat rokok yang sponsor pun ada.

Kejadian ini mungkin di Malaysia masih tertutup, tapi di Indonesia berlaku secara terang2 dengan banner, kain rentang, sebut seminar itu disponsor oleh syarikat rokok.

Jadi kerana ulama hendak kejar dunia sudahlah tak buat jemaah, suka buat sendiri2 kerana hendak buat komersial.

Sebab itu di Indonesia kalau untuk khutbah Jumaat sampai tahap kena bayar, kalau tak bayar tak mahu bagi khutbah Jumaat. Dia tanya dahulu apakah sanggup bayar? Kalau tak sanggup bayar maka tak mahu baca khutbah. Itulah ulama, suka jalan sendiri kerana mahu dapat duit untuk hidup.

Kalau kejahatan2 ini sudah berlaku, jadi kejahatan lain sudah nampak seolah2 jadi kecil.

Dengan 8 jenis kejahatan inipun sudah cukup menghancurkan Islam. Umat Islam sudah bingung sedangkan ulama itu adalah ibarat pagar/benteng Umat Islam.

Bila benteng telah roboh terdedahlah Umat Islam pada bahaya. Itulah yang berlaku sekarang sampai peringkat orang Kristian miliki ulama. Apa lagi yang boleh kita harap dari ulama sedangkan kalau ada sedikit2 kebenaran, kalau dia ulama kerajaan, dia arah kerajaan sekat, ulama2 itu menekan, itu paling ringan. Lebih dari itu suruh tangkap. Kalau sudah begitu kejahatan para ulama akhir zaman, tanda tak boleh harap lagi kecuali datang penyelamat dari Allah.

Jadi sudah terhurailah kejahatan ulama ertinya sudah lengkap kejahatan ulama.

Ulama tak boleh diharap lagi. Tak boleh harap kecuali datangnya penyelamat.

.

Ada 2 perkara yang kita boleh buat:

1. Penyelamat itu ada pengikut. Sebagai pengikut kita kena persiapkan diri supaya bila penyelamat datang nanti, pengikut sudah siap sedia; dan

2. Doa banyak2 agar Tuhan cepat datangkan Penyelamat, agar dunia ada Penyelamat.

Allahu’alam… semoga kita tidak terjebak menyokong ulamak2 jahat (ulamak suk) ini.

Leave a comment