BANJIR BESAR (BANGSA MIM – 3)

ADAM di turunkan selepas bumi di ‘bersihkan’ dari makhluk-makhluk yang suka membuat ‘perang’ yakni di gelar JAN.

Azazil yang berasal dari bangsa JAN ini dinaikkan ke langit dan menjadi IBLIS bila dia enggan untuk ‘sujud’ pada ADAM. Maka, turunlah IBLIS dan konco-konconya lalu membentuk pelbagai makhluk di muka bumi yang ketika itu terumbang-ambing tiada pegangan.

Lantas ADAM turun untuk menjadi khalifah dan membawa semua makhluk itu menuju kesatuan ‘satu umat’ lantas dapat membina ketamadunan yang amat hebat.

Takkala itu, manusia dari benih ADAM yang diberi ilmu ‘pengurusan’ ditabal menjadi Raja Segala Raja (King of Kings).

Para raja ini mampu naik turun di mana sahaja yang menjadi ‘matrix’ dunia manusia. Kenapa sampai begitu sekali? Sudah tentu mereka mampu kerana mereka itu khalifah di langit dan di bumi.

.

.

Para Raja inilah yang digelar sebagai Dewa-dewi yang mampu melakukan perkara di luar adat akal manusia.

Seandainya, kita mendengar ketamadunan di mana-mana planet sekali pun, itulah sisa-sisa ‘pemerintahan’ waris ADAM yang digelar Raja atau Dewa-Dewi ini.

Apa pun, misteri Dewa-Dewi dan mengenai Adam-Adam ini memberi impak yang besar kepada pembaca sekalian. Tidakkah begitu?

Sejak siri 1 hingga 3, ramai yang mungkin bertanyakan mengenai ADAM, Dewa-Dewi dan tentang ILMU nama-nama atau dikenali sebagai ILMU SEGALA ini. Insyallah, saya akan terangkan setiap satu darinya selepas misteri Bangsa MIM ini dibongkar sepenuhnya terlebih dahulu.

Untuk artikel kali ini dan selanjutnya adalah amat berat untuk ditulis kerana ianya memerlukan fakta yang benar-benar kukuh atau sekurang-kurangnya rujukan yang boleh diharap. Artikel pada sebelumnya lebih pada cerita umum, mitos, teori dan fakta yang buktinya secara fizikal sukar untuk dihadirkan.

Biar bagaimanapun, artikel akan datang akan membongkar ‘puzzle-puzzle’ yang telah saya kongsikan dengan anda.

Siri bangsa MIM- tak hilang di dunia ini bukanlah satu artikel panjang yang dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian, akan tetapi lebih kepada kelompok data yang harus saya kronologikan mengikut bahagian-bahagiannya agar kita semua dapat melihat siapakah ‘Melayu’ itu dan siapa pula ‘MIM’ yang sebenarnya.

.

BANGSA MIM KETIKA BANJIR PALING BESAR

Sebagaimana yang kita tahu, pada zaman dahulu, pernah terjadi satu banjir yang dianggap telah memusnahkan hampir separuh ketamadunan manusia di muka bumi ini. Ia bukan saja diceritakan dalam Islam, akan tetapi dalam agama-agama lain juga banyak menyebut perkara yang sama tentang banjir yang hebat ini.

Hampir keseluruhan bangsa-bangsa di muka bumi ALLAH ini ditanamkan memori mengenai banjir besar ini melalui cerita-cerita orang tua, kitab-kitab suci, dan sebagainya.

Tapi, saya hendak menanyakan kepada anda, kenapa hampir semua bangsa dan agama mengatakan tentang BANJIR BESAR?

Persoalannya, kenapa mesti BANJIR?

Kenapa tidak tsunami, ombak besar, ribut petir, taufan atau apa saja yang melibatkan air dan kemusnahan secara lain?

Jika kita fikir secara mendalam, jika banjir, kita akan teringat tentang hujan lebat seperti musim tengkujuh yang biasa berlaku di pantai timur serta sesetengah tempat negara kita. Seperti di dalam filem 2012, apa yang kita lihat itu adalah simulasi kepada tsunami dan peristiwa gempa bumi yang dasyat yang membawa kepada banjir ‘super’.

Seperi di dalam wikipedia, Banjir bermaksud:

“Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau menggenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas”.

Limpahan yang tidak dapat dibendung akan menyebabkan sesuatu kawasan itu dinaiki air. Arus yang sedang meningkat naik itu akan menyebabkan pergerakan di atas dan di bawah air yang besar kemungkinan akan menyebabkan ombak besar dan tsunami.

Banjir yang paling menakutkan ialah banjir yang berpunca dari laut. Seperti yang kita tahu hampir 14 buah pulau dan negara yang akan hilang disebabkan arus laut yang semakin mendadak naik ini.

Ini juga di sebabkan limpahan air yang semakin tinggi yang berpunca dari ais di kutub utara yang semakin mencair. Di antara yang dikhuatiri hilang adalah Sychelles, Tuvalu, Kiribati, dan Palau, serta Maladewa di Samudera Hindia.

Persoalannya, adakah banjir yang datang dari laut inikah yang menyebabkan banjir besar pada zaman nabi Noh a.s dulu? Mari kita lihat tentang hal ini.

.

BANJIR DI SELURUH DUNIA

“Dan Noh berkata: “Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya.”

Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Noh memanggil anaknya – sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: “Hai anakku, naiklah bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.”

“Anaknya menjawab: “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!” Noh berkata: “Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah Yang Maha Penyayang”. Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.”

“Dan difirmankan: “Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit berhentilah,” dan airpun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itu pun berlabuh di atas bukit Judi , dan dikatakan: “Binasalah orang-orang yang zalim .” (Ayat 41-44: Surah Hud)

Inilah persoalan yang sering diajukan pada saya. Adakah banjir besar ini meliputi seluruh dunia atau hanya merangkumi beberapa tempat sahaja.

Untuk mendapatkan jawapan itu, mari kita sama-sama menggali data yang ada dan membuat kseimpulan tentangnya bersama. Saya tidak mahu anda hanya mampu menadah ilmu dan taklid padanya. Saya mahu kita sama-sama bangun dan saling berkongsi berlapang dada tanpa ada rasa ego di hati. Insyaallah…

Baiklah, di antara petunjuk-petunjuk yang diperolehi adalah:

1- Hampir seluruh kebudayaan dan agama menceritakan tentang banjir besar yang pernah terjadi di zaman dahulu;

2- Peta pada zaman dahulu bukanlah seperti sekarang. Tambahan pula, Era Noh adalah era di mana kerajaan ‘satu umat’ masih berkuasa. Terdapat juga beberapa ketamadunan di tempat lain dan persoalannya, ketamadunan itu turut musnah atau masih kekal dan berevolusi?;

3- Di dalam buku stephen oppenheinmer, Model ‘Dryas Flood’ di katakan yang terbaik untuk menerangkan kejadian banjir-banjir besar yang pernah terjadi pada zaman dahulu. Dryas adalah Model yang menerangkan keadaan bumi yang super sejuk yang mana apabila cair menyebabkan pencairan yang agak mengejut lantas menyebabkan bumi mengalami limpahan banjir.

Terdapat 3 zaman di mana peristiwa ini pernah berlaku, yakni:

– oldest dryas yang berlaku sekitar 15,000 tahun lalu dan tidak membawa banjir.

– older dryas yang berlaku sekitar 14,000 tahun lalu dan berlaku banjir pertama.

– young dryas yang berlaku sekitar 13,000 tahun lalu dan berlaku banjir kedua.

Di antara tiga fasa ini, yang ketiga itulah yang paling dasyhat.

Kejadian suhu menurun dikatakan secara mendadak dan paling sekejap berlaku. Ia berakhir pada 11,150 tahun lalu dan juga berlaku secara mengejut. Young dryas adalah model penyejukan yang paling mengejut dan membawa bencana.

Bayangkan kutub utara kita tiba-tiba saja menyejuk sehingga dapat ‘membina’ bongkah-bongkah ais raksasa dan kemudiannya mencair tiba-tiba dengan begitu pantas sekali. Kenaikan aras air itu akan menyebabkan aras garam di lautan menjadi tidak stabil lantas menyebabkan perubahan cuaca yang mendadak.

Besar kemungkinan, berlaku ribut petir yang dahsyat kemudian disusuli pulak dengan gempa bumi akibat ketidakstabilan di bawah tanah akibat mendapan air laut yang super berat.

Tekanan demi tekanan kepada bumi akan menyebabkan ia berlaku secara binasa keseluruhan. Ia bukanlah sekadar peristiwa yang boleh dipermain-mainkan. Bila ia berlaku, ia akan menberi impak pada seluruh dunia. Tiada yang terlepas… ; dan

4- Sebagai muslim, kita perlu melihat Al-Quran dalam pengkajian ini. Siapa kata ilmu sains dan ilmu agama tidak boleh disekalikan? Dek kerana itulah banyak pembinaan teknologi memberi kesan negatif pada bumi. Jadi, surah Noh a.s. menceritakan segalanya.

“Sesungguhnya Kami telah mengutus Noh a.s. kepada kaumnya: “Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih”, (Ayat 1: Surah Noh)

“Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,” (Ayat 11: Surah Noh)

“Noh berkata: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi.” (Ayat 26: Surah Noh).

Bukan hanya surah Noh a.s. sahaja yang memberi kata kunci mengenai apa yang sedang berlaku pada zaman dahulu, akan tetapi banyak lagi yang menceritakan perkara yang sama, cuma anda harus mengkaji ilmu lain jugak supaya apa yang anda baca itu anda akan faham.

Kebanyakkan yang saya lihat pada zaman kini, ramai yang mengatakan supaya kita harus kembali pada Al-Quran, akan tetapi pada hakikatnya mereka tidak melakukan apa-apa pun untuk kembali kepada Al-Quran dan ini amat menyedihkan. Mereka hanya memandang remeh pada orang yang membuat kajian berdasarkan Al-Quran dan ada juga yang cuba menghalang mereka yang cuba menaikkan Islam melalui keilmuan.

Jika anda baca Al-Quran dan memahaminya, anda akan lihat banyak persamaan kaum-kaum kafir dan musyrik pada manusia di zaman kita ini. Apakah kita tergolong dari kalangan mereka itu? Sedaya upayalah kita menjauhinya.

Jadi, daripada sedikit petunjuk-petunjuk yang saya dedahkan ini, apa yang anda semua dapat simpulkan? Adakah banjir besar ini terjadi hanya pada sesuatu kawasan atau hampir seluruh dunia?

Jawapan saya…di seluruh dunia!!!

.

BANGSA MIM BELAYAR DENGAN BAHTERA PALING BESAR

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan”. (Ayat 28: Surah Noh).

Seperti yang saya terangkan pada aritkel dahulu, bahtera ini menyimpan pelbagai spesis haiwan dan golongan manusia beriman kepadaNYA demi penerusan kehidupan. Di dalam injil dan kitab-kitab terdahulu (owh..sudah tentu anda akan melatah dan berkata ‘kenapa nak ikut kitab dulu?!) ada mengatakan tentang makhluk gergasi yang dinamakan Nephilim.

Dikatakan mereka ini telah pun mendominasi bumi pada ketika itu dan perangai mereka pun boleh tahan jahat. Dikatakan Nephilim ini adalah kombinasi genetik Fallen Angel dan manusia.

Di dalam banyak blog dan forum di barat, mereka menceritakan tentang kajian mereka tentang Nephilim ini. Nephilim ini telah pun mendominasi dunia pada ketika itu dan perang terjadi di mana-mana. Ternyata Nephilim ini adalah golongan perosak sebelum banjir besar itu berlaku. Bila kita melihat balik pada Surah Noh:

“Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya serta menutupkan bajunya dan mereka tetap juga menyombongkan diri dengan sangat.” (Surah Noh: Ayat 7)

Dan mereka berkata: “Jangan sekali-kali kamu meninggalkan tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan wadd, dan jangan pula suwwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr “. (Surah Noh: Ayat 23)

Kita dapati Nephilim bukanlah sekadar raksasa, akan tetapi mungkin sebagai sesuatu yang dapat menguasai sebahagian besar yang berada di bawah penguasaan ‘satu umat’ pada ketika itu. Jika saya kata Nephilim ini adalah para elite pada masa itu, bolehkah anda bersetuju? Banyak persamaan apa yang berlaku di zaman Noh a.s. dan zaman kita ini.

https://www.google.com/amp/s/zulsegamat.wordpress.com/2016/07/16/biasa-dengar-pasal-zoltan-tapi-tak-kenal-pun/amp/

Kita dikuasai oleh The Hidden Hand dan dikatakan berupa ‘serpent’ atau ‘lizard men’. Pada era Noh a.s. pulak, mereka dikuasai Nephilim dan berupa raksasa yang mempunyai sesuatu kekuasaan yang mendominasi. Ada perkaitankah di sini?

Ditambah pula, pada ketika itu, umat manusia mulai menyembah berhala yang mereka idolakan dari kalangan para Raja Agung yang terdiri dari waris-waris nabi ADAM yang juga digelar Dewa-Dewi.

Kemudiannya, dengan teknologi serta perkara di luar adat yang dapat mereka lakukan, kesombongan mereka makin terserlah. Demikianlah para kafir pada ketika itu terjadi. Didominasi, dimanipulasi dan dieksploitasi. Jadi, samakah kita dengan era nabi Noh a.s. itu?

Berbalik pada para pelayan di bahtera paling besar, jika kita amati kata-kata baginda Noh a.s., para manusia yang bersamanya digelar ‘ahli rumah’.

Pada ayat 28, surah Noh, jelas dikatakan sesiapa yang masuki ‘rumah’ Noh a.s. itu, akan diampuni dosanya. Dan demikianlah ‘dosa-dosa’ itu diampunkan yakni untuk memulakan kehidupan baru di rumah baru dan daratan baru kelak.

Dalam artikel yang lalu, saya ada menerangkan tentang campuran manusia di dalam bahtera Noh a.s. menghasilkan bangsa pertama di dunia yakni bangsa MIM. Sebenarnya, tidak diketahui nama sebenar bangsa ini (tak boleh ler nak bagitahu kat sini). Ada yang mengatakan merekalah Quraisy kuno yang membawa kepada Qurasiy baru yang melahirkan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya. Ntah ler… lain kali mungkin saya akan cerita la yer.

Pelayaran ini memakan masa yang cukup lama ini. Bagaimana pula dapat melahirkan ‘suatu bangsa’ dalam tempoh 10 tahun sahaja? Sudah tentu ia memakan masa paling cepat pun 100 tahun atau lebih lagi mengikut perkiraan kini.

Sekiranya kita amati secara mendalam, jika bahtera itu seperti kapal-kapal seperti hari ini, agaknya, mampukah ia bertahan lama meredah ombak dan memberi makan secukupnya pada ahli-ahli rumah itu?

.

Dikatakan, Nabi Noh a.s. adalah seorang yang diperlekehkan kerana telah membina bahtera tatkala bumi sedang nyaman. Sedangkan pada ketika itu, ALLAH telah pun ‘menghantar’ pentanda-petanda kedatangan azab akibat banjir kepada mereka.

Jika diambil model Dryas dan mana-mana teori penyebab kemusnahan alam, perubahan keadaan bumi adalah petanda bagi mereka yang berfikir.

Nabi Noh adalah seorang “designer” dan seorang ahli “engineering” serta “architect” yang hebat pada ketika itu. Dia tidak mengendahkan ejekan kaum-kaumnya yang tidak mahu berfikir itu.

Bila tiba bencana, kaum-kaum yang beriman menaiki bahtera itu. Pelayaran itu kemudiannya menerusi ‘gerak-geriNYA’ dalam menyelamatkan kaum-kaum yang beriman di tempat yang lain seperti yang terkandung dalam mitos-mitos bangsa lain. Pernahkah anda membacanya?

Pendaratan bantera itu kemudiannya disusuli dengan pegerakan anak-anak Noh a.s (Sam, Ham dan Yafidth) lalu membentuk bangsa-bangsa mengikut warna kulit.

Nota: Noh a.s. ada seorang lagi anak bernama Qan’aan tetapi telah mati kerana tidak mahu menaiki bahtera. Dia bersama keluarga dan pengikut-pengikutnya telah lari ke tanah tinggi menyangka boleh dapat menyelamatkan nyawa masing-masing.

Ada yang mengatakan Yafidth melahirkan bangsa berkulit putih dan bergerak menuju ke barat dan utara.

Sam melahirkan bangsa berkulit kuning dan sawo matang.

Ham pula melahirkan bangsa berkulit hitam (dikatakan sebagai sumpahan kerana sengaja berlengah untuk bersetubuh dahulu ketika bencana sebelum naik ke dalam bahtera).

Ketiga-tiga waris Noh a.s. ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yang sedia kita ketahui seperti Sumeria, Akkadian, Mayan, Nusantara dan lain-lain.

https://www.google.com/amp/s/zulsegamat.wordpress.com/2016/07/16/pertembungan-kita-dengan-makhluk2-lain-dongeng-atau-fakta/amp/

Bukanlah mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu kepada mereka-mereka inilah yang membukanya.

Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini?

Golongan yang menjadi Raja inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi. Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan beriman yang menaiki bahtera Noh a.s. itu tadi.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Di dalam bahtera Noh itu anak-anak Noh a.s. telah melahirkan waris mereka masing-masing. Umur mereka pada ketika itu juga amat panjang. Anak-anak Noh a.s. itu bukanlah turun pada satu tempat akan tetapi berpisah di tiap-tiap daratan kerana itulah wasiat Noh a.s. Apakah wasiat Noh a.s. itu?

.

WASIAT NOH A.S.

Wasiat Noh a.s. adalah kata-kata kepada warisnya supaya kembali semula ke tanah asal mereka yakni pentas sunda yang tenggelam itu. Jadi, demi memenuhi wasiat itu, di setiap pergerakan waris anak-anak Noh a.s. ini, akan terdirinya ketamadunan yang hebat-hebat sehinggalah ia sampai kembali ke Nusantara.

.

Allahu’alam.

Bersambung di bahagian seterusnya…

3 thoughts on “BANJIR BESAR (BANGSA MIM – 3)

Leave a comment