PENDAHULUAN (BANGSA MIM – 1)

Wasiat ilmu ADAM yang diturunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk disembah.

Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-nyembah manusia ‘dewa’ ini pulak dan akhirnya menjadikan mereka ini tuhan.

https://www.google.com/amp/s/zulsegamat.wordpress.com/2017/03/20/tuhan-tuhan-ini-tiada/amp/

Akibatnya, mereka dimusnahkan atau dihapuskan terus dari permukaan bumi. Kenapa harus mereka menyembah tuhan-tuhan manusia ini pulak sedangkan hanya ALLAH rabb yang layak disembah kerana DIAlah zat maha segala.

Sebelum kita masuk lebih dalam lagi, saya ingin menerangkan tentang ADAM sebelum ADAM. Hal ini memang memeningkan. Tambahan lagi jika muslim itu tidak mahu cuba bersikap ‘open-minded’.

Saya hairan kenapa muslim kini suka melemahkan kekuasaan ALLAH?

Maksud saya bila berkata begini ialah, andai kata seseorang saintis itu mengkaji sesuatu di luar adat misalnya, lantas mereka kata “mereka mahu mencabar tuhan”.

Sebenarnya, mampukah kita atau benar-benarkah kita mencabar tuhan… sedangkan DIA ‘laisakamislihi syai’un’ yakni tidak menyerupai mana satu pun (mahupun apa sahaja yang kita mampu fikirkan)?

Maksud sebenar ALLAH maha besar ialah sehebat mana ciptaan manusia sekali pun atau sepelik mana sekali pun sesuatu perkara itu, sesungguhnya itu adalah dari keizinanNYA. Tiada pernah manusia mampu mencabar DIA dan menghampiri kekuasaanNYA kerana DIA melebihi segala.

Andai kata saintis kini sedang mengkaji ‘god particle’, apakah itu boleh dikatakan ‘tuhan?. Sudah tentu ler tidak. Kerana DIA tidak menyerupai apa-apa pun.

https://www.google.com/amp/s/zulsegamat.wordpress.com/2017/01/02/cern-sebuah-makmal-gergasi-mengkaji-alam-ghaib/amp/

Kemudiannya, muslim pula bising-bising menyatakan ‘jangan cabar tuhan’. Apakah muslim mengerti apa yang mereka katakan itu? Siapa yang pernah mencabar tuhan? Sesungguhnya manusialah yang mencabar diri mereka sendiri.

Daripada itu, cukuplah mengata orang lain sebagai ‘karut’, khurafat’, ‘syirik’, ‘mencabar tuhan’ dan sebagainya kerana sifat-sifat inilah yang menjatuhkan umat islam secara umumnya.

Merekalah yang merendah-rendahkan kekuasaanNYA yang maha luas. Andai kita dapat membina teknologi yang mampu pergi ke segenap penjuru angkasa sekali pun, tidak pernah mampu kita untuk mencapai tahap kekuasaanNYA. Itulah dinamakan “KEIZINAN DARINYA”. Tanpa keizinanNya… tiada apa yang dapat kita rasa, dengar atau lihat. Tidakkah begitu?

Berbalik pada perihal ADAM sebelum ADAM, ada pun Adam itu adalah suatu nama bagi suatu penciptaan berupa manusia yang kita miliki kini. ADAM diturunkan untuk memimpin generasi sebelum ini.

[Sebenarnya, saya takut untuk membuka perihal itu kerana ia mungkin menimbulkan fitnah kepada yang tidak pernah memahaminya].

Tapi takper la, marilah saya buka satu kisah mengenai asal usul sesuatu makhluk bernama AZAZIL terlebih dahulu. Kisah ini diambil dari buku-buku terdahulu dan cerita orang-orang tua yang mengaji serta mengkaji tentang perihal sufi.

.

Pada suatu ketika dulu, wujud satu bangsa yang suka berperang. Peperangan itu kemudiannya disertai juga oleh malaikat-malaikat demi menyelesaikannya sehinggakan bumi menjadi rata dan tiada lagi kehidupan di atasnya. Tapi, ajaibnya, ada satu makhluk kecil (masih di tahap budak) masih hidup menangis-nangis mencari ibu bapanya.

Lantas, malaikat mengambilnya lalu di bawa ke langit. Dialah Azazil.

Azazil ini dibesarkan dan menjadi seorang abid yakni seorang ahli ibadat yang cukup hebat. Doanya sentiasa diperkenankan sehinggakan ke suatu tahap di mana malaikat-malaikat pun datang meminta Azazil mendoakan untuk mereka.

Pada suatu ketika, ALLAH mahu menciptakan sesuatu yang baru. Penciptaan ini dinamakan sebagai ADAM.

Azazil naik ke atas dan melihat-lihat jasad ADAM yang masih belum bernyawa itu dan menyentuhnya. Lalu wujudlah calitan Azazil pada bahagian di antara atas mulut dan di bawah hidung kita pada hari ini (philtrum).

Kemudian, di suatu bahagian alam yang lain, para malaikat yang baru saja membina bumi baru ini telah naik semula ke langit lantas melihat sesuatu di kaki langit. Ia tertera tentang pemakluman bahawa akan ada seorang hamba ALLAH ini yang akan membelot dan dilaknat oleh ALLAH.

Para malaikat mula menjadi takut dan menemui Azazil supaya mendoakan mereka. Azazil telah mendoakan para malaikat ini supaya jauh dari kutukan itu tapi entah mengapa dia tidak pula mendoakan dirinya sendiri (mungkin kerana menganggap dirinya tentu selamat).

Pada era kebangkitan ADAM, Azazil dan konco-konconya membelot dan membantah tentang pembinaan ADAM tambahan lagi disuruh pulak untuk tunduk dan sujud kepada ADAM.

Akhirnya Azazil dan para pengikutnya diburukkan wajah mereka dan dihalau keluar dari langit. Mereka inilah digelarkan sebagai “Fallen Angel”.

Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru ini. Sementara itu dalam ‘syurga’ pula, Adam dan Hawa meneruskan kehidupan mereka yang gembira dipenuhi gelak tawa. Tapi, di sudut dalam manusia, sebenarnya telah terwujud calitan ‘Azazil’ yang ego tadi lalu meresap ke dalam diri. Calitan itulah yang akhirnya menjadi penggoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang dilarang. Peristiwa itu menyebabkan mereka berdua dihalau keluar.

Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan HAWA dikeluarkan dari ‘syurga’ menuju ‘Dunia’. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudah ditentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan “Fallen Angel” tadi.

Sedikit maklumat mengenai golongan “Fallen Angel”… mereka ini bukanlah para jin semata-mata. Tapi ada juga berupa makhluk-makhluk terdahulu yang tidak sesuai saya kongsikan nama-namanya di sini.

Azazil bila telah diturunkan ke bumi lantas dia dikenali sebagai IBLIS atau LUCIFER. Golongan yang wujud sebelum turunnya ADAM yang sempurna itu kebanyakannya masih primitif dan tidak suka kepada penyatuan serta ketuhanan.

Dari situ juga, berlakulah percampuran genetik “Fallen Angel” dan manusia lantas mewujudkan apa yang digelar “nephilim” atau “nefilim” atau si gergasi.

Selain itu juga, pencampuran genetik itu juga dengan haiwan pulak telah menghasilkan generasi ‘mutant’ bertubuh kehaiwanan. Inilah disebut sebagai bermacam-macam “mythical creatures” seperti duyung, centaur, minotaur dan lain-lain lagilah. Bumi baru ketika itu mula dipenuhi dengan pelbagai makhluk yang cukup berbeza.

.

.

.

Jarak turunnya IBLIS dan turunnya ADAM tidak diketahui dengan tepat tapi dianggarkan mengambil masa ribuan tahun dunia. Ini kerana perbezaan sehari dunia dan sehari ‘akhirat’ adalah seribu tahun.

Dek kerana itu, pembiakan dan penyebaran makhluk-mahkluk yang berkeliaran ini menyebabkan bumi tidak seimbang. Seorang pemimpin harus diangkat dengan segera.

Dek kerana itu jugalah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin pada manusia hybrid dari campuran ‘fallen angel’ dan spesis-spesis lain yang diciptakan di bumi baru sebelum penurunan ADAM.

[Setakat itulah secara ringkas yang saya dengar serta baca dan jika mahu lebih, kalian haruslah mencari dan mengkajinya sendiri. Saya tak sanggup nak sambung menceritakannya dengan lebih terperinci lagi].

ADAM yang diberi “ilmu nama-nama” atau “ilmu segala: itu kemudiannya mewariskan ilmunya kepada anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewa yang dikenali pada catatan-catatan ketamadunan kuno.

Tapi, dikhabarkan juga, ada ahli lain yang mendapat ilmu ini dan mengaplikasikannya mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistik.

.

Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewa. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa yang mahu membina dunia sebagai syurga.

Maka, terjadilah ‘pertelingkahan’ sehingga kini. inilah dinamakan sebagai pertelingkahan ‘light and dark’. Pertempuran ini akan sentiasa terjadi berterusan sepanjang zaman sehingga kini.

Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu Adam yang berjaya menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama bahan permainan saja.

Terdapat juga kota-kota yang terapung di udara. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Sebagai contoh… seorang raja biasanya akan memerhatikan saja dari atas gunung akan wilayahnya di mana di sebelah bawahnya terdapat ribuan ikan paus bermain riang sambil diperhatikan oleh beberapa manusia di dasar lautan itu. Gambaran kehidupan ini seperti fantasi.

Tapi, sejak berlakunya era ‘light and dark’, benua yang termaju itu terpecah dua dan saling bertelingkahan dan diakhiri dengan peristiwa perang besar.

Pada era itu juga, bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat seperti ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut dalam kitab Bagavad Ghita, Veda dan Upanishad. Tapi, janganlah kita pening pulak untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini.

Ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain dan dikhabarkan peta bumi berlapis dua. Mungkin itulah disebut sebagai bumi bawah dan bumi kayangan.

Apapun, kita tinggalkan tentang dulu tentang itu.

Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi akibat dari peperangan itu lantas menenggelamkan segala yang ada. Bahtera NUH yang besar (mungkin lagi besar dari bahtera 04 dalam filem 2012), mendarat di tanah besar yang kini dikenali sebagai Asia Barat.

Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-manusia hybrid telah dihapuskan (atau telah disembunyikan). Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang diselamatkan. Bertebaranlah mereka membina kehidupan yang baru.

Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah ‘nusantara’.

Tanah-tanah tinggi kayangan inilah dahulunya pernah didiami oleh dewa-dewa pada era ADAM dan era ‘light and dark’.

Tapi, sejak peninggalan NUH, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnya… tapi bilakah mereka itu akan pulang ke pangkuan tanah ‘dewa’ ini?

Kesimpulan dalam artikel kali ini adalah:

1- umat sebelum ADAM adalah makhluk-makhluk hybrid dan ‘fallen angel’ yang harus dipimpin.

2- terdapat beberapa era terdahulu sebelum berlakunya peristiwa banjir besar NUH yakni…

a) kedatangan ‘fallen angel’ dan pencampuran genetik yang tidak seimbang;

b) era kedatangan ADAM dan anak cucunya dalam proses penyebaran manusia-manusia sempurna;

c) era penyatuan segala jenis manusia (satu bangsa) dan kemunculan ‘dewa-dewa’;

d) era pemisahan ‘light and dark’ (dewa pengurus Dunia dan dewa gila keDuniaan);

e) era wilayah-wilayah ketamadunan dunia terhebat (atlantis, lemuria, ramayana dan lain-lain mula terbentuk); dan

f) kemusnahan era ADAM dan bermulalah era baru manusia.

.

Banyak persoalan yang masih bermain di fikiran.

Apa yang terjadi pada ‘fallen angel’ pada era ADAM sehingga kini?

Ke mana perginya dewa-dewa yang pernah mendiami tanah dewa yakni nusantara ini?

Apa itu peta dunia berlapis dua?

Apa pula itu kayangan?

Sebesar mana bahtera NUH itu?

Ke mana perginya “ilmu nama-nama” wasiat ADAM?

.

Allahu’alam…

Bersambung di bahagian seterusnya.

2 thoughts on “PENDAHULUAN (BANGSA MIM – 1)

Leave a comment