BUMI MENGELILINGI MATAHARI ATAU MATAHARI MENGELILINGI BUMI ?

Telah beberapa generasi lamanya kita diberi pendidikan semenjak kanak-kanak, di dada-dada media, di bangku-bangku sekolah, di bilik-bilik kuliah peringkat univerisiti, sehinggalah ke peringkat profesional dengan pemahaman bahawa bumi mengelilingi matahari.

Pernahkah kita terfikir atau mengkaji dengan teliti sama ada ini merupakan teori yang dapat diterima kebenaran dan kesahihannya secara ilmiah? Atau sebaliknya, bahawa mataharilah yang mengelilingi bumi dan malah seluruh jasad di angkasa bertindak menglilingi bumi dengan menjadikan bumi sebagai pusat jagat raya di angkasa?

Sehingga hari ini… bukankah pernyataan “Bumi mengelilingi matahari” masih hanya sekadar teori dan tiada kepastian yang pasti? YA, MASIH SEKADAR TEORI!!! Pernahkah ia benar-benar terbukti secara saintifik dan pancaindera? Jawapannya… TIDAK PERNAH.

Kalau seandainya ia teori yang benar, mengapa setiap kiraan berkaitan angkasa oleh NASA dan konco2 nya yakni saintis-saintis sekular terpaksa dilakukan dengan anggapan bumi itu pegun atau statik? Dan tidak pula ia dilakukan kiraan atas teori bumi berputar? Aneh bukan?

Jadi apa pula pandangan Islam tentang perkara ini? Adakah Islam memiliki pandangannya yang tersendiri dalam perkara ini? Apakah al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi ada menyentuh soal ini?

Sebenarnya, ada banyak buku-buku yang sedang berada di pasaran boleh menyingkap dan membongkar pelbagai rahsia berkenaan perkara ini setelah sekian lama kita disogokkan dengan teori bumi mengelilingi matahari.

InsyaAllah… perbahasan yang dibawakan dan dibentangkan melalui buku-buku ini adalah lebih sesuai dengan rujukan yang ilmiah mendahulukan al-Qur’an, as-Sunnah, serta perkataan para ulama Ahli Sunnah wal-Jama’ah yang berautoriti dari era awal Islam sehinggalah zaman ini.

Bayangkanlah, sekiranya bumi sentiasa bergerak dan berputar, berapakah nilai kelajuannya dalam sesaat atau seminit, mahupun per jam? Tidakkah ia bakal menghasilkan suatu tenaga kinetik dan inersia yang sangat tinggi kepada penghuni di atasnya? Tidakkah bumi akan terus menjadi semakin panas bergeser dengan keadaan persekitarannya seperti langit dan udara?

Pernahkan Allah menyatakan di dalam al-Qur’an bahawa bumi itu bergerak, atau sebaliknya Allah menyatakan yang bergerak adalah matahari, bintang, dan bulan? Sama-samalah kita menelitinya dengan saksama. Semoga Allah sentiasa meletakkan kita di atas jalan yang lurus.

“Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui” [Surah Yaasin : Ayat 38]

Soalan: Pernahkah kita jumpa di dalam Al Quran ayat yang menggambarkan bumi mengelilingi matahari?

Saya bukanlah pakar tentang tafsiran dan terjemahan Al Quran… mungkin sebab tu saya belum lagi menemui mana-mana ayat yang mengatakan bumi bergerak mengelilingi matahari.

Kenyataan tentang bumi mengelilingi matahari dan matahari duduk di tempatnya sendiri memang sudah sebati bagi kita yang dilahirkan di abad ke-20 ini. Juga terdapat teori yang mengatakan sambil bumi mengelilingi matahari, sistem matahari itu sendiri bergerak mengelilingi pusat galaksi bimasakti (milky way galaxy). Mmm… ntah la.

Benarkah bumi mengelilingi matahari?

Kita percaya seratus peratus kerana ia adalah pendapat Saintis-Saintis Sekular… Kita percaya kerana sains kononnya telah membuktikan teorinya itu dengan gambar dari satelit dan disokong pula oleh pendapat majoriti ahli-ahli sains diseluruh dunia.

Benarkah begini?

Kalau kita meneliti ayat 38 Surah Yaasin jelas menunjukkan bahawa matahari itu berputar dan berjalan. Tetapi untuk menolak teori bumi mengelilingi matahari adalah terlalu sukar. Sukar kerana kita tidak ada teknologi untuk membuktikan teori “mereka” itu salah. Itu adalah masalah yang sebenar.

“Mereka” dakwa mereka merakam pergerakan bumi mengelilingi matahari. Kita nak bantah dengan apa??? Siapa nak percaya cakap kita??? Tanpa bukti… kata “mereka”. Walaupun gambar atau rakaman tadi boleh direka-reka seperti dalam filem, semua itu boleh dibuat. Akhirnya cerita-cerita rekaan ini diterimapakai sebagai fakta?

Manakah yang benar ?

Sejak 2,500 tahun yang lalu PYGRUSR melahirkan pendapat bahawa bumi mengelilingi matahari.

Kemudian pendapat ini telah dibatalkan oleh ISKANDAR PTOLEMY pada tahun 150 Masehi. Menurut pandangan Iskandar Ptolemy, mataharilah mengelilingi bumi. Benarkah ini yang berlaku?

Pendapat ini telah diterimapakai selama lebih kurang 12 abad selepas itu tanpa sebarang bantahan.

Sekitar abad ke 14 Masehi, tiba-tiba muncul pulak COPERNICUS NICOLAUS seorang tokoh Gereja membangkitkan kembali teori PYGRUSR tadi. Pihak Gereja pun pada mulanya menentang. Namun pendapat ini mula mendapat sokongan Gereja sekitar abad ke-16 apabila ia disokong oleh YOHANES KEPLER.

Siapakah Kepler ini?

Ironinya, setelah pendapat matahari mengelilingi bumi diterimapakai selama 12 abad tanpa sebarang bantahan, muncul kembali teori lama dan lapuk bahawa bumilah yang mengelilingi matahari oleh seorang tokoh gereja. Mungkin anda dapat terus faham dan menangkap maksud saya ini!!

Sebagaimana yang kita tahu sekitar abad ke-14 itulah kuasa-kuasa Kristian yakni Eropah berlumba-lumba untuk menjajah dan menghacurkan Islam serta menyebarkan agama Kristian melalui kitab Injil yang telah diubah-suai.

Pada waktu itu bermulalah Zaman Pencerahan Eropah (Rennaisance). Mereka memburuk-burukkan sarjana Islam sambil pada masa yang sama mencuri ilmu-ilmu dan mengaku pulak merekalah yang memulakan revolusi ilmu.

Maklumat tambahan untuk difikir2 kan lagi ialah seperti berikut:

Dan matahari; ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. (39) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40) [Surah Ya-seen (Ayat 38-40)]

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu. [Surah Al-Rad (ayat 2)]

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. [Surah Ar-Rahman(Ayat 5)]

Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. [Surah Az Zumar (Ayat 5)]

Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
[Surah Fatir (Ayat 13)]

Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. [Surah Luqman (Ayat 29)]

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing [Al-Anbiya (Ayat 33)]

Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat, [(QS. Al Baqarah: 258)]

Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergeser, dan sungguh jika keduanya bergeser tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya dia itu maha penyantun lagi maha pengampun. [(QS. Fathir[35]:41)]

Maka… ayat Al-Quran mana yang cerita bumi bergerak dan beredar mengelilingi matahari? TIADA. Ya… tiada ayat Al-Quran pun yang mengatakan bahawa bumi itu bergerak.

Oh ya… tentang sesetengah pendapat yang mengatakan kefahaman astrophysics, general relativity, special relativity, centrifugal force, centripetal force dan yang sewaktu dengannya adalah susah… saya kurang setuju.

Juga, pendapat yang menggambarkan seolah2 Universiti2 luar negara lebih maju dan terkehadapan dalam bidang ini… saya juga kurang setuju.

Saya juga belajar di luar negara suatu masa dahulu. Saya graduan University of Bradford, the UK dalam jurusan Mechanical Engineering. Alhamdulillah… saya mampu faham apa itu Newtonion Physics, String Theory, Quantum Physics dan lain2 lagi yang sewaktu dengannya. InsyaAllah… semua ini adalah tidak susah untuk difahami.

Cuma pada pandangan saya, yang susah difahami ialah mengapa geng2 jahat suka memutarbelitkan ilmu. Juga yang menimbulkan kemusykilan besar saya ialah mengapa golongan2 terpelajar cenderung untuk memilih jalan Iblis dan Dajjal berbanding jalan lurus yang telah ditunjukkan Allah.

Sedikit lagi info yang mungkin relevan untuk diselidiki:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

غَزَا نَبِيٌّ مِنْ الْأَنْبِيَاءِ فَقَالَ لِقَوْمِهِ لَا يَتْبَعْنِي رَجُلٌ مَلَكَ بُضْعَ امْرَأَةٍ وَهُوَ يُرِيدُ أَنْ يَبْنِيَ بِهَا وَلَمَّا يَبْنِ بِهَا وَلَا أَحَدٌ بَنَى بُيُوتًا وَلَمْ يَرْفَعْ سُقُوفَهَا وَلَا أَحَدٌ اشْتَرَى غَنَمًا أَوْ خَلِفَاتٍ وَهُوَ يَنْتَظِرُ وِلَادَهَا فَغَزَا فَدَنَا مِنْ الْقَرْيَةِ صَلَاةَ الْعَصْرِ أَوْ قَرِيبًا مِنْ ذَلِكَ فَقَالَ لِلشَّمْسِ إِنَّكِ مَأْمُورَةٌ وَأَنَا مَأْمُورٌ اللَّهُمَّ احْبِسْهَا عَلَيْنَا فَحُبِسَتْ حَتَّى فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ

Ada seorang nabi dari Bani Isra’il yang berperang, maka dia berkata kepada kaumnya, “Jangan ada sesiapa pun yang mengikuti sedangkan dia telah memiliki isteri dan dia ingin berkumpul dengannya namun belum sempat berkumpul, dan jangan pula seseorang yang telah membina rumah namun belum memasang atapnya, juga jangan seseorang yang telah membeli kambing sedangkan dia sedang menunggu kelahiran anaknya.”

Maka nabi itu pun pergi berperang, dan dia menghampiri sebuah desa yang dituju ketika waktu solat asar, maka dia berkata kepada matahari:

“Engkau adalah makhluk yang diperintah dan aku pun diperintah, Ya Allah, tahanlah sebentar matahari itu untukku.”

Maka matahari itu pun ditahan sehingga Allah memberikan kemenangan baginya. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat al-Hakim:
أيتها الشمس إنك مأمورة وأنا مأمور بحرمتي عليك ، إلا ركدت ساعة من النهار

Wahai matahari, engkau diperintah dan aku diperintah dengan kehormatanku atasmu, engkau perlu berhenti sejenak dalam hari ini… (al-Mustadrak)

Hadis ni menunjukkan persoalan perjalanan masa/waktu dengan berjalannya matahari. Dan apabila matahari berhenti, waktu turut berhenti yakni tertangguh. Sekiranya perjalanan masa dikira berdasarkan putaran bumi, maka yang perlu berhenti adalah bumi, bukan matahari. Tidakkah ianya begitu?

Akhir kata… this article and other articles in PS FB Page and zulsegamat.wordpress.com blog are meant to stimulate the interest to “think” (ehhh… sori cakap omputih sikit).

Benar atau salah adalah satu hal… manakala menerima jer sesuatu tanpa menyelidikinya pula adalah satu hal yang lain.

What I am saying is… at least to keep on thinking is better than simply accepting things without our own research. In a nutshell… avoid blind acceptance” (hmmm… cakap omputih lagi).

Tentang perihal siapa yang mengelilingi siapa ini… secara peribadi saya berpendapat dua2 pun bukan.

Tiada siapa yang mengelilingi sesiapa. Kalau nak terangkan di sini panjang sangat pulak. Nantilah… InsyaAllah saya akan buat posting yang lain tentang hal ini.

Oh ya, satu perkara lagi… kalau benar bumi ini berputar, tentu akan ada satu titik di kutub utara dan satu titik di kutub selatan di mana kita boleh melihat secara fizikal menunjukkan bumi sedang berputar. Tidakkah menjadi sesuatu yang aneh National Geographic, Discovery Channel atau yang sewaktu dengannya tidak pernah membuat sebarang dokumentari mengenai kedua2 titik ini?

Ehhh… cukup la dulu kot, terasa penat pulak nak tulis panjang-panjang. Semoga bermanfaat dikaji dan difikir2 kan lebih lanjut.

Allahu’alam… Wassalam

6 thoughts on “BUMI MENGELILINGI MATAHARI ATAU MATAHARI MENGELILINGI BUMI ?

  1. Menarik bang..aktif semula rasanya sel2 otak saya..hehe…terima kasih bang. Teruskan mengkaji. Semoga sukses dunia akhirat..Aamiin

  2. Tentang perihal siapa yang mengelilingi siapa ini… secara peribadi saya berpendapat dua2 pun bukan.

    salam tn.. tk sbr nak tunggu benda ni. bila lgi tn?

  3. Salam bos memang menarik perbahasan ini, Cuma saya nak bertanya, tentang ayat 88 Surah An-Naml:
    “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”
    Adakah ayat ini menerangkan pergerakkan bumi, atau tentang hal lain.
    Terimakasih

  4. Persoalan yg menarik tuan. Dua2 pun bukan..hmmm
    Pergerakan matahari dan bulan relatif kepada bumi adalah tetap. Darinya kita mendapat kiraan tarikh Masihi (matahari) dan Hijrah (bulan) , Al Kahfi 18:25.
    Perubahan siang dan malam juga memberikan kita kiraan masa 24 jam sehari semalam, juga dari peredaran matahari dan bulan seperti disebut dalam ayat Quran di atas.
    Namun, untuk menerima pandangan bumi tidak mengelilingi matahari sebaliknya pegun tidak bergerak, persoalan lain pula akan timbul:-
    1. Bagaimana pergerakan matahari (dan bulan) yang mencetuskan gerhana.
    2. Sudah tentu model pergerakan jasad angkasa sedia ada tidak lagi boleh diguna pakai.
    3. Jika teori bumi mengelilingi matahari tidak benar, apa lagi fakta2 lain yang turut terbabit sama.
    Sekadar percambahan minda

Leave a comment