STRING THEORY (TEORI BENANG) DITERANGKAN OLEH SEORANG GURU AGAMA SEKOLAH PONDOK


Suatu masa dahulu… aku pernah buat posting ini kat page PS. Oleh kerana semalam ada yang bertanya dan page PS pun dah lama aku tutup, maka aku buat la re-posting ini.

———————————-

Suatu hari ditakdirkan aku berpeluang berbual2 panjang dengan seorang rakan lama sekolah rendah yang kini telah menjadi seorang guru agama di salah sebuah sekolah pondok di Pahang (jangan tanya kat mana, aku malas nak jawab :D).

Dia takder facebook, malah handphone pun dia takder. Maka, oleh kerana itu… aku masuk la cerita dia kat facebook aku ni. Mana la tau kot2 bermanfaat untuk kita fikir2 kan.

Aku bertemu dia di sebuah kedai makan mamak di KL secara tidak dirancang.

Semasa zaman persekolahan menengah dulu, aku dengar dia memang amat berbakat di dalam subjek Fizik dan Matematik Tambahan (aku pergi sekolah asrama SMS Muar dan dia sambung sekolah di Sekolah Tinggi Segamat).

Keputusan SPM dia pun cemerlang dengan kedua2 subjek ini mendapat keputusan A1. Walaupun demikian, dia memilih untuk menyambung pengajian ke sekolah pondok.

Apa? Sekolah pondok?

Suatu keputusan yang pada aku aneh… Al-maklum, masa zaman aku sekolah dulu… tak sampai lagi pemahaman aku bahawa menyambung pengajian ke sekolah pondok adalah keputusan yang teramat baik. Tak sepatutnya keputusan ini dipandang lekeh.

Berbual punya berbual… termasuk pulak kami kepada topik String Theory. Aku pun ghairah la bercerita tentang apa yang aku rasa aku faham mengenainya untuk mendapat maklumbalas dia.

Tak sangka pulak dia menjawab, “Tu la kau Zul… kau mesti tak tau ni. Sekolah pondok pun ada ajar String Theory ler”.

Aku mula2 sangka dia melawak… Akan tetapi selepas mendengar penerangan dia selanjutnya, ternyata kata2 dia ada kebenarannya. Berikut ialah penerangan dia tentang String Theory yang diajar dan dikupas di sekolah pondok.

Zul… aku kiaskan String Theory ini sebagai kiasan Teori Benang. Katakan la aku aku ada seutas benang. Aku boleh pintal benang ni jadik apa2 sahaja. Contohnya, aku boleh pintal benang ni jadik huruf ‘alif’ sampai la huruf ‘ya’.

Dari kiasan benang yang dipintal menjadi huruf ‘alif’ sehingga huruf ‘ya’ ini, bukan aku nak suruh kita lihat pintalan benang atau benang menjadi huruf! Maksud kiasan dari pintalan benang itu, adalah bagi mengambarkan kepada kita bahawa segala buruk-baik, jahil-alim, taat-ingkar, kafir-Islam, hitam-putih, perang-damai, masak-putik, Budha, Kristien, Hindu, makhluk manusia, makhluk binatang, makhluk tumbuhan, makhluk objek, malaikat-syaitan, Firaun-Rasul, Quran-surat khabar dan segalanya itu, adalah tetap datangnya dari Allah yang SATU!. Sumbernya tetap SATU sahaja.

Aku mintak dia jelaskan lagi.

Benang yang satu itu juga yang menjadikan huruf ‘alif’ dan benang yang itu juga la, menjadikan huruf2 lain sehingga huruf ‘ya’.

Sebenarnya dengan benang itu, bukan aku nak suruh kita lihat huruf ‘alif’ atau huruf ‘ya’, sebenar-benarnya maksud benang itu, adalah nak suruh kita lihat benang, bukan nak suruh lihat huruf!

Benang nak bagi tahu kepada kita yang bahawasanya ‘alif’ pun benang, ‘ba’ pun benang dan ‘ya’ pun dari benang yang sama. Cuma bentuk, keadaan dan sifat benang sahaja yang berlainan serta berubah2.

Aku mula buat muka tercengang…. Pastu dia terus sambung lagi…

Kau paham ke tak ni? Huruf ‘alif’, tidak sama dengan huruf ‘lam’ dan huruf ‘lam’ pula tak sama dengan huruf ‘mim’. Tetapi dari mana datangnya huruf ‘alim’, ‘lam’ atau ‘mim’?, jika tidak dari benang yang satu! Benang ni la jugak. String ni la jugak.

Jadik… persoalannya, apakah huruf ‘alif’ boleh berbangga dengan cara dia berdiri, apakah huruf ‘ba” boleh berbangga dengan kerana dia ada titik dibawah, apakah huruf ‘mim’ boleh berbangga kerana dia huruf yang bersimpul dan huruf ‘lam’ pula boleh berbangga kerana hurufnya berkelok seperti mata pancing?

Siapa yang boleh berbangga dengan dirinya yang berbentuk huruf sedangkan semuanya tu datang dari benang yang sama? Cuba ko jawab?

Bolehkan huruf ‘dal’ berbangga dan bolehkah huruf ‘shim’ berbangga dengan keadaan dan sifat masing2? Cuba jawab?

Benang bukan suruh tengok keadaan dan sifat huruf, sebenarnya benang mengajak kita mengenal benang, walaupun dalam bentuk yang berbagai2.

Sebenarnya lepas habis cerita String Theory ni, panjang lagi perbualan kami… Tapi rasanya cukup la aku kongsikan setakat ini dahulu.

Hebat… memang hebat. Aku memang betul2 tak terfikir bahawa String Theory boleh diterangkan semudah ini.

Setakat ni jer la yer dulu. Kalau rajin aku sambung lain kali.

Leave a comment