ISTERI KUAT BERLETER?

Cerita pasal hal rumah tangga ler sikit…

Al-kisah bertanya la seorang ahli jemaah masjid kepada Sang Faqir dalam suatu kuliah yang disampaikan olehnya di sebuah masjid. Oleh kerana kuliah pada malam itu tentang hal2 kerukunan rumahtangga, maka soalan yang hadir juga berbaur2 dengan macam2 hal rumah tangga.

Salah satu soalan berbunyi, “macam mana hendak elakkan isteri berleter? Ada tak sebarang amalan untuk menghentikan atau setidak2 nya mengurangkan isteri berleter?”

Soalan tersebut segera disambut dengan gelak ketawa jemaah lain.

Namun, Sang Faqir tidak memandang perkara itu sebagai sesuatu perkara yang lucu, serius pun tidak… lebih kepada memandang ianya sebagai suatu salah faham yang perlu diperbetulkan oleh kaum Muslimin serta Muslimat.

Sang Faqir menarik nafas panjang dan menjawab. “Ada pun amalan tidak mahu isteri berleter, mudah sahaja. Cukupkan nafqah mereka zahir dan batin, sentiasa memandang wajah mereka semasa bercakap atau berbual dengan mereka, lazimkan bertanya akan kesukaran, kepenatan atau keletihan mereka seharian. Juga rajinkan la diri membantu mereka membasuh dan menjemur pakaian, ringankan tulang… pastikan dapur dan bilik air sentiasa dalam keadaan bersih, pujuk anak yang sedang menangis, dukung anak yang masih bayi ketika sepanjang berada di luar dengan mereka, belai mereka semasa mereka selesai memasak atau selesai membuat sesuatu pekerjaan, puji masakan mereka, beri hadiah sekali sekala, peluk erat mereka dari belakang semasa kelihatan mereka keletihan melakukan kerja rumah. Inilah antara amalan untuk membolehkan isteri tidak berleter kepada kita. Selain dari itu, kita cari isteri yang bisu jer la atau yang tiada perasaan atau kita sendiri yang perlu pekak.”

Jemaah masing-masing dari tadi serius mendengar, tercetus sedikit gelak ketawa dari mereka.

Tidak kurang juga yang kelihatan agak terkejut kerana langsung tidak pernah memikirkan apa yang Sang Faqir baru sahaja katakan.

Sang Faqir menyambung lagi, “sudah menjadi lumrah seorang wanita khususnya isteri, mereka akan meluahkan rasa kepenatan, ketegangan, kerunsingan mereka pada orang yang mereka PERCAYA, SAYANG dan RINDU. Maka, ketahuilah bahawa jika isteri Tuan-Tuan yang dirahmati ALLAH sedang berleter kepada Tuan-Tuan, mereka sedang rindukan sentuhan, belaian dan kata-kata semangat dari Tuan-Tuan. Jangan sampai mereka berleter kepada orang lain pulak, kita pula yang gigit jari nanti”.

Sekali lagi, keadaan serius mereka diakhirkan dengan gelak ketawa. Pun begitu, tidak bermakna Sang Faqir tidak serius.

================

Jagalah rumahtangga kita dari sekecil2 hal untuk mengelakkan sebesar2 hal yang tidak disenangi berlaku.

Sentiasa la berusaha untuk mengubati “Kerinduan” isteri kalian. Semoga bermanfaat direnung2 kan.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s