NEGERI SYAM (SYRIA) AKAN BERGOLAK SEHINGGALAH SAMPAI WAKTU IA DIBEBASKAN OLEH ATH THA’IFAH AL-MANSHURAH

Nabi Muhammad saw yang mulia telah meyakinkan kita bahawa dari negeri ini akan bangkit “Ath-Tha`ifah al-Manshurah” yakni golongan yang mendapat pertolongan. Ia akan membinasakan bangsa Yahudi dan membebaskan negeri Syam dari kekuasaan mereka serta menegakkan Islam sebagai agama yang haq.

Hari ini kita semua maklum, negeri Syam sedang bergolak dan diserang dengan hebat sekali. Bilakah ia akan berakhir?

Hadits-hadits berikut menjelaskannya secara terperinci:

PERTAMA : Hadits ‘Imran bin Hushain ra: “Akan sentiasa ada segolongan dari umatku, yang berperang di atas kebenaran, yang menampakkan (kebenaran) terhadap orang-orang yang mencela mereka, hingga terbunuhnya orang yang terakhir dari mereka, iaitu al-Masih ad-Dajjal.” (HR Abu Dawud, Ahmad & Al Hakim)

KEDUA : Hadits Salamah bin Nufail ra: “Saat ini akan tiba masa berperang, akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menampakkan (kebenaran) di hadapan manusia, Allah mengangkat hati-hati suatu kaum, mereka akan memeranginya dan Allah Azza wa Jalla menganugerahkan kepada mereka (kemenangan), dan mereka tetap dalam keadaan demikian, ketahuilah bahwa pusat negeri kaum mukminin itu berada di Syam, dan ikatan tali itu tertambat di tampuk kebaikan hingga datangnya hari kiamat.” (HR Ahmad, An-Nasa`ie & Ibnu Hibban)

KETIGA : Hadits Qurrah ra: “Apabila penduduk negeri Syam telah rosak, maka tidak ada lagi kebaikan bagi kamu. Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang mendapatkan pertolongan, tidaklah membahayakan mereka orang-orang yang menyelisihi mereka hingga datangnya hari kiamat.” (HR at-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban & Al Hakim)

KEEMPAT : Hadits Sa’ad bin Abi Waqqash ra yang memiliki dua lafaz yang berbeza, iaitu: Pertama : Baginda berkata, bersabda Rasulullah saw: “Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menampakkan (diri) di atas kebenaran, yang sentiasa perkasa hingga hari kiamat.” (HR Al-Lalika`i) Kedua : Beliau berkata, bersabda Rasulullah saw: “Akan sentiasa penduduk Maghrib (barat) menampakkan kebenaran hingga datangnya hari kiamat.” (HR Muslim, Abu Nu’aim & As-Sahmi)

Sebahagian ulama’ memberi pandangan: “Ya, Rasulullah saw telah menjelaskan negeri ‘Al-Firqah An-Najiyah’ dengan penjelasan yang terang yang tidak ada lagi keraguan padanya, dan baginda telah pun mengkhabarkan bahawa negeri itu adalah Syam yang diberkati dan penuh kebaikan.”

Ianya disokong oleh penjelasan berikut: Hadits Mu’az bin Jabal ra yang diriwayatkan oleh ‘Umair dari Malik bin Yakhamir, Mu’az berkata: “Dan mereka ini (Ath-Tha`ifah Al-Manshurah) berada di Syam.” Ucapan ini dihukumkan sebagai marfu’ kerana tidaklah diucapkan dengan ‘ra’yu’ (pendapat) dan ‘ijtihad’.

Tentang lafaz kedua pula iaitu berdasarkan Hadits Sa’ad di atas: “Akan sentiasa penduduk Maghrib (barat) menampakkan kebenaran hingga datangnya hari kiamat.”, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ra menukilkan dalam kitabnya ‘Manaqib asy-Syam wa Ahluhu’ tentang ucapan Imam Ahmad bin Hanbal: “Penduduk Maghrib, mereka adalah penduduk Syam.” Mereka juga sepakat dengan memberi dua alasan: PERTAMA: Bahawa seluruh hadits-hadits di atas menjelaskan bahawa mereka adalah penduduk Syam. KEDUA: “Bahasa Nabi saw dan penduduk Madinah tentang “penduduk Maghrib (barat)” maksudnya adalah penduduk Syam, kerana mereka (penduduk Maghrib) berada di barat mereka (Rasulullah dan para sahabatnya), sebagaimana bahasa mereka tentang “penduduk Masyriq (timur)” adalah penduduk Nejad dan Iraq kerana jika diteliti ‘Maghrib’ (barat) dan ‘Masyriq’ (timur) adalah perkara yang nisbi (relatif).

Seluruh negeri yang memiliki barat maka boleh jadi merupakan bahagian timur bagi negeri lainnya dan sebaliknya. Dan yang menjadi pertimbangan di dalam ucapan Nabi saw ini tentang barat dan timur adalah tempat baginda mengucapkan hadits ini, iaitu Madinah.” Dari penjelasan di atas, boleh dibuat kesimpulan bahawa Negeri Syam adalah negeri ‘Ath-Tha`ifah Al-Manshurah’ yang dimaksudkan akan menampakkan kebenaran, tidaklah akan membahayakan mereka orang-orang yang menyelisihi dan mencela mereka, mereka akan mendapatkan kemenangan dari Allah dan mereka tetap dalam keadaan demikian sampai datangnya hari kiamat.

‘Ath-Tha’ifah Al-Manshurah’ inilah yang akan memenangkan Islam dan membebaskan negeri Syam dari belenggu penjajahan bangsa Yahudi yang terlaknat dan merekalah yang akan membinasakan bangsa Yahudi terlaknat ini.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s