KISAH DUNIA, AKHIRAT DAN IMAN

Seorang Sultan mengambil seorang Ustaz yang pandai berceramah menjadi Menteri Agama. Maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.

Suatu hari Sultan telah memanggil Menteri Agamanya ini dan bertanya TIGA soalan. 

PERTAMA: Apa itu Dunia..? 

KEDUA: Apa itu Akhirat..? 

KETIGA: Apa itu Iman..?*

Sultan mahu jawapan yang tepat dan jitu sahaja. Tak mahu syarahan yang panjang-panjang. 

Maka kelihatan Menteri Agama terpinga-terpinga mencari jawapan yang memuaskan hati Sultannya. Sultan menjadi murka dan memberi tempoh seminggu untuk mencari jawapannya.

Kemudian Sultan menghantar wakilnya kepada Menteri Agama itu dan menyampaikan titah bahawa segala kemewahan yang diberi akan diambil semula jika gagal memberi jawapan yang memuaskan hati Sultan.

Menteri Agama bertambah runsing yang amat sangat memikirkan akan kehilangan segala-galanya jika gagal memberi jawapan.

Menteri Agama dah mula tak dapat tidur, makan pun tak lagi berselera, cakap pun dah lain macam. Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan tetapi masih gagal.

Akhirnya Menteri Agama telah keluar dari istananya untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang dimilikinya.

Masa hampir tiba. Menteri Agama semakin berserabut memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum sampai tempoh masa tersebut, dia duduk termenung di bawah sepohon pokok besar sambil mengenangkan nasibnya.

Sedang dia termenung, si Menteri Agama tadi terpandang seorang tua yang sedang berkebun. Bila matahari terik di kepala, orang tua itu berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Maka diajaknya si Menteri Agama makan bersama. Menteri Agama yang kerunsingan memikirkan jawatan, istana dan kemewahan yang akan lesap tak langsung berselera nak makan lagi.

Orang tua itu bertanya, “Tuan, nampak macam ada masalah..? Boleh hamba tolong..?”

Menteri pun memberitahu kisahnya dan soalan-soalan Sultan beserta syarat-syaratnya kepada orang tua yang baik hati tadi.

Soalan pertama, apakah itu dunia? 

Maka dijawab orang tua tadi..! *”Dunia ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk ditinggalkan. Hal ini diketahui oleh hati masing-masinglah..!”*

Soalan kedua, apakah itu akhirat? 

Maka dijawab orang tua tadi..! *”Akhirat ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk dibawa ke sana tanpa ada apa-apa maksud dunia di dalamnya. Ini pun diketahui oleh hati masing-masinglah..!”

Dan soalan ketiga, apakah itu iman? 

Maka orang tua itu pun bagi tahu, “Akan aku bagitau petang nanti selepas solat Asar”.

Bila waktu Asar, mereka solat Asar bersama-sama berjemaah dan selepas solat, si Menteri Agama terus bertanya, “Apa itu iman..?”

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa-sisa makanan tengahari. Orang tua itu memberi syarat untuk memberi jawapan yang ketiga, dia mesti makan bersama anjing-anjing itu.

Si Menteri Agama berfikir berkali-kali. Makan dengan anjing yang najis berat? Tak makan nanti jawatan lesap, harta melayang, hidup susah dan melarat. Nak dapat kerja lain yang mewah bukan senang sekarang ni. Fikir punya fikir akhirnya si Menteri Agama pun buat keputusan untuk makan bersama anjing-anjing itu.

Apabila saja si Menteri Agama duduk untuk makan bersama anjing-anjing itu, orang tua tadi pun mencekak leher bajunya dan berkata dengan sedikit keras, “Wahai Tuan..! Inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, mereka sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan sanggup melanggar perintah Allah. Akan tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup melanggar perintah Allah untuk menyelamatkan dunianya!”

Begitu la kisahnya.

Disclaimer: Kisah ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana Menteri Agama yer.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s