IKAN AIR TAWAR DAN IKAN AIR MASIN

Boleh ke ikan air tawar hidup dalam air laut dan ikan air laut hidup dalam air tawar? 

Kita tahu,semua ikan samada yang hidup dekat laut atau di sungai mempunyai ciri-ciri yang sama. Contohnya mereka ada insang, mereka ada ekor dan sirip, dan kesemua spesis ikan ada ciri-ciri ini – tak kira ikan sungai atau ikan laut. 

Kalau ikan mempunyai ciri yang sama, kenapa ikan tak boleh hidup dalam semua jenis air, sama ada di sungai, tasik, kolam atau dekat air laut?

Jawapannya kerana ikan air masin mempunyai sifat sel badan yang berbeza berbanding ikan air tawar. Untuk fahamkan benda ini kita kena tahu satu sifat air di panggil tonicity. Tonicity ada 3 jenis iaitu hipertonik (hypertonic), hipotonik (hypotonic) dan isotonik (isotonic). Untuk artikel ini, kami akan ulaskan hipertonik dan hipotonik saja.

Hipotonik bermaksud, kepekatan solute (bahan larut, macam garam atau gula) adalah lebih rendah di dalam sel berbanding di luar sel. Sebaliknya, hipertonik pula bermaksud kepekatan bahan larut adalah lebih tinggi di luar sel daripada di dalam sel – Rujuk rajah 2 kalau kurang jelas.

Dalam konteks ini, air laut mempunyai sifat hipertonik berbanding ikan yang hidup di dalamnya. Ini bermaksud kandungan garam di dalam air laut lebih tinggi daripada kandungan garam dalam sel pada badan ikan. 

Apabila berlaku ketidak seimbangan antara kepekatan air, air akan bergerak keluar daripada badan ikan. Kenapa air bergerak keluar? Kerana memang Tuhan dah jadikan sifat air daripada dulu sampailah sekarang macam itu, iaitu air akan bergerak ke kawasan yang kontang / kurang air. Dia macam sifat haba. Tuhan dah jadikan sifat haba daripada dulu lagi akan bergerak daripada kawasan panas ke kawasan yang lebih sejuk, dan bukan sebaliknya. 

Jadi untuk mengimbangi proses kehilangan air daripada badan, ikan air masin akan minum lebih banyak air. Sebaliknya, sifat air tawar pula adalah hipotonik,  iaitu kandungan garam di dalam tubuh ikan adalah lebih tinggi daripada air di sekelilingnya. Di sebabkan kepekatan air lagi rendah dalam badan ikan, maka air akan  berterusan mengalir ke dalam badan mereka. Untuk bertahan menghadapi bekalan air yang berterusan, ikan air tawar perlu membuang air kencing dengan lebih kerap.

Apa yang akan berlaku jika kita letakkan ikan air tawar ke dalam air masin dan sebaliknya?

Sekiranya kita memasukkan ikan air tawar ke dalam air masin, air  akan mengalir ke luar dari badan mereka sehingga menyebabkan mereka mati akibat dehidrasi.

Dan sekiranya kita meletakkan ikan air masin ke dalam air tawar, air di sekelilingnya akan mengalir masuk ke dalam badan ikan sehingga sel-selnya membengkak dan akhirnya menyebabkan ikan akan mati.

Namun, terdapat ikan tertentu yang dapat bertahan di kedua-dua jenis air samada ikan air masin dan air tawar. Spesis ikan ini di panggil juga Ikan Euryhaline (Euryhaline Fish). Contoh spesis Euryhaline Fish ialah Salmon, jerung buaya (bull shark), trout, shad dan Striped bass.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s