BAHAN KIMIA PALING BERBAHAYA

Apakah bahan kimia paling berbahaya yang diketahui manusia?

———————————————

Nota: Senarai berikut tidaklah lengkap; Terdapat banyak lagi bahan kimia di luar sana yang kami tak senaraikan sekali dekat sini. Kalau kita semak di internet setiap laman sesawang mempunyai senarai mereka yang tersendiri. Ini hanyalah sebahagian saja senarai bahan kimia yang boleh kami senaraikan di sini

———————————————

Tahap keracunan sesuatu bahan di ukur menggunakan apa yang di panggil LD50. LD50 adalah kuantiti sesuatu racun untuk membunuh (di panggil lethal dose quantity). Jadi kami senarai bahan kimia paling berbahaya yang diketahui manusia mengikut ukuran LD50 :

Botulinum toxin A 

Botulinum Toxin A boleh mengagalkan fungsi pernafasan manusia dan menyebabkan kematian. Jika dos tak membunuh (non-lethal dose) di berikan kepada seekor tikus, ia akan menyebabkan kelumpuhan kepada tikus tersebut selama sebulan. 

Klorin trifluorida (chlorine trifluoride)

Bahan ini sangat menghakis dan sangat mudah terbakar. Malah ia boleh menyebabkan kebakaran walaupun pada bahan-bahan yang kita tahu memang susah nak terbakar seperti asbestos, tungsten dan juga pasir. Bahan ini mudah terbakarkerana sifatnya yang sangat reaktif. 

Gas ini pernah dipertimbangkan oleh tentera Nazi Jerman untuk digunakan dalam Perang Dunia II malah tentera Nazi telah menghasilkan antara 30-50 tan klorin trifluorida. Tetapi nasib baik ia tak di gunakan ketika perang dahulu. 

Karbon monoksida (carbon monoxide)

Karbon monoksida adalah sejenis gas yang tidak berwarna, tidak berbau, dan sangat beracun. Ia dihasilkan oleh pembakaran bahan api yang tidak lengkap (incomplete combustion) daripada arang batu, diesel, kayu dan lain-lain. Ia merupakan salah satu gas beracun yang terdapat pada asap di ekzos kereta.

Sekiranya kita terdedah kepada sebanyak 1.28% gas karbon monoksida, seseorang itu akan hilang kesedarannya selepas 2-3 kali pernafasan dan mati dalam masa kurang dari 3 minit.

VX 

VX adalah sejenis cecair tak berwarna dan tidak berbau. Ia diketahui boleh merosakkan sistem saraf manusia. Walaupun hanya tersentuh pada kulit sekalipun ia tetap dapat membunuh manusia. VX adalah racun saraf yang paling berbahaya dan di sebabkan itu ia telah diharamkan (sebagai senjata kimia) oleh Konvensyen Senjata Kimia pada tahun 1993.

Batrachotoxin

Bahan ini boleh wujud secara semulajadi dan boleh di dapati pada beberapa spesis binatang seperti katak (spesis poison dart frog), kumbang (melyrid beetles) dan burung (Blue capped ifritta). Kesan daripada racun ini boleh melumpuhkan anggota badan. 

Alpha-Amanitin

Toksin ini boleh di dapati pada beberapa spesies cendawan (contohnya, spesis death cap dan destroying angel). Racun ini boleh menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi. 

2,3,7,8-Tetrachlorodibenzo-p-dioxin

2,3,7,8-Tetrachlorodibenzo-p-dioxin atau lebih dikenali sebagai Agent Orange, adalah sejenis racun pepejal yang tak berwarna. Racun ini pernah digunakan oleh tentera AS di dalam Operation Ranch Hand yang dilancarkan semasa Perang Vietnam.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s