ORANG MALAYSIA TERUTAMANYA MELAYU GILA GELARAN DARJAT?

Dulu orang percaya dan hormat sesiapa sahaja yang bergelar Datuk. Akhirnya ramai usahawan-usahawan termasuk scammer juga tahu nak beli Datuk tittle tu di merata tempat dari Sultan Sulu, Mindanao, Indonesia, Naning, Sultan Melaka hinggalah Sultan negeri-negeri berdaulat (yang boleh dibeli… ada ke?). 

Kemudian apabila bersepahan mereka yang bergelar Datuk sehingga dalam satu kenduri kalau kita panggil “DATUKK!” habis semua tok penghulu, bilal, siak, tokey tayar, tokey biskut, tokey katering, designer baju, dan penanggah catering pun menoleh sama. Ketika itulah, orang mula bukak mata dan merosotlah kepercayaan mereka kepada Datuk-datuk. Tapi masih ramai lagi ler yang masih kagum dan admire sangat title Datuk ni tanpa usul periksa.

Kemudian masyarakat beralih kepada mereka yang bergelar DOKTOR. Ada yang sanggup ambil PhD atau terus buat ijazah-ijazah Drs dari Indonesia, atau doktor perubatan alternatif mahupun cekal ambil medic sampai jadi Dr, dan muntah-muntah hijau ambil PhD dengan cara yang betul. Lalu kemudian, apa mereka katakan itu lebih dipercayai orang. Tetapi orang pula nak ambil shortcut dengan membeli apa sahaja yang boleh dibeli dari universiti bogus. Setelah ramai orang tahu mana nak beli ijazah kedoktoran yang tak perlu sakit otak baca journal dan buat research sampai 5-7 tahun yang mengubah rambut seseorang dari lurus halus rebonding natural sehingga menjadi rambut Albert Einstein semasa viva, maka dah banyaklah doktor segera. 

Pada ketika itu, jika dalam satu kenduri kita panggil “Doktor” habis semua motivator, artis, pelawak, tokey kosmetik, usahawan minyak jambang, guru tuisyen, pembuat produk kecantikan termasuk tukang masak juga habis menoleh. 

Pada hari ini, orang mula pulak menaruh kepercayaan kepada gelaran Ustaz, Alfadhil, Sahibussamahah, Sheikh dan Alhafiz semula. Adakah mungkin, selepas ini akan berlaku Ustaz atau Alhafiz ini boleh dijual-beli? Adakah pengguna gelaran-gelaran ini tidak terlibat dengan scam-scam? Hmmm… ntah ler.

Kita ada konflik kepercayaan yang percaya kepada luaran dan identiti dipaparkan. Kerana itu, orang sanggup bayar banyak untuk dapatkan gelaran yang dapat memudahkan kerja-kerja mereka.  Kita percaya orang dengan ilmu bukan dengan apa gelaran mereka pakai. 

Orang Melayu adalah antara bangsa dalam dunia ni yang sangat suka kepada gelaran dan membeza-bezakan darjat. Ramai yang mengejar pangkat Dato’, Dato Seri, Tan Sri dan lain2 gelaran. 

Bila dah punyai gelaran, orang lain tidak lagi memanggilnya dengan nama yang diberikan oleh ibu bapa mereka tetapi memanggil mereka dengan gelaran pangkat yang diperolehi.

Sikap dan hubungan dengan orang bawahan dan masyarakat sekeliling terus berubah seperti ada ‘gap’ atau jurang yang besar memperlihatkan perbezaan kasta yang ketara, malah ada segelintir yang menjadi ego dan sombong dengan gelaran yang mereka perolehi. Mungkin ada yang terlupa yang gelaran dan pangkat tidak akan dibawa sama ketika dibawa masuk ke dalam lubang 6-7 kaki dalam.

Bagi yang tidak berpeluang dapat gelaran dari pembesar, mereka masih berpeluang mendapat gelaran apabila menunaikan ibadah Haji. 

Sekembalinya dari Mekah, nama mereka terus ditambah dengan perkataan Haji atau Hajjah di depan. Orang lain tidak lagi memanggil nama yang ibu bapa mereka berikan tetapi memanggil dengan gelaran Tuan Haji dan Puan Hajjah. Sekali lagi, perbezaan kasta diciptakan oleh orang Melayu yang telah menjadi adat, budaya dan darah daging. Sedangkan ketika zaman Nabi SAW sendiri TIADA gelaran Haji diberikan kepada orang yang sudah menunaikan Haji. 

Di negara asing yang jauh lebih maju dan moden daripada Malaysia seperti di US dan Jepun, ramai tokoh2 yang dilahirkan di kalangan pemimpin, cendekiawan, ahli perniagaan, usahawan, hartawan, dermawan, jutawan, pencipta, ilmuwan dan lain2 yang sumbangannya bukan setakat di negara sendiri malah memberi impak kepada dunia, namun mereka tidak pernah dibezakan dengan gelaran. Orang masih memanggil mereka dengan nama mereka. Presiden Barrack Obama tidak dipanggil Tan Sri Obama, jutawan teknologi komputer Bill Gates tidak digelar Dato’ Bill Gates, orang pertama ke bulan Neil Armstrong tidak digelar Tun Neil, mannakala lagenda Akira Toriyama masih Akira Toriyama, penyanyi Korea antarabangsa Psy masih lagi hanya dipanggil Psy.

Negara seperti United Kingdom juga mempunyai sistem penganugerahan gelaran pangkat seperti ‘Sir’ tapi tidak ramai yang menerimanya dan orang yang menerimanya memang benar-benar berkelayakan yang telah mempunyai sumbangan dan pencapaian yang sangat besar seperti Sir Isaac Newton, Sir Paul McCartney, Sir Alex Ferguson dan lain-lain lagi. Warga asing walau boleh menerima anugerah dan gelaran kehormat namun tidak boleh menggunakan gelaran ‘Sir’. 

Manakala di Malaysia, lambakan orang yang mempunyai gelaran berpangkat seperti Dato’ dan Datuk menjadikan ia bagai sudah tiada erti, malah ada yang entah apa sumbangan kepada masyarakat serta pencapaian yang luar biasa terutama golongan-golongan artis sehingga melayakkan mereka mendapat gelaran sedangkan ramai lagi golongan cendekiawan dan ilmuwan yang begitu besar sumbangan dan pencapaiannya kepada masyarakat namun masih tidak dikurniakan apa2 gelaran. 

Yang lagi pelik bila warga asing seperti Shah Rukh Khan dan Rossa secara tiba-tiba darjat mereka diangkat lebih tinggi di Malaysia lebih dari kebanyakan warganegara Malaysia sendiri.

Negara-negara lain tidak perlu membezakan darjat dan kasta tapi masih lagi boleh jadi jauh lebih maju, tapi entah mengapa negara kita dengan begitu ramai orang yang berdarjat tinggi pun masih banyak yang ketinggalan. 

Okay la, cukuplah dulu kot bebelan ini. Fikir-fikirkan lah yer kalau sudi dan ada masa.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s