JANGAN LER CAKAP BERDEGAR-DEGAR TAPI SEJARAH PUN TIDAK TAHU?

Apa definisi pengkhianat UMNO bagi ramai orang yang beriya-iya memanggil Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad sebagai pengkhianat UMNO?

Jika definisi inilah yang diguna-pakai, siapakah lagi pengkhianat-pengkhianat UMNO sepanjang sejarah yang seperti Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad semenjak mula penubuhan UMNO?

Saya menulis bukan bertujuan membela Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang hari kelmarin telah mencapai usia 92 tahun, Happy Birthday Tun… tetapi saya hanya hendak membetulkan fakta atas tuduhan kepadanya. 

Tun Mahathir hari ini dituduh sebagai ‘pengkhianat UMNO’ seperti yang diperkatakan oleh ramai jugak orang yang mungkin buta dalam sejarah UMNO atau mungkin tidak buta sejarah tetapi sengaja membutakan diri di atas sebab-sebab tertentu.

Dalam sejarah UMNO, keluar dari menjadi ahli UMNO dan kemudian menyerang semula UMNO akan dikatakan sebagai pengkhianat UMNO. Boleh diterimakah definisi ini?

Kalaulah definisi ini diguna-pakai, maka ramailah pemimpin UMNO yang keluar dari UMNO… yakni dari lapan (8) pemimpin tertinggi UMNO, empat (4) daripadanya keluar dari UMNO bermula dengan Dato Onn Jaafar, Tunku Abd Rahman, Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad. 

Bolehkah kita menuduh dan memanggil mereka ini sebagai pengkhianat UMNO? Semudah itu? 

Juga, jika inilah definisinya yang diguna-pakai… pengkhianatan pemimpin UMNO sebenarnya sudah lama berlaku dan orang yang pertama menjadi pengkhianat ialah yang menubuhkan UMNO sendiri iaitu insan bernama Dato Onn Jaafar.

Okay la… mari kita lihat betul-betul apa yang telah berlaku sebelum ini bagi memahami lebih lanjut konteks perbincangan kita di sini.

Penubuhan UMNO asalnya adalah atas idea British dan telah dirancang dari London lagi selepas Perang Dunia Kedua. 

Gagasan Malayan Union dijadikan batu loncatan dalam perangan strategik British datang ke Tanah Melayu dengan mempengaruhi Parti Komunis Malaya (PKM) menimbulkan huru-hara sehingga tercetusnya pergaduhan kaum di Malaya.

Salepas pergaduhan kaum yang dikenali perang 14 hari di antara PKM yang hampir keseluruhan ahlinya orang Cina dengan beberapa orang Melayu di sesetengah kawasan Melayu… British langsung tidak bertindak mendamaikan pergaduhan itu. 

Malah tidak menangkap sesiapa pun dalam PKM yang telah pun dikenali memulakan serangan kepada orang Melayu atau orang Melayu yang menyerang orang Cina. Sebaliknya British memesongkan isu itu kepada Gagasan Malayan Union. Ya… maka timbullah isu Gagasan Malayan Union.

Adakah kita tidak nampak lagi bahawa Malayan Union hanyalah semata-mata alat kemaraan British ke Malaya semula. 

Pada masa itu, British teramat bimbang jika orang-orang Melayu bersetuju pulak dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang berasal dari Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebelum perang. Ia berhaluan kiri bergabung dengan Indonesia yang telah mengisytiharkan Kemerdekaan pada Ogos 17, 1945 berdasarkan perjanjian dan perjumpaan Soekarno dan Ibrahim Yaakob di Taiping pada Ogos 13, 1945.

Dalam hiruk pikuk isu Malayan Union dan perang 14 hari, British telah memilih menonjolkan Dato Onn Jaafar yang pernah tinggal di England dan desas desus mengatakan beliau mungkin telah pun terlatih sebagai sub-agent MI6. Saya tidak mahu ulas panjang hal ini… kalau ada minat, cuba buat kajian dan carian sendiri. Pasti kita akan terkejut setelah mengetahui maklumat berkaitannya.

Dato Onn Jaafar kemudian diangkat menjadi wira dan dilihat sebagai berjaya menyatukan orang-orang Melayu atas isu Malayan Union dan terlupalah isu-isu pergaduhan kaum yang berlaku dalam bulan September 1945.

Berikut adalah petikan ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada 26 Ogos 1951 yang menimbulkan kemusykilan:


“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang. 

(adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?

Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…”

Rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

.

Berbalik kepada isu pengkhianatan dalam UMNO… sejarah menuliskan bahawa Dato Onn Jaafar pernah merajuk dan terus meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO, sekarang dikenali dengan panggilan Presiden UMNO pada tahun 1950 kerana cadangan untuk membuka luas kewarganegaraan kepada bukan Melayu. Tetapi dipujuk balik oleh ahli-ahli UMNO dan kembali semula memegang jawatan Presiden UMNO.

Setelah itu, timbul sekali lagi cadangan supaya UMNO menerima kewarganegaran bukan Melayu sebagai rakyat Malaya.. dan kali ini beliau pula menambah cadangan supaya UMNO juga membuka keahliannya kepada bukan Melayu.

Persoalannya kenapa beliau mencadangkan perkara itu? Tidakkah ini suatu yang agak aneh? Mula-mula kata tak OK, tiba-tiba kata OK pulak dan siap tambah cadangan lagi?

Jawapan yang dikongsikan oleh orang-orang lama ialah… kerana British yang suruh dan beliau bercadang untuk menjadi Ketua Menteri atau Perdana Menteri jika Malaya mencapai Kemerdekaan.  

Beliau tidak mahu menceritakan akan kisah itu atau dibentangkan kepada mesyuarat UMNO. Jika beliau betul jujur dalam Perjuangan UMNO… beliau sepatutnya menerangkan tanpa selindung akan perkara itu. Tidakkah begitu?

Apakah kehendak British? 

Kehendak British ialah untuk lepas tangan tentang apa nak dibuat kepada kaum-kaum imigran. Sebabnya Raja-raja Melayu masih mempunyai kuasa dan hak dalam menentukan soal kerakyatan negeri dan wilayahnya.

Selepas Dato Onn Jaafar berhenti menjadi ahli UMNO, British melantik pula beliau menjadi Menteri Dalam Negeri. 

Ishhh… panjang sangat dah ni. Nanti ada masa saya sambung lagi.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s