OPERASI BENDERA PALSU (FALSE FLAG OPERATION)

Apa itu operasi “False-Flag”?

“Operasi false-flag ialah operasi rahsia yang dijalankan oleh sama ada pemerintah, sindiket, badan koperatif, pertubuhan atau seumpamanya sebagai helah yang dibentuk untuk menipu orang awam kononnya operasi yang berjalan itu seolah-olah dilakukan oleh pihak lain untuk tujuan lain.”

Dengan memFITNAH pihak lain (mangsa fitnah tidak semestinya musuh) melakukan operasi itu (sama ada dalam bentuk kemusnahan/keganasan/pembunuhan dan sebagainya), dengan itu pandangan orang awam akan menyokong sebarang bentuk tindakbalas oleh pemerintah seperti meyerang kembali pihak musuh. Ini hanya salah satu contoh, dan operasi false-flag dijalankan untuk banyak lagi tujuan-tujuan lain.


.

Nama false-flag bermaksud pihak yang menjalankan operasi membawa bersama bendera yang salah (atau bendera mangsa false flag) supaya serangan itu dilihat dilakukan oleh musuh atau pihak lain.

.

Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda, bermaksud “Tidak ada fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajal.” (HR Ahmad).

Mungkin ini adalah salah satu jenis fitnah Dajal kerana operasi false flag biasanya mendatang kesan buruk berskalar besar.

Nazi False-Flag

Dalam sejarah, operasi False-Flag ini pernah dilakukan oleh Nazi yang dipanggil Operasi Himmler atau Insiden Gleiwitz. Ia serangan palsu ke atas sumber mereka sendiri kemudian mereka terus menyalahkan Poland. Dengan tujuan fitnah itu, maka ia dapat memberikan mereka alasan untuk menyerang Poland.


.

9/11

Bagi yang percaya tragedi 11 September juga adalah operasi false-flag, susulan selepas itu, AS menceroboh Afghanistan dengan alasan mahu memerangi keganasan. Dunia termasuk negara-2 Islam hanya mampu melihat sahaja pengeboman extreme AS ke atas bumi Afghan.

Juga selepas itu Iraq pula diserang dan ditakluk atas alasan kononnya menjaga keselamatan Dunia daripada keganasan dan senjata pemusnah besar (Weapon of Mass Destruction-WMD). Hari ini kita maklum, Iraq tidak pun memiliki WMD.

.

Israel

Pada tahun 50-an, ejen pengganas Israel yang beroperasi di Mesir telah menanam bom di beberapa bangunan termasuk fasiliti AS sambil meninggalkan ‘bukti’ yang kononnya menunjukkan ini kerja orang-orang Arab.

.

Tetapi usaha mereka terbongkar kerana salah satu bom meletup terlebih dahulu membenarkan pihak Mesir mengenalpasti siapa pengebom yang sebenar.

.

Al-Qaeda

Nama Al-Qaeda juga sering digunakan untuk menuduh mereka yang bertanggungjawab ke atas kejadian pengeboman, serangan gerila yang melibatkan korban di kalangan orang awam. Kita sendiri tidak pernah mengetahui siapa Al-Qaeda itu sebenarnya. Adakah ia ciptaan AS? Kita juga tidak tahu sama ada benarkah pertubuhan Al-Qaeda ini benar-benar wujud atau tidak.

.
Istilah “war on terror” atau “memerangi keganasan” digunakan untuk dunia membenarkan tindakan AS terhadap negara-negara Islam seperti Iraq, Afghanistan, Libya, Meisr & Somalia.

Siapakah yang memilih untuk menjadi negara terrorist yang sebenarnya? Adakah negara-negara Islam itu rela digelar sebagai negara terrorist? Adakah Saddam Hussein, Muammar Gaddafi, Morsi, Farah Aidid, dan pejuang-pejuang Mujahiddin membawa panji-panji keganasan?

Kejadian pengeboman di pasar-pasar awam dan masjid-masjid di Iraq juga adalah sebahagian operasi false-flag. Ini untuk menimbulkan rasa syak-wasangka di kalangan pertubuhan atau kumpulan-kumpulan Islam di Iraq dan Afghanistan. Ini demi memastikan Islam tidak dapat bersatu sebagai satu kumpulan yang besar.

Kebanyakan dari apa yang diberitahu kepada kita tentang ancaman keganasan antarabangsa hanyalah khayalan yang direkacipta oleh ahli-ahli politik. Mereka inilah kuncu-kuncu Dajal yang menyebarkan fitnah yang dianggap benar tanpa siapa mahu menyoal.

Sejak tragedi 9/11, seramai lebih 600 orang ditangkap di Britain atas dakwaan terlibat dalam keganasan namun hanya 17 yang didapati bersalah, kebanyakan dari mereka tiada kaitan langsung dengan mana-mana pertubuhan Islam dan tiada seorang pun didapati ahli kumpulan Al-Qaeda.

Mengapa Negara-negara Islam Jadi Mangsa

Boleh dikatakan peperangan di abad ini bukanlah sebenarnya hendak memelihara keamanan sejagat tapi lebih kepada untuk menjaga kepentingan ekonomi AS, kuasa imperial politik dan perebutan sumber asli.

Negara-negara Teluk kaya dengan petroleum. AS mahu mengawal harga minyak dunia kerana minyak adalah hasil bumi yang paling berharga sebenarnya, bukan emas. Minyak adalah penjana aktiviti ekonomi. Tanpa minyak, pesawat pejuang tidak boleh terbang. Pendek kata, manusia tidak akan pergi ke mana-mana tanpa minyak.

.

Perang Teluk telah menyaksikan bagaimana AS telah memusnahkan loji-loji simpanan minyak Iraq yang akhirnya telah berjaya melumpuhkan pertahanan Iraq. Amerika menafikan dengan mengatakan Saddam sendiri yang memusnahkan bekalan minyak Iraq manakala mereka hanya mensasarkan pengkalan tentera Iraq.

Dalam mana-mana peperangan, minyak adalah sasaran utama. Untuk melumpuhkan lawan, anda tidak perlu membunuh ramai musuh atau memusnahkan kelengkapan tentera mereka, anda hanya perlu hapuskan sumber asli mereka terlebih dahulu – iaitu simpanan bekalan minyak.

Mengapa Islam Dikaitkan Dengan Terrorism?

Umat Islam sendiri tahu bahawa agama Islam tidak mengajar penganutnya menjadi pengganas. Pihak yang mula-mula menggelar Islam sebagai pengganas ialah Israel.

Kempen Israel melabelkan Islam sebagai pengganas begitu berkesan. Kemudian ia diteruskan pula oleh George W. Bush selepas peristiwa World Trade Center pada 11 September 2001. Meskipun Bush tidak merujuk terus kepada Islam, tindakannya menghantar tentera ke Afghanistan jelas menunjukkan arah jari telunjuknya menuju ke negara Islam.


.

Apa yang berlaku di Tebing Barat, orang-orang Islam hanya melontar batu dan melancarkan roket sebagai tindakbalas terhadap serangan dan penindasan yang dilakukan oleh regim zionis itu.

Padahal perlakuan Israel yang mengusir penduduk Palestin dari tanah asal mereka, membina penempatan baru untuk orang-orang Yahudi, mengebom kawasan kampung dengan pesawat, adalah lebih tidak bertamadun dan kejam.

MH370 Operasi False-Flag?

Ada yang mengatakan pesawat Boeing 777 yang hilang di Lautan Hindi adalah satu lagi operasi false-flag yang dijalankan untuk tujuan mengeruhkan hubungan negara-negara Asean terutama Malaysia dengan China. Amerika sudah pun mengintip dan memberi perhatian yang serius kepada Malaysia sejak zaman Tun Mahathir yang lantang bersuara mengutuk anak emas Amerika, Israel.

.

Tambahan pula, Tun Mahathir merupakan pengasas dalam penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Israel sebagai negara yang harus dikenakan tuduhan jenayah peperangan kerana terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin.

Meskipun tribunal ini tidak mendapat mandat dari Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), dan tidak ada apa-apa kuasa terhadap mana-mana pihak, ia hanya berperanan sebagai pendesak kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk berbuat sesuatu. Ada yang mengatakan peranan tribunal ini hanyalah simbolik sahaja.

Selepas Tun Mahathir, bekas pekerja kontrak Agensi Keselamatan AS, Edward Snowden yang hidup dalam pelarian ketika ini mendedahkan Pak Lah menjadi perhatian risikan AS kerana ia mungkin berkaitan dengan sebuah syarikat milik anaknya, Scomi yang membekalkan keperluan program senjata nuklear kepada Libya.

Semasa pentadbiran beliau juga, Tentera Udara DiRaja Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Irkut Corporations dari Rusia untuk membeli 18 buah jet pejuang Sukhoi Su-30M. Sebagai sebahagian dari perjanjian, Rusia akan menanggung kos latihan angkasawan untuk 2 orang rakyat Malaysia dan menghantar salah seorang ke misi angkasa dengan kapal angkasa Soyuz.

Kecenderungan Malaysia untuk membeli pesawat pejuang Sukhoi dari Russia berbanding F-18 buatan AS menimbulkan syak kepada AS kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara Asean yang mengikat perjanjian dengan Rusia.

Sebarang pesawat yang bukan dibuat oleh Amerika menghilangkan kemampuan mereka untuk mengawal semua aspek pengendalian pesawat seperti Auto-pilot dan ini dianggap sebagai ancaman oleh AS. Semua pesawat pejuang buatan AS dilengkapi sistem rahsia yang membolehkan semua maklumat tentang pesawat itu dapat dikesan oleh sistem keselamatan AS.

Lawatan diplomatik Ulangtahun ke-40 Najib Razak ke China semasa beliau baru memegang jawatan Perdana Menteri (sebagai memepringati lawatan persahabatan bapanya Tun Razak ke China 40 tahun lalu) sekali lagi mencemburui AS kerana dianggap akan mengukuhkan lagi hubungan dagangan antara kedua negara melalui rantau Laut China Selatan

AS sebenarnya sudah tahu segala perkara yang dirahsiakan oleh pemimpin-pemimpin rantau Asean kerana mereka mereka memiliki rangkaian risikan yang luas di seluruh dunia. AS telah mengintip negara ini sejak tahun 70-an lagi melalui kabel telekomunikasi dasar laut (seperti yang didedahkan Snowden) dengan bantuan negara-negara yang menjadi talibarut AS seperti Singapura dan Australia. Jadi apa yang mereka bimbangkan ada kemungkinan ianya telah diramalkan atau mampu diketahui agenda di sebalik semua yang terjadi.

Dengan maklumat-maklumat risikan ini, mereka mampu menjalankan operasi false-flag untuk mengalih pandangan dunia supaya menyokong tindakan mereka.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s