Percayakah kita bahawa di dalam Dunia ini terdapat lebih ramai pemadam berbanding penulis?
Ini cuma pandangan seposen saya saja.
Penulis umpama doktor la kot… dia menawarkan ubat dan rawatan yang diperlukan untuk mengubat penyakit walaupun itu mungkin tidak disukai oleh pesakit.
Kadang-kadang racun pulak yang ditawarkan. Boleh jugak terjadik macam ni.
Penulis sepatutnya bukannya berjiwa peniaga… yang menawarkan apa sahaja yang disukai oleh pelanggan (sambil meletak harga tertentu), walaupun apa yang ditawarkan itu mungkin tidak la diperlukan sama sekali oleh orang.
Akan berlaku juga pertembungan di antara populariti lawan nilai. Pemikiran lawan picisan. Ilmu lawan hiburan. Iman lawan kelalaian.
ALLAH tidak hanya menyuruh kita membaca… tetapi bacalah dengan nama ALLAH yang menjadikan segala-galanya.
Baca pun harapnya bukan la sekadar baca sahaja, tapi selidik ler dulu sebelum menerima atau menolak.
Baca bukan sekadar pakai mata… tapi pakai ler jugak telinga, hidung, lidah dan kulit. Selain gunakan minda serta otak, guna la jugak hati.
Lalu akhirnya terserlahlah siapa ummah ini yang sebenar… kerana kita ialah apa yang kita BACA!
Allahu’alam…