​KEHANDALAN DAJJAL – FITNAH, PEMBOHONGAN DAN SPIN (SEDANG MULA BERLAKU SEKARANG?)

Bantuan Dajjal Ketika Berlaku Kemarau dan Bencana Alam
.

Ketika kemunculan Dajjal Laknatullah, seluruh dunia sedang mengalami bencana alam dan kemarau. Hujan tidak turun dalam tempoh yang panjang, suhu bumi meningkat secara mendadak, binatang peliharaan kebuluran, tumbuhan mati dan makanan kehabisan.

Lalu muncul Dajjal Laknatullah dengan membawa makanan yang banyak, menurunkan air hujan, mengalirkan sungai dan sebagainya, bertujuan menyesatkan umat Islam. Perkara ini telah dijelaskan di dalam hadis-hadis sebelum ini.

Antara sihir yang dilakukan olehnya ialah mempunyai sumber makanan, minuman yang banyak ketika saat bumi tidak mengeluarkan sebarang hasil.

عَنْ أَبِى أُمَامَةَ الْبَاهِلِىِّ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَكَانَ أَكْثَرُ خُطْبَتِهِ حَدِيثًا حَدَّثَنَاهُ عَنِ الدَّجَّالِ وَحَذَّرَنَاهُ فَكَانَ مِنْ قَوْلِهِ أَنْ قَالَ : وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَأْمُرَ السَّمَاءَ أَنْ تُمْطِرَ فَتُمْطِرَ وَيَأْمُرَ الأَرْضَ أَنْ تُنْبِتَ فَتُنْبِتَ وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَمُرَّ بِالْحَيِّ فَيُكَذِّبُونَهُ فَلا تَبْقَى لَهُمْ سَائِمَةٌ إِلا هَلَكَتْ وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَمُرَّ بِالْحَيِّ فَيُصَدِّقُونَهُ فَيَأْمُرَ السَّمَاءَ أَنْ تُمْطِرَ فَتُمْطِرَ وَيَأْمُرَ الأَرْضَ أَنْ تُنْبِتَ فَتُنْبِتَ

Daripada Abi Umamah al Bahili RA, beliau berkata : Rasulullah SAW berucap di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut tentang Dajjal, dan meminta kami berjaga-jaga… di antara yang disebut: Di antara fitnahnya ialah apabila Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujan, maka turunlah hujan. Apabila dia menyuruh tanah supaya menumbuhkan hasilnya, maka tumbuhlah tumbuhan. Di antara fitnahnya juga ialah apabila dia mengunjungi manusia yang hidup dan manusia tersebut mendustakannya, maka tiadalah yang tinggal padanya, semuanya musnah. Di antara fitnahnya juga ialah apabila dia mengunjungi orang yang lain, lalu orang tersebut beriman dengannya, maka dia akan menyuruh langit menurunkan hujan lalu turunlah hujan serta merta dan menyuruh tanah di situ supaya menumbuhkan tanaman, lalu tumbuhlah tanaman.

Gambaran Syurga dan Neraka Yang Disediakan Untuk Pengikutnya

Selain itu, Dajjal Laknatullah juga memiliki kebolehan menampakkan Syurga dan Neraka kepada manusia yang cuba disesatkannya. Gambaran tersebut adalah diterbalikan, iaitu sekiranya apa yang digambar itu Syurga, hakikatnya ia adalah Neraka dan begitu juga sebaliknya. Maka sesiapa yang terpengaruh dengan fitnah Dajjal Laknatullah akan memilih Syurganya dan meninggalkan Syurga Allah SWT.

سلمة بن الأكوع رضي الله عنه: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في الدجال « معه صورتان: صورة الجنة وصورة النار، معه شياطين يشبهون بالأموات، يقولون للحي: تعرفني؟ أنا أخوك أو أبوك أو ذو قرابة منه، ألست قد مت؟ هذا ربنا فاتبعه، فيقضي الله ما شاء »

Daripada Salamah bin al Akwa’, bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang Dajjal : Bersamanya (Dajjal) dua gambar. Sebuah gambaran syurga, dan sebuah lagi gambaran neraka. Bersamanya juga syaitan-syaitan yang menyerupai manusia-manusia yang telah mati. Mereka berkata kepada manusia yang hidup “adakah kamu kenal saya?” Akulah saudara kamu, atau bapa kamu, atau saudara mara kamu. Lalu manusia yang hidup bertanya “Bukankah kamu telah mati?” Lalu dia menjawab “Inilah (Dajjal) tuhan kami, ikutlah dia.. tuhan akan memperkenankan apa yang dia kehendaki

Menghidupkan Ibu Bapa Yang Telah Meninggal

وعن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه؛ قال: خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم، فكان أكثر خطبته حديثا حدثناه عن الدجال وحذرناه، فكان من قوله أن قال : وإن فتنته أن يقول لأعرابي: أرأيت إن بعثت لك أباك وأمك؛ أتشهد أني ربك؟ فيقول: نعم. فيتمثل له شيطانان في صورة أبيه وأمه، فيقولان: يا بني! اتبعه؛ فإنه ربك

Daripada Abi Umamah al Bahili RA, beliau berkata :Rasulullah SAW berucap di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut tentang Dajjal, dan meminta kami berjaga-jaga… di antara yang disebut: Di antara fitnahnya ialah, apabila dia (Dajjal) berkata kepada orang jahil, “adakah kamu ingin lihat aku membangkitkan ibu bapa kamu (yang telah mati)? Adakah kamu akan beriman denganku? Orang tersebut berkata : Ya.. Lalu dua ekor syaitan menyerupai bapa dan ibunya, lantas berkata : wahai anakku, berimanlah dengannya.. sesungguhnya dialah tuhan.

Mampu Membunuh Seseorang Kemudian Menghidupkan Semula

حديث أبي هريرة رضي الله عنه: أنه قال: « يسلط الدجال على رجل من المسلمين، فيقتله، ثم يحييه، ثم يقول: ألست بربكم؟ ألا ترون أني أحيي وأميت

Abu Hurairah RA berkata : Dajal akan bertempur dengan seorang lelaki dari kalangan Islam. Lalu dia berjaya membunuhnya, kemudian menghidupkannya semula. Lalu dia berkata “Adakah aku tuhan kamu? Tidakkah kamu melihat aku mampu menghidup dan mematikan?

Mampu Menyembuhkan Penyakit

وعن الحسن عن سمرة بن جندب رضي الله عنه: أن نبي الله صلى الله عليه وسلم كان يقول: « إن الدجال خارج، وهو أعور عين الشمال، عليها ظفرة غليظة، وإنه يبرئ الأكمه والأبرص ويحيي الموتى ويقول للناس: أنا ربكم! فمن قال: أنت ربي؛ فقد فتن، ومن قال: ربي الله حي لا يموت؛ فقد عصم من فتنته

Daripada Hassan bin Samrah bin Jandab RA, Nabi SAW pernah bersabda : Sesungguhnya Dajjal itu pasti akan muncul. Dia mengalami kecacatan pada mata kirinya, yang terdapat daging timbul di bahagian tersebut. Dia mampu menyembuhkan sopak dan kusta, menghidupkan orang mati.. dan dia berkata “akulah tuhan kamu”. Maka, sesiapa yang berkata “kamu adalah tuhanku”, bermakna dia telah menyebarkan fitnah. Sesiapa yang berkata “Tuhanku adalah Allah yang hidup dan tidak akan mati”, maka dia akan dipelihara daripada fitnahnya (Dajjal).

Manusia Tertipu Dengan Fitnahnya

وعن سفينة مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم رضي الله عنه؛ قال: خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: معه ملكان من الملائكة يشبهان نبيين من الأنبياء، لو شئت سميتهما بأسمائهما وأسماء آبائهما، واحد منهما عن يمينه والآخر عن شماله، وذلك فتنة، فيقول الدجال : ألست بربكم؟ ألست أحيي وأميت؟ فيقول له أحد الملكين: كذبت. ما يسمعه أحد من الناس إلا صاحبه، فيقول له: صدقت. فيسمعه الناس، فيظنون أنما يصدق الدجال، وذلك فتنة،

Daripada Safinah RA penjaga Rasulullah SAW, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Turut bersama dengannya ialah dua orang malaikat, yang menyerupai sebagai seorang nabi.. sekiranya kamu ingin tahu, aku akan menyebut namanya dan nama kedua ibu bapanya. Salah seorang berada di kanan Dajjal, dan seorang lagi di sebelah kirinya. Itulah yang dikatakan fitnah.. Maka Dajjal berkata : Bukankah aku tuhan kamu? Bukankah aku telah menghidup dan mematikan? Lalu dua orang malaikat tadi berkata : Penipu.. Tiada siapa yang mendengar kata-kata malaikat tersebut, melainkan orang yang ditanya oleh Dajjal. Lalu orang tersebut berkata : Ya, kamu benar.. (dengan niat mengatakan kebenaran pada kata-kata Malaikat tadi).. Lalu manusia yang lain mendengarnya, dan mereka menyangka bahawa orang tersebut membenarkan Dajjal.. itulah yang fitnah.

Semoga sesuai sebagai renungan kita.

Allahu’alam… Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s