​KISAH RAJA FAISAL: RAJA ARAB SAUDI YANG BERANI BERJUANG DEMI KEBENARAN DAN AKHIRNYA DIBUNUH

Faisal bin Abdulaziz Al Saud ialah Raja Arab Saudi dari tahun 1964 hingga 1975.

Baginda banyak berjasa dalam menyelamatkan kewangan negara dan melaksanakan dasar pemodenan serta pembaharuan di Arab Saudi.

Prinsip dasar luar beliau adalah pan-Islamisme, anti-Komunisme dan pro-Palestin nasionalisme. Beliau berjaya menstabilkan birokrasi negara itu, dan beliau mempunyai pengaruh yang besar di kalangan rakyat Arab Saudi.

Raja Faisal yang merupakan seorang anti-komunis juga bermusuh dengan Amerika Syarikat. Pernah suatu ketika setelah resolusi PBB mengenai memecahkan Palestin dan penubuhan Israel, Putera Faisal (ketika itu masih belum menjadi raja) mendesak ayahandanya untuk memutuskan hubungan dengan Amerika Syarikat tetapi desakannya itu tidak diterima.

Pada tahun 1932, ketika Raja Faisal berumur 20 tahun, beliau di lantik menjadi Menteri Luar Negeri oleh ayahndanya, Abdulaziz Al Saud. 

Ayahnya pada suatu ketika mendapat jemputan mesyuarat yang diadakan di kapal pesiaran USS Quincy pada Februari 1945 daripada Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt yang baru pulang dari Persidangan Yalta. Hasil pertemuan menyatakan AS wajib melindungi Kerajaan Arab Saudi dan keluarga raja. Sebagai pulangannya, AS mendapat bekalan minyak secara khusus dari Arab Saudi.

Bukan hanya setakat itu, Roosevelt turut berjanji untuk tidak meluluskan penubuhan sebuah negara Yahudi (yakni Israel) yang bebas di Palestin.

Namun kemudiannya, Roosevelt menegaskan kepada Abdulaziz Al Saud secara bertulis untuk membatalkan janjinya dan menyokong pula penubuhan negara Israel.

Tujuh hari kemudian, Roosevelt meninggal dunia. Setelah kematian Roosevelt, kedudukannya digantikan oleh Presiden Harry S. Truman.

Ketika kepemimpinan Truman, Raja Faisal yang merasa dikhianati kerana Presiden ke-33 Amerika itu menyatakan sokongan terhadap isu pemecahan wilayah Palestin telah menyatakan pendiriannya.

Pada ketika undian dilakukan, Raja Faisal telah mengecam rasuah dan ugutan yang membolehkan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk mengundi dua kali (sehingga dapat keputusan yang dikehendaki).

Raja Faisal yang telah cuba meyakinkan para delegasi Arab teruk dikritik.

Kemuncaknya, Presiden Truman telah mengiktiraf kedaulatan negara Israel selepas 15 minit pengisytiharan negara haram Israel.

Pada tahun 1964, Raja Faisal telah diangkat menggantikan takhta saudaranya yang dianggap tidak cekap.

Raja Faisal telah berjaya menyelamatkan negara daripada keruntuhan ekonomi dan membimbing negara ke arah pemodenan.

Pada bulan April 1965, beliau dalam ucapannya semasa Persidangan Islam Sedunia telah berikrar untuk menghentikan perluasan wilayah Israel.

Bentuk penentangan Raja Faisal terhadap Israel dilakukan dengan cara mempromosikan perjuangan Palestin kepada Kerajaan AS dan dunia.

Selepas kematian Raja Mesir, Gamal Abdel Nasser pada 1970, Raja Faisal menjadi penyokong utama Presiden Palestin Yaseer Arafat dan Palestine Liberation Organization (PLO).

Di sebabkan pengaruh Raja Faisal, Yasser Arafat telah diterima di Perhimpunan Agung PBB dan diiktiraf sebagai ketua negara.

Di bawah kepimpinan Nixon selepas itu, Amerika Syarikat terus menyokong Israel. Pada masa itu Perang Yom Kippur meletus pada Oktober 1973 di mana Mesir dan Syria cuba mendapatkan kembali wilayah mereka yang di duduki secara haram oleh Israel.

Selepas perang itu, bantuan tentera AS untuk Israel dilihat semakin meningkat.

Untuk mengatasi hal itu, pada bulan April 1974 Raja Faisal telah menghantar menteri minyak beliau, Sheikh Yamani ke Washington untuk bertemu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Henry Kissinger.

Masej yg di bawa dalam pertemuan itu adalah… Baginda tidak akan meningkatkan pengeluaran minyak jika Amerika Syarikat tidak memaksa Israel untuk keluar daripada wilayah yang diduduki secara haram itu.

Nixon lantas mengutuskan anggota tinggi Agensi Risikan Pusat (CIA), Gral Vernon Walters untuk mengadakan pertemuan sulit dengan pemimpin Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Pada Julai 1974, Nixon sendiri telah berlepas dan mengunjungi Mesir, Arab Saudi, Syria, Israel, serta Jordan dan telah menyatakan pendiriannya serta mengkritik Israel.

Pada 6 Ogos 1974, Nixon memberitahu Kissinger bahawa beliau mahu menghentikan semua bantuan ketenteraan dan ekonomi kepada Israel jika negara Zionis itu enggan mematuhi resolusi PBB.

Malangnya, tidak lama kemudian Nixon meletak jawatan sebagai Presiden kerana Skandal Watergate. Nixon digantikan oleh Naib Presiden Gerald Ford yang terkenal dengan pro-Israel. Adakah ini berlaku secara kebetulan?

Ford mengambil keputusan untuk mengiktiraf secara rasmi Jerusalem sebagai ibu negara Yahudi itu.

Keputusan ini telah mencetuskan kemarahan Raja Faisal.

Pada 16 Ogos 1974, Raja Faisal telah memutuskan untuk menggunakan ‘senjata minyak’ sekaligus menimbulkan krisis minyak pertama dunia iaitu dengan mengurangkan jumlah pengeluaran minyak; dengan harapan untuk mempengaruhi dasar pro-Israel di Amerika Syarikat.

Selain itu, Baginda turut menarik balik rizab emas Arab Saudi yang ada di bank-bank Amerika Syarikat untuk menambah tekanan.

Melihatkan perkembangan ini, Kissinger telah bertindak balas mengancam untuk menggunakan kekerasan menghentikan apa yang dipanggil “mencekik dunia perindustrian.”

Satu perjanjian akhirnya diatur dengan penghantaran utusan Raja Faisal ke Washington iaitu Menteri Pertahanan, Sultan.

Sebagai ganti, Amerika Syarikat berjanji untuk menarik kembali pengiktirafan status Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

US turut berjanji untuk menuntut Israel kembali ke sempadan yang di tetapkan pada tahun 1948.

Selain itu, Raja Faisal menerima 1000 penasihat tentera Amerika untuk mewujudkan Arab National Guard yang ditugaskan untuk mempertahankan semua pelantar minyak dan keluarga diraja.

Melalui keputusan itu, Raja Faisal telah meletakkan nasibnya dan keluarganya di tangan Amerika Syarikat dengan harapan Amerika Syarikat akan menetapkan semula dasar luar mereka.

Malangnya, semua itu tidak pernah terjadi.

Pada 25 Mac 1975, Raja Faisal telah dibunuh oleh anak saudaranya, Faisal bin Musad.

Faisal kemudiannya telah di jatuhkan hukuman  mati dengan di pancung di khalayak ramai,tanpa di ketahui punca tindakannya.

Pembunuhan Raja Faisal mencetuskan kontroversi dan masih menjadi misteri hingga ke hari ini.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s