​AL-KISAH DI ANTAH BERANTAH

Sekadar merekodkan kisah semasa. Mana la tahu 10 atau 15 tahun kemudian, mungkin ada keperluan kita merujuknya semula.

Al-kisah di sebuah negeri bernama Antah Berantah seperti yang diceritakan oleh seorang pengembara memerikan tentang rajanya yang pelik. Sangat pelik. Mengikut cerita, raja itu mengerahkan pembesar-pembesar istana mencari bangkai gajah yang dikatakan tertanam di negeri itu lebih tiga dekad dulu. Raja telah mendapat alamat hal ini daripada mimpinya.

Raja pun menitahkan kepada Memanda Menteri  menghimpunkan segala orang besar istana supaya mencari bangkai gajah itu. Mereka terpinga-pinga kerana tidak pernah mendengar kisah bangkai gajah yang menjadikan negeri hampir muflis.

Memanda Menteri dan pembesar-pembesar istana yang telah terbiasa dengan tabiat bermuka-muka segera mengangguk-angguk di depan raja. Seolah-olah mereka tahu tentang kisah bangkai gajah itu.

Mereka yang bermuka-muka itu berpakat dan sepakat mengatakan sudah terjumpa tempat bangkai gajah itu ditanam. Mereka kononnya sedang menggali untuk mengumpul tulang-tulang sebagai bukti untuk dipersembah kepada raja.

Mereka sebenarnya tidak pernah dengar tentang bangkai gajah itu. Tetapi kini mereka seolah-olah tahu semuanya. Tujuannya tidak lebih untuk mengampu raja dan mengharapkan imbuhan emas dan perak daripada raja.

Dalam kawasan larangan di istana pula memang ada  bangkai seekor gajah yang telah busuk dan berulat. Raja tidak menitahkan sesiapa menanamkan bangkai gajah itu. Dia buat tak tau saja.

Seluruh negeri terhidu bau bangkai gajah itu. Semakin lama semakin busuk hingga sampai ke negeri jiran. Negeri jiran pun tidak selesa tetapi raja negeri Antah Berantah bertitah gajah itu bukan mati malah segar bugar. 

Raja dan pembesar istana sibuk dengan kononnya ada bangkai gajah tiga dekad lalu, tetapi pura-pura tidak menghidu busuk bangkai gajah dalam pagar istana.

Memanda Menteri dan pembesar istana terangguk-angguk dan tersengeh macam kerang busuk mengiyakan titah raja yang bangkai gajah itu masih hidup. 

Bila keluar saja dari istana semua mereka yang bermuka-muka itu telah muntah hijau kerana tidak tahan dengan bau bangkai gajah itu. Tetapi mereka sanggup buat kerja bodoh dan sia-sia mencari bangkai gajah yang kononnya ditanam tiga dekad dulu daripada mengatakan bangkai gajah itu sudah berulat.

Raja pula mengeluarkan titah, barang siapa yang mengatakan gajah dalam kawasan istana itu bangkai, mereka akan dihukum. Rakyat pun terpaksa diam dan terus hidup dalam kebusukan.

Tidak lama selepas itu datang satu perutusan daripada raja di sebuah negeri yang meminta bangkai gajah itu ditanam. Sebabnya bau busuk sudah sampai di negerinya.

Raja berdiam diri. Tetapi Memanda Menteri dan pembesar-pembesar istana yang lain begitu galak menafikan gajah itu sudah menjadi bangkai dan membusuk. Mereka beriya-iya mengatakan  gajah yang ada segar bugar. Mereka pun mengadu kepada raja kononnya raja di negeri berkenaan mencampuri hal dalaman negeri tersebut.

Raja pula terus bangga menyimpan bangkai gajah yang busuk lagi membusukan itu.  Kebusukan telah memperkenalkan Antah Berantah ke seluruh dunia.

Tetapi agak malang kerana kisah raja pelik itu habis setakat itu sahaja. Pengembara mati sebelum selesai menulis pengalamannya. Dia tidak tahan bau busuk bangkai gajah di Antah Berantah.

Selepas berabad lamanya negeri Antah Berantah kini menjadi pengeksport terbesar serai wangi dan daun pandan. Dikisahkan juga bahawa penanaman serai wangi dan pandan mula digiatkan dengan banyaknya untuk dibuat pewangi bagi menghilangkan bau busuk bangkai gajah yang sangat menganggu rakyat jelata.

Allahu’alam… begitulah kisahnya.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s