​PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DUNIA ISLAM YANG BERLAKU KETIKA BULAN RAMADHAN

Terdapat beberapa peristiwa yang pernah berlaku di bulan Ramadhan yg melibatkan dunia Islam.

Ianya memberi seribu pengertian dan kesan psikologi yang amat besar kepada keseluruhan umat Islam.

Di antara peristiwa-peristiwa itu adalah: 


1. Turunnya wahyu pertama kepada Rasullulah SAW

Peristiwa ini terjadi ketika baginda Rasulullah SAW mengasingkan diri di Gua Hira’. Kedatangan Jibrail menemui Rasulullah SAW amat memeranjatkan baginda.

Wahyu pertama ini terkandung dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Alaq. 
Kesan kepada Islam: Rasullulah SAW buat kali yang  pertama dipertemukan dengan Jibrail as.

Saat ini merupakan detik mengujakan bagi umat Islam keseluruhannya kerana ayat-ayat ini merupakan ayat-ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.
Sejak wahyu pertama ini, Rasullulah SAW kemudiannya telah menerima banyak lagi wahyu yang kemudiannya dimuatkan di dalam Al-Quran. 


2. 17 Ramadhan 2H: Meletusnya Perang pertama dalam Islam iaitu Perang Badar

Diriwayatkan terjadi pada hari Jumaat 17 Ramadhan 2H. Tentera umat Islam seramai lebih kurang 300 orang manakala tentera kaum Musyrikin Mekah adalah kira-kira 1000 orang. Dipercayai tentera Islam terpaksa menunggang seekor unta untuk 2 orang kerana kekurangan binatang sebagai kenderaan.

Peperangan berat sebelah ini akhirnya memihak kepada umat Islam.

Di antara tokoh Musyrikin Mekah yang gugur adalah Abu Jahal laknatullah. 

Kesan kepada Islam adalah… Islam telah berjaya menghadapi perang yang dianggap hidup dan mati Islam ini dengan jayanya.

Sekiranya Islam kalah dalam peperangan ini, terdapat kebarangkalian di mana Islam tidak akan tersebar ke seluruh dunia sepertimana terjadi pada hari ini (namun segalanya adalah ketentuan dari Allah).

Inilah perang yang dilihat seperti talian hayat Islam.


3. Ramadhan 5H: Persiapan Perang Khandaq

Perang Khandaq dikenali sedemikian kerana perang ini melibatkan parit-parit (khandaq) yang digali mengelilingi khemah-khemah kaum Muslimin.

Penggalian parit ini disyorkan oleh sahabat Rasulullah SAW iaitu Salman Al-Farisi.
Kerja² penggalian dimulakan pada bulan Ramadhan, 5H.

Meskipun berpuasa, ia tidak menjadi halangan kepada mereka. Perang ini akhirnya dimenangi oleh umat Islam pada bulan Zulkaedah. 

Kesan kepada Islam adalah… sejak Perang Khandaq, Islam telah dapat membentuk perpaduan penuh di kalangan para penganutnya.

Perang yang berlanjutan selama beberapa bulan ini benar-benar menguji iman orang Islam waktu itu. Dengan Rasullulah SAW sebagai pemimpin, para sahabat telah menghadapi perang ini dengan sabar dan penuh perpaduan.


4. Pembukaan Kota Mekah (Fathul Makkah @ Fathu Makkah)

Akhirnya… Mekah berjaya juga dikuasai oleh umat Islam pada 20 Ramadhan 8H. Ketika itu, Rasulullah SAW memimpin para sahabat dan pengikut baginda yang seramai 10,000 orang kesemuanya memasuki Mekah.

Diriwayatkan bahawa Rasullulah SAW dan para sahabat mengenakan sut baju besi yang lengkap sebagai simbol kegagahan dan kekuatan tentera Rasullulah SAW.

Batalion Rasullulah SAW itu telah dapat menggentarkan hati seluruh Arab Quraisy yang mana sebelum ini telah banyak membuatkan hati nabi kesayangan kita ini perit dan luka.

Rasullulah SAW pernah dipulau, diusir serta terpaksa berhijrah ke Madinah. Semuanya kerana kejahilan dan kejahatan Musyrikin Quraisy. 

Kesan kepada Islam ialah… Islam telah bertapak kukuh sejak peristiwa ini. Segala berhala dan gambar-gambar di dalam Kaabah telah dimusnahkan oleh para sahabat dan Rasulullah SAW sendiri.

Tanah Haram Mekah telah dimuliakan sejak daripada peristiwa Fathul Mekah. 


5. Ramadhan 9H: Penarikan balik tentera Islam daripada Perang Tabuk

Rasullulah SAW menarik balik tenteranya di medan Tabuk kerana tidak mendapati sebarang kelibat tentera Kristian Byzantine di sekitarnya.

Perang ini mula meletus apabila Kristian Byzantine ingin meluaskan empayarnya ke Tanah Arab.

Rasullulah telah memimpin sendiri kempen kali ini dengan kekuatan 30,000 orang tentera dengan 10,000 orang adalah tentera berkuda.

Diriwayatkan, setiba di Tabuk, tiada langsung kelibat tentera Rom.

Akhirnya Rasullulah SAW menarik balik tenteranya daripada medan Tabuk dan pulang ke Madinah. 

Kesan kepada Islam: Kekuatan mental dan psikologi Umat Islam semakin tinggi.

Dikatakan tiada sedikit pun pertumpahan darah yang  berlaku.


6. Ramadhan 92H: Penawanan Andalusia

Tariq Bin Ziyad yang megetuai 12,000 orang tentera Islam berdepan dengan tentera Kristian seramai 90,000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic of Vasigoth. 

Tariq Bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakar kapal-kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. 

Beliau berkata: ”Sesungguhnya,syurga Allah terbentang luas di hadapan kita,dan di belakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas ataupun syahid.” 

Tindakan tegas dan bersemangat Tariq Bin Ziyad telah memberi motivasi penuh kepada tentera mukmin.

Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera Kristian pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Tariq Bin Ziyad telah dihukum pancung kerana dipercayai difitnah oleh pembesar bani Umayyah. 

Kesan kepada Islam ialah… di sini, bermulanya era keemasan Islam di Andalusia dengan Islam menguasainya selama 700 tahun. 


7. Ramadhan 129H: Kemenangan Abu Muslim Al-Khorasani ke atas dinasti Umayyah

Abu Muslim Al-Khorasani telah memimpin tentera yang memihak kepada keluarga Abbas untuk melakukan revolusi ke atas dinasti Umayyah.

Revolusi mula tercetus selepas kemangkatan Khalifah Umayyah, Hashim Ibnu Al-Malik.

Kemenangan Abu Muslim telah menyemarakkan keluarga Abbas untuk menaiki takhta dan seterusnya menumbangkan dinasti Umayyah.

Bagaimanapun, Abu Muslim telah dibunuh. Ironinya, beliau dibunuh oleh adiknya sendiri. Selepas kematiannya, Bani Abbassiyah telah cuba mengumpul dan berunding dengan pelbagai musuh politik terutamanya daripada pengikut setia Abu Muslim. 

Kesan kepada Islam: Bani Umayyah tumbang dan diganti oleh Bani Abbasiyyah. 

Pada masa ini, kegemilangan Islam tetap utuh meskipun terdapat banyak perang saudara di antara satu sama lain. 


8. Ramadhan 584H: Kemenangan Salahuddin al-Ayubi pada Perang Hittin 

Panglima agung Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib pimpinan Guy de Lusignan, Raymond III of Tripoli, Gerrard de Rideford, Balian of Ibelin dan Raynand of Chatillon. 

Dipercayai, Perang Hittin ini telah menyebabkan pihak tentera salib kehilangan 17,000 daripada kira-kira 20,000 orang tentera mereka. 

Di akhir perang ini, Guy de Lusignan, Gerrard de Rideford dan Raynand of Chatillon ditangkap. 

Tetapi, hanya Raynand of Chatillon sahaja dipancung kerana kebiadaban Raynand of Chatillon membunuh kabilah haji ke Mekah dan umat Islam di Jeruselam. Guy de Lusignan dan Gerrard de Rideford pula dibebaskan oleh panglima yang terkenal sebagai hati mulia ini dengan tanpa syarat. 

Kesan kepada Islam ialah ia menjadi titik tolak kepada kejayaan Islam dalam Perang Salib seterusnya. Jerusalem juga berjaya dibebaskan dari cengkaman Kristian.

Melalui perang ini juga, reputasi Salahuddin bin Ayubbi telah tersebar hingga ke Eropah sehinggakan terdapat duti / cukai khas diwujudkan untuk membelanjai peperangan salib seterusnya. Ia dikutip di England dan Perancis yang dinamakan sebagai Saladin Tithe.

Allahu’alam… semoga bermanfaat diketahui.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s