LISAN BERACUN

Kisah Pertama

Seorang kakak bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah adiknya itu melahirkan seorang bayi yang comel. “Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?” 

“Tidak ada,” jawabnya ringkas.  

Kata kakaknya lagi, “Uish!! Takkan camtu?, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap dapat hadiah dari suamiku walaupun tanpa alasan yang istimewa.” 

Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, dilihat isterinya sedang merajuk sedih  di rumah. 

Mereka berdua sering bergaduh sejak itu. Tak lama kemudian,  suami dan isteri ini bercerai. 

Dari mana punca masalah rumahtangga mereka? 

Kisah kedua: 

Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. “Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?” 

Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasakan sempit oleh penghuninya. 

Kemudiannya… ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut hilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang yang banyak. Hutang yang tiba-tiba wujud kerana cuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang di luar kemampuan kewangan keluarganya.

Kisah ketiga

Seorang kawan bertanya. ”Berapa gaji kamu sebulan?” 

Kawannya menjawab, “2 ribu ringgit”. 

“Hanya 2 ribu ringgit? Sikitnya!!!, majikan kamu tidak reti menghargai kerja kamu. Mana cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu?”

Sejak itu dia membenci pekerjaannya.
Dia meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak. Tidak lama selepas itu kerana terlalu kerap memberontak, terpaksa pulak majikannya menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur. 

Kisah keempat: 

Seseorang bertanya kepada makcik tua. “Berapa kali anak-anak makcik datang melawat makcik dalam sebulan? ” 

Makcik itu menjawab, “Sebulan hanya sekali.” 

Si penanya menempelak, “uish!! melampau sekali anak-anak makcik ni. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi.” 

Hati si makcik tiba-tiba menjadi sedih. Sedangkan sebelum ini dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya. 

Makcik tadi mula menangis dan bersedih.

Ini memburukkan kesihatan tubuhnya hingga jatuh sakit.

===============

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika kita bertanya seperti pertanyaan2 di atas? Apa yang kita dapat bila mencetus emosi negatif bagi orang lain?

Jagalah lidah kita dari mencampuri kehidupan orang lain. Tidak perlu cemburu dgn kebahagiaan yg diperolehi org lain… setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya.

Andai dia berbahagia, lihat serta contohi la corak dan gaya kehidupannya… bukan menghukum dgn membawa cerita atau mencetus perasaan negatif.

Memperkecil-kecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki. 

Jika terus berperangai seperti itu, kita juga akan menjadi ejen kerosakan di muka bumi ini. Perosak kebahagiaan orang lain.

Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?

Bagi yang mendengar lisan2 seperti ini pulak, jangan la salahkan 100% orang yang bercakap dengan kita. Tanyalah diri sendiri, adakah kita ini terlalu mudah terkesan dgn cakap2 orang lain?

Na’uzubillahi minn zaalik.

Allahu’alam… semoga bermanfaat difikir2 kan.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s