​REZEKI LAIN, BARAKAH LAIN…

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia adalah sebuku roti sahaja.
Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia bertanya Nabi Musa AS untuk bertanya pula kepada Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun menegur dan memberi salam kepada Nabi Musa AS dan dengan teragak-agak dia pun bertanya. 

“Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih supaya hati saya lebih tenang ketika beribadat. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih sedikit rezeki”.

Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya kepada Allah SWT, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang telah ditetapkan sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun menyampaikan kepada orang tua itu apa yang dia diberitahu. 

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Nabi Musa AS bertanya kepadanya sebab musabab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, “Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!”. Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia. Kali ini, orang tua itu lebih tenang dan khusyuk.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu semakin meningkat lagi dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau dan bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti. Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan. 

Orang tua itu berkata kepadanya, “Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!”. 

Penggembala tu pun melakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua itu dan haiwan ternakannya pun makan semua roti tu sampai habis.

Sebagai tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan, kemudian berlalu lagi bertahun-tahun dan Nabi Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda Nabi Musa AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman yang damai dan indah.

Kini ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ. Terdapat juga sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan jelas terpancar di situ. Nabi Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang telah tertulis dalam takdir orang tua itu – sebuku roti sehari – Nabi Musa AS pergi bertanya Allah SWT untuk mengetahui apa yang terjadi sebenarnya. 

“Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi ..”

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu. 

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan redha apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT. 

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan…

Tetapi … 

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah hati seperti kisah orang tua ini.

Aamiiinnn.

===========================

Pengajaran moral dari kisah ini:

– Janganklah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang. 

– Bersyukur walaupun sedikit. 

– Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan. 

– Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan. 

– Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang. 

– Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita ‘hulur’ kan semata-mata untuk diketahui umum.

– Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit.

Semoga bermanfaat direnung2 kan.

Allah’ualam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s