​15 SOALAN MENGELIRUKAN DARI ORANG BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM

Soalan-soalan yg dinyatakan di bawah ini sebenarnya memang pernah dan biasa pun diajukan oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam.

Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana benar² hendak tahu tetapi lebih kepada ingin membuat orang Islam yang ilmunya hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam.

Dan akhirnya orang Islam begini akan mula berasa was-was dengan pegangan yang dianutinya selama ini.

Jadi, jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu untuk menerangkan serta membidas kembali persoalan yg sengaja diutarakan.
15 soalan-soalan dan jawapan-jawapan untuk soalan-soalan tersebut ialah:

1) Nama Nabi Isa a.s. disebut 25 kali dalam Al-Quran, akan tetapi nama Nabi Muhammad SAW hanya disebut 5 kali sahaja. Mengapa? 

JAWAPAN:

Kerana Al-Quran itu diwahyukan pada Nabi Muhammad SAW, sebab itu nama Baginda jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad SAW tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

==========

2) Nama Nabi Isa a.s. lebih banyak disebut daripada nama Nabi Muhammad SAW dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

JAWAPAN:

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak disebut daripada nama Nabi Isa a.s. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa?

Sebenarnya Allah SWT tidak membezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya.

Walaubagaimanapun, hanya Allah SWT lebih Maha Mengetahui.

==========
3) Dalam Islam, penganutnya percaya yang Nabi Isa a.s. diangkat ke langit sedangkan Nabi Muhammad SAW wafat.

Jadi, bila Nabi Isa a.s. di angkat ke langit, tentu saja Nabi Isa a.s. itu bertaraf Tuhan kan?

JAWAPAN:

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa a.s.).

Sedangkan dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa a.s.) berkata: “Siapa yang taat pada Allah akan masuk syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”.

Umum mengetahui Kitab Injil yang menjadi rujukan penganut Kristian pada hari ini telah dimanipulasi isi kandungannya.
==========
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir. Tapi,di akhir zaman nanti Nabi Isa a.s. akan turun.

Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa a.s. sebagai nabi yang terakhir?

JAWAPAN:

Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir berdasarkan tahun kelahirannya.

Dan Nabi Isa a.s. kelak bukannya turun sebagai pesuruh atau penyampai ajaran Islam yg terakhir. Sebaliknya turut tergolong bersama-sama umat Nabi Muhammad SAW.

==========
5) Nabi Isa a.s. disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa. Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu… kan?

Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia.

JAWAPAN:

Nabi Adam a.s. merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga.

Jadi, kenapa tidak disembah Nabi Adam a.s. saja?

Firman Allah SWT:.

“Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam.

Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya:

“Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.

(Surah Al-Imran, ayat-59.)

==========
6) Jika membaca tafsir, Allah SWT berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?

JAWAPAN:

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’.

Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ dan juga ‘I’ untuk menggambarkan  dirinya dan keagungan kerajaannya?

==========
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

JAWAPAN:

Kuku juga anugerah Tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

==========
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam di suruh membunuh (menyembelih) haiwan untuk dimakan?Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?  

JAWAPAN:

Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Tidakkah zalim memakan sayur dan pokok?

Malah, apabila kita mencuci tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam?

Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
==========
9) Sami Buddha vegetarian cuba menyangkal dgn mengatakan, “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”.

JAWAPAN:

Jadi, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta dan bisu hanya kerana mereka kurang ada deria?

==========
10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”.

JAWAPAN:

Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

==========
11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang atau haiwan akan dapat banyak penyakit”.

JAWAPAN:

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan haiwan.

Allah SWT suruh makan secara sederhana.

Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang.

Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan haiwan dan sayuran. 

Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi ada penyakit lembu gila.

Sebenarnya, tak kisah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi janganlah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

==========
12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

JAWAPAN:

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Mengapa tidak makan batu dan kayu?

Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal? Kenapa tak makan manusia lain?

==========
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

JAWAPAN:

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat.

Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya.

Orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah di sejadah untuk sembahyang dan sewaktu melaungkan azan.

Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah.

Jika ada sepanduk gambar Kaabah di rentangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

==========
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad SAW? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

JAWAPAN:

Nabi sebelum Rasulullah SAW diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad SAW diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

==========
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah!!??Tak nampak pun!

JAWAPAN:

(Tampar beliau!)…Adoiii!!..

Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu?

Begitu juga dengan kewujudan Allah.

Allah SWT itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya dan kehebatan ciptaan-ciptaanNya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

==========

Allahu’alam… semoga bermanfaat diketahui dan difahami.

Leave a comment