KISAH PEMBUNUHAN PUTERI DIANA a.k.a. LADY DIANA

Pada tahun 2000, James Andanson, seorang paparazzi senior Perancis, dilaporkan mati di dalam keretanya yang terbakar di satu lapangan milik Jabatan Keamanan Perancis di Montpellier. 

James Andanson

Polis yang menyiasat kes itu telah dapat menemukan 2 lubang peluru di kepala Andanson. Selanjutnya polis membuat kesimpulan bahawa Andanson telah melakukan tindakan bunuh diri. 

Keadaan sewaktu Andanson ditemui mati di dalam keretanya yang terbakar

Bunuh diri??? Menembak kepala sendiri dua kali, kemudian boleh pulak membakar keretanya sendiri? Suatu kesimpulan yang sangat aneh… bukankah begitu? 

.

Andanson adalah orang yang dikenalpasti berada di dalam kereta Fiat Uno putih yang disebut-sebut oleh banyak saksi sebagai berperanan dalam peristiwa kecelakaan Puteri Diana di Paris tahun 1997. 

Sebagai paparazzi senior, dia tentu termasuk dalam barisan paparazzi yang gigih mengekori Puteri Diana yang tengah berada di Paris pada masa itu. Bagi mereka, Puteri Diana adalah sasaran yang paling dicari-cari kerana dengan satu klik kamera saja boleh menghasilkan gambar yang bernilai ribuan dollar. Namun yang peliknya, kali ini Andanson tidak termasuk pula di antara mereka yang menunggu Diana di Hotel Ritz tempatnya menginap bersama teman lelakinya, Dodi al Fayed.

Mobil Fiat Uno itu sendiri masih menjadi misteri hingga saat ini, 20 tahun setelah mautnya Diana. Selama bertahu-tahun institusi kepolisian Perancis yang termasuk paling maju di dunia gagal menemukan Fiat Uno putih yang dicari, apalagi mengetahui siapa pemiliknya, terlebih lagi siapa yang memandunya pada saat kecelakaan Diana. Hingga akhirnya orang ramai pada waktu itu hanya mampu menganggap keterlibatan Andanson sebagai sekadar suatu misteri sahaja.

Itu adalah bahagian kecil dari misteri besar kematian Puteri Diana. Turut ditemukan penyiasat ialah tali pinggang keledar Diana yang telah tersangkut “jammed” yang mengakibatkan Diana mengalami luka teruk akibat hentakan sewaktu kemalangan. Ada juga rakaman kamera CCTV di dalam tempat kejadian yang hilang. Lagi… ambulan yang memerlukan waktu hampir 1 jam setengah untuk membawa Diana ke rumah sakit terdekat, padahal keadaan lalulintas waktu itu sangat lengang. Dan paling menarik tentunya adalah pengakuan Puteri Diana dalam bentuk surat sebelum dia bercerai dengan suaminya (Putera Charles), tertulis Charles sedang merencanakan untuk membunuh Diana melalui insiden kemalangan kereta.


Dalam surat yang ditulis Diana untuk seorang pembantu dekatnya itu, tertulis tulisan tangan Diana yang berbunyi, “Suami saya (Putera Charles) tengah merencanakan satu kecelakaan pada kereta saya. Keluhan Diana tersebut hanya ditemui 2 tahun kemudian selepas kemalangan.

Setelah kematian Diana dan Dodi, ayah Dodi Mohammad al-Fayed yang sangat terpukul jiwanya dengan kematian anaknya itu dan curiga kematian tersebut adalah kejahatan konspirasi, telah membayar Keith Allen untuk membuat sebuah filem dokumentari dengan kos jutaan dollar tentang mautnya Diana dan Dodi. Filem tersebut diberi judul “Unlawful Killing”. Mohammad al-Fayed (ayah Dodi) sendiri adalah seorang billionaire Inggeris keturunan Mesir.


.

Film ini sudah sempat beredar luas, namun kemudian ditarik sendiri oleh Mohammad al-Fayed, disyaki kerana tekanan terhadap dirinya oleh pihak-pihak tertentu. Tidak mungkin ia menarik semula filem yang telah dibiayainya dengan kos sangat besar itu tanpa alasan jelas. Youtube? Youtube juga telah menghapuskan filem yang sempat beredar di medianya untuk seketika. Dari filem inilah berbagai informasi tersembunyi tentang kematian Diana terkuak dan tersebar kepada perhatian masyarakat dunia.

Mohammad al Fayed sendiri dalam filem tersebut membuat pernyataan bahawa kematian Diana dan Dodi adalah “pembunuhan oleh keluarga diRaja yang kejam dan rasis”. Menurut pendapatnya keluarga diRaja Inggeris tidak boleh menerima orang-orang muslim seperti Dodi al Fayed dan anak-anaknya untuk menjadi ayah tiri dan saudara-saudara tiri raja Inggeris mendatang. Al-Fayed juga mengungkapkan bahawa selama 2 minggu liburan bersama Dodi, Diana terus-menerus mengungkapkan kekhuatirannya bahawa ia akan menjadi korban pembunuhan oleh keluarga diRaja.

Berbagai kejanggalan juga terjadi di persidangan kes kematian Diana dan Dodi. Meskipun Diana dalam surat tersebut di atas telah jelas menunjukkan Putera Charles sebagai tertuduh, ia sama sekali tidak pernah diminta keterangannya oleh pihak berkuasa. Pengadilan diRaja “Royal Court of Justice” juga berupaya menjalankan persidangan kes itu tanpa juri, satu hal yang bertentangan dengan sistem dasar hukum England dan Britain. Selain itu pengadilan tersebut juga dipimpin oleh hakim yang sumpah setianya diberikan kepada Ratu Inggeris, Queen Elizabeth II. Dalam hal begini, terbabit adalah anggota keluarga diRaja, tentu saja perbicaraan kes seperti ini sangat tidak adil. 

Seandainya saja piawai yang sama diterapkan sebagaimana kes kematian mantan PM Lebanon Rafiq Hariri, tentu akan dibentuk Pengadilan Antarabangsa. Sayang dalam kes kematian Diana, tidak ada langsung benang merah keterlibatan Hizbollah atau perisik Iran. 

Sekadar tambahan, tidak pernah dalam sejarah kes kematian seorang mantan pejabat awam seperti Hariri harus diadili oleh Pengadilan Antarabangsa. Bahkan kes kematian misteri seorang pegawai pejabat tinggi aktif negara-negara besar pun tidak pernah diadili oleh Pengadilan Antarabangsa. Contohnya, yidak ada Pengadilan Antarabangsa di atas kematian Presiden Amerika John F. Kennedy, Presiden Mesir Anwar Sadat, PM India Indira Gandhi, Presiden Pakistan Zia ul Haq, termasuk beberapa presiden, perdana menteri dan menteri-menteri Lebanon yang meninggal secara misterius. Namun demi menjerat Hizbollah dan Iran, kematian seorang mantan pejabat tinggi negara kecil berpenduduk 4 juta orang seperti Lebanon, PBB membentuk Pengadilan Antarabangsa.

Ok… ok… balik semula kepada kisah pembunuhan Diana.

Dalam kematian Diana, media massa arus perdana juga memegang peranan besar demi menutupi kebenaran. Berita pertama yang mereka sebarkan sebagai penyebab kematian Diana adalah pemandu Diana yang mabuk. Hal-hal lain yang bertentangan dengan pendapat mereka, seperti keterangan saksi-saksi, langsung mereka cap sebagai “janggal” dan “teori konspirasi”. Mereka bahkan tidak tertarik langsung menggali informasi tentang surat Diana tersebut di atas, atau surat ancaman bekas mertua Diana, Putera Phillips kepada Diana.

Menurut siasatan polis, kereta Mercedez yang dinaiki Diana berhasil meninggalkan jauh para paparazzi yang mengejarnya sebaik sahaja keluar dari Hotel Ritz. Namun saat memasuki terowongan, kereta Diana tiba-tiba dapat dikepung oleh 4 buah motosikal dan satu kereta Fiat Uno putih misteri. Saat itu tiba-tiba terlihat kilatan cahaya kuat yang membuat pemandu kereta Diana kehilangan pandangan hingga terbabasnya kereta ke tiang terowong. Anehnya, demua kenderaan itu tidak pernah berhasil dikesan pemandunya, namun media massa arus perdana terus saja mengatakan bahawa pembunuh Diana adalah para paparazzi serta pemandu Diana yang mabuk.


Kejanggalan tidak berhenti sampai di situ sahaja. Sampel darah pemandu kereta Diana untuk membuktikan apakah dia mabuk atau tidak saat memandu itu, tidak pernah ditemukan meski sebelumnya telah menjalani autopsi oleh Professor Dominique Lecomte, seorang ahli autopsi pemerintah Perancis. Tuduhan pemandu mabuk sebagai penyebab kecelakaan juga sangat bertentangan dengan fakta bahawa dia dilihat segar bugar dan tidak ada sebarang tanda-tanda mabuk saat meninggalkan hotel Ritz sebagaimana terakam dalam kamera CCTV. Ia juga diketahui hanya mengambil kurang dari 1/4 jumlah alkohol yang boleh dikategorikan mabuk, iaitu 2 botol kecil “Ricards”.

Selain surat kepada temannya tersebut di atas, Diana juga pernah mengirim surat kepada pengacaranya yang berisi perasaan ketakutannya terhadap ancaman pembunuhan oleh keluarga diRaja. Oleh pengacaranya… surat tersebut diserahkan kepada polis, namun oleh polis justeru surat itu telah disembunyikan selama bertahun-tahun. Dan sebagai membalas jasa ini, ketua polis telah mendapat penghargaan gelaran bangsawan daripada ratu Inggeris, Queen Elizabeth II.  


KERAJAAN INGGERIS

Bahagian akhir filem “Unlawful Killing” berisi serangan secara berdepan terang-terangab pada keberadaan keluarga diRaja Inggeris dengan berbagai kecaman, di antaranya pemboros kewangan negara, sikap rasisme serta dukungan mereka kepada rejim Nazi Jerman pada awal perang dunia. 

Serangan juga ditujukan kepada pegawai-pegawai pejabat Inggeris yang lebih setia kepada raja daripada setia kepada rakyat Inggeris. Lebih jauh lagi… filem tersebut juga menuduh keluarga kerajaan Inggeris tidak berbeza langsung dengan gangster mafia.

Film tersebut juga mengutip pernyataan Putera Philip, bekas bapa mertua Lady Diana merangkap suami Queen Elizabeth II yang pernah mengatakan jika dia ditakdirkan menjalani reinkarnasi (mati dan dihidupkan semula) maka dia akan memilih untuk menjadi virus yang akan mengurangkan populasi manusia di bumi. Ini tidak menghairankan kerana Philip adalah anggota tahap tinggi persaudaraan freemason yang percaya bahawa jumlah ideal manusia di bumi adalah 500 juta orang sahaja, dan selebihnya sekitar 6 billion orang lagi populasi dunia harus dilenyapkan.

Filem itu juga menampilkan wawancara dengan ahli psikologi Inggeris terkenal Oliver James, yang menceritakan Philip sebagai seorang yang tidak memiliki kepedulian sama sekali pada sesama manusia. Oliver James menyebut secara psikologis… Philip tidak ada beza dengan pembunuh psikopat.

Namun sayangnya filem tersebut tidak menyebutkan bahawa Dinasti Windsor yang kini menguasai takhta Inggeris sebenarnya sama sekali bukan orang Inggeris. 

Mereka berasal dari Jerman yang bahkan pendahulunya, Raja George I, tidak boleh langsung berbahasa Inggeris saat dilantik sebagai raja. Mereka berhasil merebut takhta dari keluarga kerajaan Inggeris yang sah, iaitu Dinasti Stuart, berkat konspirasi penguasa rahsia global, iaitu orang-orang yahudi kaya penyembah berhala dan penyembah iblis. 

Sebelum diakhiri artikel ini… lihat betul-betul gambar ini.

Queen Elizabeth II keluar dari rumah sakit King Edward VII Hospital setelah menjalani rawatan tidak lama dahulu. Rumah sakit yang sama di mana seorang pegawainya akhir tahun 2013 yang lalu menjadi “korban pengorbanan ritual”. Namun oleh media ia disebut sebagai “bunuh diri kerana menanggung malu”. Lihatlah emblem pada tali pinggang yang digunakan perawat di samping Queen Elizabeth II, iaitu emblem persaudaraan rahsia freemason. 

Kalau selama ini anda fobia terhadap segala hal yang berbau “teori konspirasi”… dan bila anda juga menganggap remeh erti sebuah simbol, silakan baca bukunya tokoh psikoanalisis terkemuka Carl Gustav Jung, “Man and His Symbols” atau telusurilah artikel-artikel di blog zulsegamat ini untuk memahami siapa freemason dan penyembah-penyembah iblis ini.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s