HAKIKAT HIDUP DI DUNIA INI

Al kisah di sebuah rumah…

 .

Petang itu kedengaran rungutan daripada tangga. Apa yang sudah lama dipendam olehnya sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter. “Penat letih la jadi tangga ni. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun aku kena pijak. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata-kata tangga, atap terus bersuara. “Hoi tangga… aku lagi sakit tau tak. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa pulak menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang la. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara. “Mana kamu tahu? Aku ni kena tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak! Tuhan saja yang tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding kot. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding pun menjawab. “Hoiii… akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, aku lindung hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada, semua korang pun tak berguna“.

Ini sekadar analogi…

Aku ceritakan ini untuk mengingatkan kita bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. 

Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaik-baiknya. Jangan ler sesekali engkau berdengki pada orang lain. 

Mata kamu hanya dikurniakan kebolehan untuk melihat daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seperti yang kamu dapat lihat itu. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain. Jangan sangka hidup orang lain lebih mudah daripada kamu.

===============

Manusia hari ini suka bersangka-sangka…

Ada sangka baik, ada sangka buruk.

Orang beribadah disangka riak.
Orang rileks berehat disangka malas.
Orang berpakaian baru disangka menunjuk-nunjuk.

Orang berpakaian buruk disangka hina.

Orang makan banyak disangka pelahap.

Orang makan sedikit disangka diet.

Orang yang senyum disangka mengejek atau perli.

Orang yang masam disangka merajuk atau murung.

Orang berbincang disangka mengumpat.

Orang yang diam disangka suka menyendiri dan sombong tak nak bergaul.

Orang yang cantik menawan disangka nak menggoda.

Orang yang ceria disangka mengada-ngada.

Orang yang bertanya disangka menyibuk.

===============

Hakikatnya…

Mana tahu yang senyum itu kerana niatnya bersedekah.

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa sendiri.

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat.

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah.

Mana tahu yang cantik menawan itu ikhlas dan bersih wataknya.

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya.

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya.

=================

Justeru itu….

Sesuatu perkara yang kita lihat, elok la kita jangan bersangka-sangka.

Sikap suka bersangka-sangka akan memusnahkan jiwa.

Kerap bersangka-sangka mengundang celaka dan padah.

Jangan terlalu bersangka-sangka, jauhi sikap ini.

Cicak tak pernah “komplen” pada Allah kenapa kebanyakan makanan dia semua binatang yang boleh terbang, kerana cicak tahu Allah bagi dia lidah yang panjang dan laju untuk memudahkan dia menangkap makanan.

Burung juga tak pernah komplen pada Allah bila pagi-pagi kena terbang keluar tak tahu nak makan apa, tapi burung sentiasa pulang dengan kenyang dan mampu bagi makanan pada anak-anaknya. Takder lagi kita dengar cerita burung bunuh diri, malah setiap pagi kita dengar burung tetap berkicauan… 

Cacing lagilah pulak, tanpa tangan tanpa kaki, tak pernah komplen pada Allah susahnya nak cari makanan, bosannya hidup… kenapa Allah tak jadikan dia macam ni atau macam tu. Juga belum ada pernah lagi cacing bunuh diri.

Kesimpulannya, apabila Allah mencipta kita atau mencipta sesuatu, Allah tahu kemampuan kita. Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita takkan mampu tanggung. 

Bersyukurlah apa yang kita perolehi.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s