EVOLUSI SERTA KAITAN AJARAN ZARATHUSTRA DAN AGAMA MAJUSI

Agama ini dikenali sebagai agama Parsi lama / Zarathustra / Zoroaster/ Zoroasterisme. 

Kemudiannya sebagai Agama Majusi… bagaimana kaitannya?

Agama Zoroaster dikembangkan di Parsi (sekarang ialah wilayah Iran dan sekitarnya). Yang membawa ajaran ini ialah Zarathustra.

===============

Zarathustra dipercayai hidup sekitar 500-600 tahun SM.

Zarathustra dikatakan lahir dalam keadaan tersenyum manis. Lahir sahaja Zarathustra, Raja Durasan terus berasa gementar. Hal ini kerana tukang tiliknya pernah memberitahu dan memberi peringatan bahawa akan ada seorang anak dilahirkan dan anak itu akan menggugat si raja. Salah satu tanda untuk mengenal anak ini… lahirnya dalam keadaan tersenyum manis.

Raja Durasan pun tidak bertangguh lagi lantas memerintahkan 3 orang suruhannya menculik bayi itu dan mencampakkannya ke dalam nyalaan api sebuah kuil agama Parsi. 

Raja Durasan terkejut besar…

Apa tidaknya, bayi itu tidak terbakar langsung, malah dia bermain-main pula dengan api tersebut.

============

Kemudian bayi itu diletakkan di tengah padang lembu agar dia dipijak-pijak oleh lembu. Tapi salah seekor lembu datang pulak dan mengawal keselamatan bayi itu.

Selepas itu diletakkan pula dalam gua serigala. Ketika serigala-serigala hendak masuk, kaki serigala-serigala itu tiba-tiba terpaku ke tanah. Nak tambah pelik lagi… kemudian datang la dua ekor kambing menyusukan si bayi ini.

Pendek kata, semua cubaan Raja Durasan membunuh Zarathustra gagal. Ya… gagal.

==========

Banyak lagi yang cuba dilakukan oleh Raja Durasan dan konco-konconya kepada bayi ini namun tetap gagal. Kalau nak cerita hal ini, panjang sangat pulak.

===========

Kita terus la kepada saat Zarathustra telah dewasa…

Setelah dewasa, Zarathustra pergi beruzlah/ berkhalwat/ bermeditasi di Gunung Sabalan. Suatu hari Zarathustra didatangi Vonu Manah (utusan Tuhan iaitu malaikat) yang menyampaikan kata-kata Tuhan (wahyu) kepadanya.

Antara wahyu yang sampai kepadanya ialah: “Orang inilah yang Aku (Tuhan) temui di sini, yang dia seorang sahaja sudah menerima wahyu Kami.”

Menurut Zarathustra, Tuhan iaitu Ahura Mazda sentiasa menyeru manusia ke arah cahaya/kebaikan/kebenaran. Manakala ada satu lagi kuasa jahat iaitu Ahriman (atau Angro Mainyu) yang sentaisa menyeru manusia ke arah kegelapan / kesesatan / kejahatan.

Cara untuk mengalahkan Ahriman ialah melalui tiga cara: fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan buat yang baik-baik.

Tiga cara ini disebut humata, hukata dan huvarsta.

Zarathustra melarang penyembahan berhala dan dewa-dewi.

Lebih kurang 10 tahun berdakwah, dia hanya dapat seorang pengikut yang benar-benar beriman.

Pada usia 40 tahun, dia menukar strategi dengan berdakwah kepada raja zaman itu iaitu Kavi Vishtapa. 

Raja bersetuju memeluk agama Zarathustra sekiranya Zarathustra menang perdebatan dengan tokoh-tokoh agama kerajaan.

Perdebatan berlangsung selama 3 hari dan ternyata Zarathustra di pihak yang benar. Raja dan rakyat pun memeluk ajaran Zarathustra.

Jiwa orang yang mati akan diserahkan kepada Pemegang Buku Kehidupan. Humata, hukata dan huvarsta akan disemak.

Sekiranya banyak kebaikan, jiwa itu akan dihantar ke langit (syurga). Yang banyak keburukan, akan dihantar ke neraka yang penuh seksaan.

Zarathustra meninggal dunia kerana ditikam oleh seorang askar ketika tentera Tunisia menyerang kota Balkh. Usianya 77 tahun.

Kitab suci agama ini dikenali sebagai Kitab Avesta/Zend Avesta.

Kitab Avesta terdiri daripada 21 bab. Setiap bab ada 200 muka surat. Tetapi yang tersisa sekarang hanyalah 5 bab. Yang lain kononnya musnah dalam serangan Alexander the Great. Dikatakan salinan Kitab Avesta yang lengkap sebenarnya masih tersimpan dengan baik di Perpustakaan Vatican.

Asalnya Kitab Avesta ditulis dalam bahasa Zand (bahasa Parsi kuno). Oleh kerana semakin ramai yang tidak tahu bahasa itu, kitab Avesta ditulis semula dalam bahasa Pahlavi.

5 bab yang ada itu ialah Yasna, Vispered, Vendidad, Yasht & Khorda Avesta.

Ahura Mazda ada banyak nama, dikatakan ada 101 nama seperti Yang Mencipta, Yang Melihat, Yang Mengetahui, Yang Pengasih, Yang Pemurah, Yang Berkuasa, Yang Besar, Yang Dipuja, Yang Tidak Aad Akhirnya, Yang Suci, Yang Tinggi, Yang Benar, Yang Menyebabkan Segala-galanya, Yang Menolong, Yang Menjaga, Yang Tidak Dapat Dilihat (Yang Ghaib), Yang Agung, Yang Kekal Abadi, Yang Menghitung, dan lain-lain.

Dalam Buku Yashna dikatakan : “Sebutlah dan ulanglah (*berzikir) namaKu pada setiap hari dan setiap malam.”

Api dianggap sebagai simbol cahaya, terang dan kebenaran. Selepas zaman Zarathustra, api yang dinyalakan di rumah-rumah ibadah agama Zarathustra mula dianggap mulia dan akhirnya sampai ke peringkat dipuja dan disembah. Dari sinilah wujudnya agama yang dikenali sebagai agama Majusi pada zaman Rasulullah saw.

Pada hari Akhirat, manusia akan dihidupkan semula untuk diadili oleh Ahura Mazda. Manusia akan melalui satu titian yang bernama Cinvat atau Civanto Peretu. Di bawah titian ini terdapat arus ombak gelombang cairan logam yang bernyala-nyala (neraka). Titian ini sangat halus, lebih halus daripada rambut.

Orang baik akan dimasukkan ke dalam Paridaeza (Paradise/Firdaus). Yang jahat akan dimasukkan ke dalam Gehannam (Jahannam).

Sembahyang mereka 5 kali sehari semalam. Sebelum sembahyang, ada upacara seakan-akan wudhuk.

4 unsur alam dipandang suci iaitu tanah, api, air dan angin. Oleh itu mayat tidak boleh terkena semua itu. Maka mereka tidak mengebumikan mayat, tidak membakar mayat, tidak menghanyutkan mayat dan tidak membiarkan mayat begitu sahaja. Sebaliknya mereka menjalankan upacara ‘pengkebumian langit’.

Allahu’alam…

*Tulisan ini merupakan nota ringkas saya bagi menerangkan tentang agama Majusi berdasarkan sebuah kitab bernama Ihya’ ‘Ulumuddin.

Ihya’ Ulumuddin atau Al-Ihya merupakan kitab membahaskan tentang akidah dan prinsip dalam menyucikan jiwa (Tazkiyatun Nafs). Banyak disentuh tentang perihal penyakit hati, pengubatannya, dan mendidik hati. Kitab ini merupakan satu di antara karya-karya yang paling terkenal dari Imam Al-Ghazali.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s