BITCOIN DAN ​SATOSHI NAKAMOTO

LAGENDA PROGRAMMER YANG MENCIPTA BITCOIN

Adoi la… ramai pulak yang bertanya apa itu Bitcoin? Ok ler… korang baca ni dulu. Kalau masih tak faham atau nak tau lebih lanjut, korang google la sendiri.

Mula-mula kita cerita sikit dulu pasal Satoshi Nakamoto iaitu pencipta Bitcoin (ntah yer, ntah tidak la dia ni pencipta Bitcoin. Silap haribulan pencipta sebenarnya adalah The Hidden Hand of Wealth a.k.a. konco-konco Rothschild… hehe)

Pada tahun 2009, satu versi ’emas digital’ telah muncul di internet dan dicipta oleh seseorang yang bernama Satoshi Nakamoto.

Seperti aku cakap tadi, tidak dapat dipastikan ini hanya nama samaran atau nama sebenar, tetapi khabar angin kencang bertiup mengatakan ini hanyalah nama samaran sahaja. Beliau dikatakan berbangsa Jepun (Japanese) kerana alamat IP yang digunakan untuk melancarkan Bitcoin ni adalah alamat IP di Jepun. 

‍‍‍‍‍‍EMAS MAYA DAN SIFATNYA SEPERTI EMAS

Satoshi Nakamoto telah mencipta Crypto-Currency yakni satu bentuk komoditi maya (virtual) yang dipanggil Bitcoin (atau ringkasnya “BTC”).

Sifatnya memang menyerupai emas yg sebenar. Ini yang menjadikan Bitcoin ni bernilai sama macam emas dan menjadi rebutan ramai orang.

Emas dan Bitcoin mempunyai sifat yang sama? Tang mana yang samanya?

Antara sifat-sifat nya adalah:

1. Terhad – Sehingga saat ini hanya ada 16 juta BTC sahaja di dalam pasaran dan buat masa ini dikatakan terhad setakat 21 juta BTC. Seperti emas yang di dalam pasaran, setakat ini hanya ada dalam lingkungan 171,300 tan metrik sahaja.

2. Sukar untuk dihasilkan – BTC adalah dihasilkan dengan cara processor perlu bekerja keras untuk menyelesaikan masalah “Bitcoin Math Algorithm” di dalam komputer. Hanya bila ia dapat diselesaikan maka barulah terhasil BTC daripada situ.

Semakin banyak BTC dihasilkan, “Bitcoin Math Algorithm” akan menjadi semakin susah dan processor komputer yang semakin kuat perlu digunakan. Ini memakan kos dari segi “tenaga elektrik, ruang tempat meletak komputer, software dan hardware”. Sama sifatnya seperti emas… ia memerlukan kos tertentu dan peralatan tertentu… barulah kita boleh mendapatkan BTC.

‍‍‍3. Tidak boleh dihasilkan sesuka hati – tidak seperti wang kertas yang dikuasai US Federal Reserve dan boleh dicetak sesuka hati oleh konco-konco Rothschild, Bitcoin dan emas tidak boleh dicetak, dan hanya boleh didapati dengan cara menggali. Istilah “mining” atau “melombong” juga digunakan bagi merujuk proses-proses menghasilkan Bitcoin.

‍‍‍‍‍‍KEKAYAAN SATOSHI 

‍‍‍‍‍‍Di awal kewujudan BTC, harganya sangat murah, terlalu murah.

Pada tahun 2009, harga 1 BTC hanyalah senilai dengan 0.08 USD, dan sekarang… pada hari ini harga 1 BTC adalah 734.75 USD ! (mencecah ribuan RM).

Bayangkan jika kita membeli 1000 BTC waktu tu dengan bermodalkan RM 240, nilai sekarang/semasa untuk 1000 BTC adalah RM 3,300,000. Amacam? Kaya tak?

Dengan modal hanya RM240 kita sudah boleh bertukar menjadi jutawan! 

‍‍‍‍‍‍Dan dikatakan bijaknya Satoshi sebagai pencipta BTC, sebelum menghilangkan diri sebagai lagenda, dia sudah pun menyimpan 1 juta BTC untuk dirinya awal-awal lagi.

Dianggarkan kekayaan dia kini adalah sebanyak RM 3.3 BILLION, lebih tinggi dari derma yang diterima oleh… hehe tak payah sebut nama la. Korang semua pun tahu.

‍‍‍‍MENGHILANGNYA LAGENDA SATOSHI

‍‍‍‍‍‍Pada tahun 2011, selepas lebih kurang 2 tahun mengasaskan dan melancarkan Bitcoin secara rasmi, Satoshi telah meninggalkan pesan akhir “I’ve moved on to other things. It is in good hands and with everyone.” 

Setelah itu tiada lagi sebarang berita dari Satoshi.

Satoshi Nakamoto masih menjadi lagenda hingga la ke hari ini, tiada siapa tahu dengan tepat siapa dia yang sebenarnya.

Dan hasil ‘masterpiece’ nya itu telah mewujudkan berbagai-bagai lagi Crypto-Currency selain Bitcoin tapi masih belum dapat menandingi Bitcoin.

Harga terkini Bitcoin boleh dirujuk di sini… 

https://www.google.com/#q=bitcoin+price

Allahu’alam… semoga bermanfaat diketahui.

‍‍‍‍‍‍ ‍‍ 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s