DARJAT DAN PANGKAT

Kiriman seorang rakan. Elok la dia dah tulis pasal hal ni… jadi aku tak payah tulis la.

================================

Apa ada dengan Darjat?

Apakah darjat ini? Adakah ia hanya melibatkan  pangkat semata-mata? Mengapa kita begitu taksub dengan darjat? Adakah ia merupakan satu rantai ghaib yang sengaja diada-adakan oleh golongan tertentu untuk memenjarakan sesetengah golongan yang lain? Apakah kegilaan atau ketaksuban terhadap  darjat secara kolektifnya boleh menjadi cerminan kepada keteguhan atau kejelekan masyarakat kita?

Apakah intipati status sosial di zaman kita kini? Apa ukuran-ukuran yang biasa digunaka sebagai neraca dalam kita menentukannya? Berikut hanya beberapa contoh yang dapat dilihat di kebanyakan masa dan tempat.

  • Penampilan diri
  • Orang yang baik atau tidak baik?
  • Asal-usul keturunan
  • Agama atau kepercayaan
  • Tahap pendidikan
  • Pekerjaan atau perusahaan
  • Kedudukan dan kuasa dalam masyarakat
  • Banyak harta atau sedikit
  • Peribadi atau sahsiah diri, dan lain-lain

Setelah pertanyaan-pertanyaan di atas telah dijawab, maka kita pun memasukkan individu tertentu ke dalam kategori-kategori tertentu, dengan hujah-hujah tertentu. 

Kategori ini akan pula dilabel dengan berbagai-bagai jenis nama pula seperti: Geng ulama’, geng ilmuwan, geng politik, geng dermawan, geng sasterawan, geng anak seni, geng surau, geng tarbiah, geng usrah, geng ahli sukan, geng bajet alim, geng mengumpat, geng tak makan saman, geng mulut puaka, geng ajaran sesat, gengster dan berbagai geng lagilah.  Ini adalah norma yang dipraktikkan di dalam setiap masyarakat di dunia ini.

Apa kepentingan label ini? Apa kesan label ini? Pada mulanya meletakkan label sebagai peringatan untuk diri sendiri akan cara kita berurusan dengan individu tersebut. Akan tetapi, lama kelamaan kita mempunyai beberapa kategori yang ahli-ahlinya terlalu ramai, sehinggakan labelnya pun sudah tidak semestinya mencerminkan individu itu yang sebenar, atau mungkin juga individu itu sudah lama berubah tetapi kita tidak pula memindahkan beliau kepada kategori yang lain yang sepatutnya. 

Adakah kita telah berlaku adil dengan perlambangan atau label tersebut? Adakah kita masih ingat tentang fokus sebenar untuk mendekati atau mengenali masyarakat sekeliling? 

Kini, adakah kita sudah mula meletakkan darjat sebagai perlambangan pertama di hati kita semasa membuka lembaran kategori itu? Kita mula pandai memuja, memuji, mengkritik, mencerca dan berbagai lagi, semuanya atas label yang kita letakkan sendiri. Betapa yakinkah kita tentang kebenaran label yang kita letak itu? Apakah sandaran kita untuk pewujudan label itu masih tulus? Masih berkesan? Masih bernas? Masih relevan? Masih objektif? 

Apakah darjat menjadi ukuran kesempurnaan hidup? Adakah darjat membuat kita mengukur siapa yang lebih mulia atau siapa yang lemah antara kita? Adakah darjat memberi kita hak untuk berprasangka, sehingga kadang-kadang kita menghukum? Apakah ia memberi peluang dalam kebebasan memilih atau menyempitkan lagi penjara kita di dunia ini? 

Kenapa jadi begini? Bukankah ia hanya semata-mata bermula dengan pandangan dari luaran, diperasakan pula dengan telahan kita, disusuli pula dengan pelbagai sangkaan dari perspektif kita sendiri saja? Siapakah kita untuk menilai pula? Apa kepentingan untuk meletakkan penilaian itu? Bukankah sifat kejadian kita juga tidak sempurna, sama sahaja dengan orang yang kita labelkan tadi? 

Apa pula kesan perbezaan darjat itu kepada masyarakat secara keseluruhan? Adakah ia menuntut kita untuk sengaja berlakon pada setiap masa sebagai memenuhi kategori yang kita pilih atau adakah kita akan tenggelam dalam lakonan kita sendiri? 

Apakah praktis ini membuat kita lebih ikhlas menilai atau menerbitkan kepercayaan bahawa kita lebih mulia berbanding individu lain? Apa kesannya jika kita dilatih seumur hidup untuk mengguna pakai darjat atau status sosial seseorang sebagai panduan hubungan sesama kita? Adakah kita juga mengajar perkara yang sama? Adakah kita sedang membenarkan perkara yang betul atau salah? Apakah kita sedang memuliakan perkara yang sepatutnya? Apakah kesan jangka panjang terhadap generasi masa depan? Lebih utuh, lemah, maju, mundur, murni, jelek? Apakah kita sedang menempah tiket kemakmuran atau kehancuran?

Adakah ia merupakan isu yang perlu difikirkan dengan lebih mendalam ataupun tidak? Apakah penyebab utama pemikiran begini? Adakah ia boleh dijadikan kayu ukur bagi tahap kesihatan pemikiran sesuatu masyarakat secara amnya? 

Jika kita berada di landasan yang salah, bagaimana pula kita boleh dapat memperbetulkannya? Jika kita tidak boleh memperbetulkannya, adakah kaedah lain yang kita boleh guna pakai sebagai alternatif? Adakah kita berpuas hati dengan perkara ini? 

================================

Bagaimana dengan kita. Adakah kita juga suka menghukum dan melabel serta mementingkan darjat?

P.RAMLEE MENGHUJJAHI ISU DARJAT DAN HIRERKI SOSIAL

Mungkin orang melihat filem “ANTARA DUA DARJAT” adalah satu-satunya filem yg paling hampir kpd realiti sosial hari ini kalau bukan memecahkan otak saintis-saintis sosial kontemporari. Soal status quo keturunan, kebangsawanan, keningratan, ke-elitan adalah suatu perkara yg cukup mengental dlm semua corak masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun. 

Sebenarnya persoalan darah-keturunan bukanlah satu-satunya isu utama yg mewujudkan jurang sosial. Pemilikan ekonomi, kuasa (terutama kuasa politik…!), darah, keilmuan, keintelektualan, ideologi materialistik dan macam-macam lagi – telah menjadi batu-asas kpd semakin melebarnya hirerki serta jurang sosial dlm masyarakat.

Apabila dilantik sebagai “Direktor”, P.Ramlee tidak bertangguh-tangguh lagi menghujjahi soal status quo dikalangan orang Melayu melalui filem “PENAREK BECHA” (1955). Selepas itu ia dituruti oleh filem-filem seperti “BUJANG LAPOK”, “NUJUM PAK BELALANG”, “MUSANG BERJANGGUT”, “IBU MERTUAKU”, “LABU-LABI”, ‘AHMAD ALBAB”, “SABARUDDIN TUKANG KASUT” dan lain-lain. 

Filem “ANTARA DUA DARJAT” (1960) dilihat sebagai kemuncak pada kritikan P.Ramlee terhadap falsafah kedarjatan ciptaan manusia. Beliau bersungguh-sungguh “mencanai” sesuatu isu konflik sosial sesuai dgn tema sesebuah filem untuk disantapi oleh mana-mana generasi tanpa sebarang batas waktu. 

Sehingga hari ini setelah lebih setengah abad, “kritikan2” beliau terus “dinikmati” orang tanpa jemu… Ini kerana – ia adalah realiti sosial yg sebenarnya memang ingin dilihat oleh semua orang – iaitu KEADILAN SOSIAL yg benar-benar menyeluruh dalam masyarakat…!

 #  Dialog dlm filem:  “..Lihat padaku, darahku berwarna merah, sama seperti darahmu. 

Tiada apa yang membezakan kita, hanya hati busukmu… Membanggakan keturunan yang tiada makna……!”

Dalam filem “MASAM-MASAM MANIS” contohnya, dialog pertelagahan antara Cikgu Shaari dgn Mariani antara lain membabitkan kata-kata: “…..penyanyi, penari semua sama saja…….! Low class..!!” Maka dijawab oleh Mariani: “…apa cikgu ingat orang terpelajar macam cikgu semuanya High Class..?? ..kadang-kadang lebih KARAT lagi…!!” 

Sebenarnya babak ini adalah kritikan tajam utk golongan terpelajar yg menyangka mereka itu “High-Class” atau tergolong dlm kasta tinggi. Walhal terlalu banyak fakta yg membuktikan bahawa “golongan terpelajar” terbabit dgn korupsi, jenayah serta pelbagai bentuk gejala sosial yg merosakkan..!

Filem “LABU-LABI” umpamanya telah menyelitkan watak “TUAN MAGISTRET” (yg diwataki oleh P.Ramlee sendiri) dan watak ‘TUAN DOKTOR” (yg dilakonkan oleh M.Zain) yg di antara lainnya mengetengahkan kegilaan meletakkan pangkat, darjat atau gelaran kelulusan di pangkal atau selepas nama masing-masing. 

Ini merupakan realiti sosial masyarakat hari ini yg gilakan pangkat, gelaran atau segala macam kelulusan atau panggilan yg diletakkan sebelum atau selepas nama masing-masing. Malah ia sudah menjadi “protokol” demi menggambarkan “wibawa” atau “status quo” individu.

Business Card hari ini tidak akan lengkap jika tidak dicatatkan gelaran jawatan seperti “CEO/President/Managing Director” dan “PhD/MBA/LLB/” atau “Ir/Ar/Cr” dan macam-macam lagi….! Betapa tidaknya. P.Ramlee telahpun “menceriterakannya” sejak tahun 1962 lagi..! 

Dan, sedar atau tidak, segala “nomenclature” ini tidak lain dari memperkukuhkan ideologi egoisme, kesombongan serta ketakkaburan individu dlm dunia materialistik hari ini… Inilah yg sebenarnya cuba diperkatakan oleh P.Ramlee dlm bahasa seni yg cekap dipamerkan oleh beliau…!

Dlm filem Antara Dua Darjat, sewaktu adegan pertarungan antara watak Razali dgn Tengku Mukri yg mencederakan kedua-duanya, Razali sempat menempelak dgn tajam: “Lihat padaku, darahku berwarna merah, sama seperti darahmu. Tiada apa yang membezakan kita, hanya hati busukmu membanggakan keturunan yang tiada makna……!”  Dgn maksud lain, manusia ini adalah berasal dari satu tubuh yg satu – iaitu Nabi Adam a.s. Jadi, mengapa harus ada manusia yg gilakan darjat dan kedudukan hingga sanggup memijak-mijak, memperhamba & menjahanamkan orang lain?

Apakah hak seorang raja, sultan atau pemerintah hingga boleh menyembelih atau memperkotak-katikkan orang kebanyakan? Sedarkah mereka bahawa status mereka itu langsung tiada bezanya di sisi Tuhan? Bukankah hanya iman dan takwa yg akan membezakan nilai seseorang…?? Malangnya, sehingga kini masyarakat masih tergila-gila kpd status dan darjat – yg telah menjadi faktor kpd perpecahan dikalangan masyarakat hari ini…! Dan, kegilaan kpd “kuasa” telah menambahkan keparahan, kekeparatan dan kebiadaban manusia kpd keturunan manusia itu sendiri…!

Filem “IBU MERTUAKU” (1961-62) yg ideanya berasaskan Ahmad Nisfu adalah pelengkap kpd kritikan besar seniman ini terhadap sistem kasta dlm masyarakat kontemporari. 

Tidak semestinya, seorang raja atau bangsawan, orang kebanyakan yg kaya-raya juga boleh menjadi “orang besar” yg cukup berpengaruh dan boleh melumpuhkan kemanusiaan. 

Demikianlah gambarannya… P.Ramlee dikatakan telah menghabiskan lebih 6 bulan utk menggarap filem ini selengkapnya. Akibatnya, beliau terpaksa menanggung kos lebihan dari peruntukan asal sebanyak 60 ribu ringgit dgn menggunakan kewangan beliau sendiri. Demikianlah mahalnya harga sebuah kritikan sosial..!

Sebenarnya P.Ramlee tidak perlu diagung-agungkan – kerana beliau tidak pernah minta diagung-agungkan sewaktu hidup dahulu. Beliau cuma mengajak masyarakat berfikir dan merenung sejenak terhadap realiti yg wujud dlm masyarakat sejak dulu sehingga kini. 

Tugas seorang “saintis sosial” memang begitu – mengajak orang menggunakan otak atau melakukan percambahan idea. P.Ramlee secara jelas membantah sistem kasta atau hirerki sosial yg terus diamalkan oleh masyarakat elit, burjuis atau ningrat. Beliau melihat “ideologi” tersebut sebagai racun yg sebenarnya memusnahkan kekuatan dan ukhuwah masyarakat pada mana-mana zaman pun.

P.Ramlee – Beliau sendiri berketurunan ningrat (Teuku Zakaria = Tengku Zakaria…) namun beliau langsung tidak pernah berbangga dgn gelaran itu. Ini terbukti bilamana, namanya yg “cantik” ( – Tengku Zakaria bin Tengku Nyak Putih) ditukar kpd nama biasa (- Ramlee bin Putih) pada usia yg masih terlalu muda. Dan, beliau menyenangi nama itu sebagaimana digambarkan melalui filem “Pendekar Bujang Lapok” beliau beliau menyebut: “…..nama saya Ramlee bin Putih….!”. Bukankah ini terlalu unik utk seseorang yg jelas berkasta ningrat seperti beliau…? 

Dan, mengapa beliau lakukan ini – adalah kerana beliau cukup mengerti bahawa manusia ini sama sahaja – tiada beza walau sedikit pun! Ini adalah suatu kesedaran penting kalau kita mahu menjadi manusia yg baik dan berguna kpd manusia yg lain!

Terbukti bahawa P.Ramlee telah berjaya menggunakan bakat seninya utk memperbetulkan persepsi masyarakat yg sarat dgn kesesatan, konflik, kegilaan kpd kuasa, darjat dan materialisme kearah menjadi ahli masyarakat yg pemikir yg berpijak di bumi yg nyata dan kembali kpd jalan Allah Taala.

Allahu’alam… semoga bermanfaat dijadikan renungan kita.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s