​SIAPA RAJA HIRAM – MEMBANTU KETIKA HIDUPNYA NABI SULAIMAN A.S. DAN KEMUDIAN MENJADI KEPALA PENYEMBAHAN SYAITAN SELEPAS WAFATNYA NABI SULAIMAN A.S.

Siapakah sebenarnya Raja Hiram ini? Dia begitu dihormati oleh kumpulan Illuminati dan Freemason sehingga sebuah lodge mengabadikan namanya. Boleh rujuk link ini untuk mengetahui tentang lodge ini:

http://kinghiramlodge.com/

Beberapa fakta sejarah dari sumber Bani Israel dan Mesir Purba bahkan dari sumber Eropah juga turut dimuatkan sebagai sokongan. Tahukah anda siapakah penguasa yang meminjamkan hamba dan pekerja Phoenisia (manusia dan jin) kepada Sulaiman a.s.? 

Seorang penguasa yang sangat hebat di laut bernama Raja Hiram yang menguasai Bandar Tyre di negeri Phoenisia adalah sahabat dan sekutu utama Nabi Allah Sulaiman a.s. Adakah Raja Hiram muncul membantu Sulaiman a.s. adalah kerana do’a Sulaiman a.s. kepada Allah swt?

Katanya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapa pun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpahkan kurnia”. Al-Qur’an, Surah Saad, ayat 35.

Maka Allah swt mengabulkan do’anya:

“Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya;” Al-Qur’an, Surah Saad, ayat 36.

Perkataan “Kami mudahkan baginya…” kelihatan bertepatan dengan kedatangan Raja Hiram yang tiba-tiba datang memberikan segala kerjasama walhal sebelum ini Raja Hiram tidak pernah melakukannya kepada Raja Daud a.s. sekalipun Raja Hiram berkawan rapat dengan Daud a.s. ketika hayatnya. 

Bayangkan selama Raja Daud a.s. mentadbir Kerajaan Bani Israel baginda tidak pun mendapat kesempatan membina bangunan besar dan hebat terutama “Rumah Allah”. Hal ini dijelaskan oleh Flavius Josephus seorang penulis sejarah Bani Israel abad pertama selepas Masihi dalam bukunya yang terkenal Antiquities of the Jews. menceritakan bermulanya persahabatan antara Sulaiman a.s. dengan Raja Hiram,

“Selain itu Hiram, Raja Tirus (Tyre), ketika dia mendengar bahawa Sulaiman berjaya mengambil alih kerajaan ayahnya, kerananya ia senang hati, kerana beliau sendiri adalah teman Daud. Jadi dia menghantar utusan kepadanya, dan memberi hormat padanya, dan mengucapkan tahniah serta mendoakan kebaikan untuk kerajaannya. Kemudian Sulaiman menghantarnya sepucuk surat, kandungannya seperti berikut:

Engkau telah pun maklum bahawa ayahku akan membina kuil untuk Tuhan (Masjid?), tetapi terhalang oleh perang, dan ekspedisi terus-menerus, kerana ia tidak membiarkan begitu sahaja musuh-musuhnya sehingga mereka semua tunduk membayar ufti. Tetapi saya bersyukur kepada Tuhan atas kedamaian yang saya nikmati saat ini, dan mendapat banyak masa lapang, dan berjaya siapkan perancangan untuk membina rumah Allah, kerana Allah mewahyukan kepada ayah saya bahawa rumah tersebut perlu dibina oleh saya sendiri, apa yang saya inginkan dari engkau ialah menghantar beberapa rakyat mu yang diupah ke Gunung Lubnan menebang pokok kayu, upahlah orang Sidon yang lebih berkemahiran menebang pokok berbanding orang-orang kita. Adapun upah kepada penyelenggara kayu, saya akan membayar apapun harganya, haruslah engkau menentukan harga.”

Beberapa tahun Raja Hiram membantu Sulaiman a.s. menyiapkan Haikal dan kemudian menyiapkan lagi istana peribadi Sulaiman a.s. yang kedua-duanya bersalut emas, perak dan bermacam-macam lagi perhiasan. Manakala Sulaiman a.s. membayarnya dengan jagung dan bermacam bijirin lagi serta aneka jenis minyak sebagai bayaran kepada bantuan Raja Hiram kepadanya. 

Aneh… Mengapa Sulaiman a.s. sangat memerlukan bantuan Raja Hiram menyiapkan Haikal dan istananya sedangkan kerajaan baginda lebih besar dan kuat berbanding Raja Hiram? 

Siapa Raja Hiram dan apakah keistimewaan beliau sehingga berjaya menutup bangunan Haikal dan istana Sulaiman a.s. dengan emas? Adakah Raja Hiram sebenarnya Raja Jin?

“Hiram I The King of Tyre (Hebrew: חִירָם, “high-born”; Standard Hebrew Ḥiram, Tiberian vocalization Ḥîrām, Arabic: حيرام), according to the Bible, was the Phoenician king of Tyre. He reigned from 980 BC to 947 BC,… One such item is that Hiram lived 53 years, and reigned 34″. (*en.wikipedia.org)

Dikatakan juga Raja Hiram sebagai manusia dan adalah Raja Bangsa Phoenisia (Hanya Raja Manusia atau Raja Manusia dan Jin Phoenisia?). Menurut Josephus Flavius, asal-usul moyang dari sebelah ayahnya adalah keturunan dari kerajaan Uruk (Ur) iaitu kerajaan Sumer @ Samar Purba di Sungai Tigris yang dikenali sebagai negeri Iraq hari ini. Raja Hiram adalah Orang Laut @ Sulug sebab itu beliau tinggal di salah satu pulau di Timur Laut Meditranian bukannya di darat. Kerajaan Ur bermula 5000 SM – 4000 Sm di Sumeria sehinggalah ke zaman Raja Hiram yang memerintah Tyre (Tirus) 980 SM masih menuturkan bahasa Sulug atau bahasa Orang Laut Nusantara (Ada kena mengena dengan Melayu?).

“When Solomon had completed all this in twenty years’ time, because Hiram king of Tyre had contributed a great deal of gold, and more silver to these buildings, as also cedar wood and pine wood, he also rewarded Hiram with rich presents; corn he sent him also year by year, and wine and oil, which were the principal things that he stood in need of, because he inhabited an island, as we have already said. And besides these,he granted him certain cities of Galilee, twenty in number, that lay not far from Tyre; which, when Hiram went to, and viewed, and did not like the gift, he sent word to Solomon that he did not want such cities as they were; and after that time these cities were called the land of Cabul; which name, if it be interpreted according to the language of the Phoenicians, denotes what does not please.”

Raja Hiram menggunakan kata “Cabul” bermaksud lucah dan jijik. Mengapa? Nampak perkaitan bahasa Phoenesia dengan bahasa Melayu? Penggabungan kedua-dua raja ini menghasilkan satu kuasa ekonomi dunia ketika itu menguasai perdagangan sehingga ke Tanah Ophir.

“Ketika Hiram masih memerintah, Tirus tumbuh dari setelit Sidon yang paling penting dari bandar-bandar Phoenicia, dan pemegang sebuah kerajaan perdagangan besar… Bible mengatakan bahawa ia bersekutu dengan Sulaiman, Raja Israel, yang kerajaan menjadi lebih kuat kemudiannya. Melalui perikatan dengan Sulaiman, Hiram memastikan dirinya kekal mendapat akses perdagangan utama ke Mesir, Arab dan Mesopotamia. 

Kedua-dua raja juga bergabung dalam memulakan sebuah ekpedisi di laluan perdagangan Laut Merah, menyambung pelabuhan Israel dari Ezion-Geber sehingga ke tanah yang disebut Ophir” (2 Chronicles 8:16,17).

Apakah yang dimaksudkan Tanah Ophir? Mengapa ia disebut Tanah Ophir dan Tarshish? Mengapa bangsa Mesir Purba dan Bani Israel selalu menyebut hebatnya Tanah Ophir? Ternyata di sana ada satu rahsia yang belum terungkai! Di mana lokasi sebenar Tanah Ophir?

Hal ini telah dijawab oleh Allah swt dalam Al-Qur’an Al-Karim? Satu jawapan sekaligus anugerah kepada segolongan manusia yang masih mengekalkan “La ilaha illallah” sebagai slogan mereka. Itulah slogan Nabi Allah Musa a.s. ketika berdakwah kepada Fir’aun yang mengaku diri Tuhan. Ketika manusia lain menyembah patung-patung yang mereka buat sendiri, ketika manusia lain berterusan menyembah batu-batan, busut, pokok, semangat-semangat dan sebagainya, Musa a.s. muncul membawa ajaran Tauhid kepada manusia.

“Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israel disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Fir’aun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka”. Al-Qur’an, Surah al-A’raf, ayat 137.

Semoga boleh difikir2 kan dan dikaji lebih lanjut.

Allahu’alam… 

Nota: Saya lebih banyak mengutarakan persoalan dan kiasan kerana tidak mahu membuat pernyataan mutlak dalam posting ini. Sumber2 asal adalah terlalu sensitif untuk dikongsikan buat masa ini.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s