​MAY THE FORCE BE WITH YOU… PSIKOKENESIS… TELEKINESIS…

Sumber Cedokan: Bahan2 bacaan mengarut

Pernah tengok cerita Star Wars? Yang Jedi dan Sith boleh guna “the knowledge of the Force” tu la… ala yang boleh gerakkan benda guna minda tu. Itu la yang dipanggil psikokinesis atau telekinesis. 

Kalau nak maksud atau definisi skema dia… iaitu keupayaan untuk mengawal atau menggerakkan objek menggunakan minda. Benda ni dah tentu-tentu cerita sains fiksyen semata2… kata sesetengah orang. Gerakkan benda dengan fikiran, tak ke macam banyak sangat tengok tv tu? 

Hehe… Tapi biasalah, manusia tak puas hati jugak, lalu dibuat la kajian mengenai benda ni. Al-maklum, manusia ni perangai skeptik dia memang macam tu. Contohnya, sebelum2 ni tak pernah pun terfikir besi boleh terbang, alih-alih sekarang ni besi terbang merupakan fenomena biasa… besi terbang pulak boleh bawak orang terbang sekali. So manalah tau kalau dibuat kajian tentang psikokenesis ni, betul-betul boleh jadi.

So, saintis-saintis yang obses pun buatlah kajian. Antara orang awal yang melakukan kajian serius terhadap psikokinesis ni bernama Gertrude Schmeidler. Minah ni seorang profesor di City University of New York. Hasil kajian beliau menunjukkan manusia boleh ubah suhu udara sekeliling dengan konsentrasi yang tinggi. Tapi berubah pun hanya kurang dari 0.01 darjah celsius. Hahhhh, tak kisah la… yang penting boleh…

Lepas tu pulak ada kajian yang lagi melampau yang dilakukan di Princeton University. Ada satu program yang dipanggil Princeton Engineering Anomalies Research kat university tu yang dianjurkan semata-mata nak kaji pasal psikokinesis. Diasaskan oleh Robert G. Jahn, kajian ni berlangsung selama 28 tahun dari 1979 sampailah 2007. Ganas sungguh. Kajian dia senang je. Cuma pakai duit syilling. Bila kita lambung duit syilling, confirm ada 50-50 peluang nak dapat kepala atau ekor. Tapi lepas lebih dari 1,700,000 cubaan yang melibatkan 340,000,000 lambungan duit syilling, saintis-saintis gila yang buat kajian ni dapat buktikan yang fikiran manusia mempengaruhi result lambungan syilling yang kita buat. Tapi sikit je la, lebih kurang 1 dalam 10,000. Maknanya bila kita lambung syilling, bukan la fifty-fifty, tapi bergantung sikit guna minda kita. Itu pun kalau kita concentrate kuat gila tahap dewa-dewi…

Alih-alih dah penat cerita pasal kajian-kajian ni, tengok apa Allah firman dalam Quran pulak;

حتّىٰ ىقول الرّسول والذّىن ءامنوا معه متىٰ نصر الله الاٰ اِنّ نصرالله قريب….

Maksudnya: Sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.(Al-Baqarah:214)

Kat sini Allah nak suruh kita tahu bahawa pertolongan-Nya amat dekat. Tapi keyword dia kat sini perkataan ‘ketahui’ tu. Allah suruh kita tahu. Bagi aku, tahu adalah peringkat paling tinggi yang boleh dicapai oleh minda seseorang. Kalau kita tidak ‘tahu’, nak buat apa pun tak boleh…

Contoh, kita ambik beberapa perkataan yang berkaitan dengan minda kita: ragu, percaya, yakin, tahu. Sekarang mari buat ayat guna perkataan-perkataan ni.

1. Saya ragu batu itu keras.

2. Saya yakin batu itu keras.

3. Saya percaya batu itu keras.

4. Saya tahu batu itu keras.

Mana paling power atau paling kuat? Dah tentulah orang yang ‘tahu’. Kalau bagi yang setakat percaya jer, kalau kita bagi bukti batu tu lembik, kepercayaan dia boleh berubah. Samalah dengan orang yang yakin. Kalau orang yang ragu tu tak payah nak cerita la. So, ‘tahu’ adalah peringkat tertinggi iman. Bila seseorang beriman Allah itu wujud, maka dia ‘tahu’ Allah wujud. Kalau setakat yakin, masih boleh dipatahkan dengan hujah-hujah dan bukti-bukti tertentu. Boleh?

Ok la… sambung sikit lagi… Kita dah tahu minda boleh mempengaruhi keadaan sekeliling, walaupun sedikit setelah melihat eksperimen2 di atas. Itu pun setelah concentrate habis-habisan. Concentrate sampai tahap tahu, bukan setakat percaya atau yakin sahaja.

Sebelum aku teruskan lagi aku ada soalan: kalau kita ‘tahu’ batu tu lembik, adakah batu tu akan jadi lembik? 

Ikut kefahaman aku, siapa yang tahap ‘tahu’ dia lagi power, maka keadaan akan ikut dia. Tapi satu dunia ‘tahu’ batu tu keras. Maknanya, kalau kau sorang je nak ubah realiti alam fizikal ni dengan kuasa minda kau, mana cukup nak lawan kuasa minda orang2 lain satu dunia ni. So, batu tetap keras… walaupun kau fokus minda kau supaya batu tu jadik lembik…

Jadi, kaitan dengan umat Islam yang tak bangkit-bangkit lagi ni dengan kuasa minda ni pun senang jer la kot. Umat Islam lebih satu billion. Tapi berapa orang je tahu pertolongan Allah tu dekat. So, Allah pun mungkin tak berkenan lagi nak dekatkan pertolongan kat kita sebab tak ada sebab yang boleh dipakai untuk Dia bagi apa yang dia janji. Deal asal supaya kita beriman atau aku lagi suka ‘tahu’ barulah janji-janji dalam Quran tu Dia bagi. Wajarkah begini?

Cuba bayangkan kuasa minda satu billion umat Islam tahu yang kita bakal beroleh kemenangan. Tapi hakikatnya bukan setakat malas nak usaha tolong sesama orang2 Islam, tapi nak luang masa fikir dan beriman supaya Islam menang pun tak kuasa nak buat. Apa nak jadi? 

Orang Yahudi zionis pulak tak la ramai sangat… Walaupun tak ramai,  tapi semua mereka ‘tahu’ yang mereka diberi kelebihan untuk menguasai dunia. Agaknya tu la sebab mereka memang pegang kuasa dunia. Mereka beriman sampai tahap ‘tahu’. Tu tak kira lagi orang yang bukan Yahudi zionis yang dok tolong ‘tahu’kan sekali yang bangsa tu kuasa dunia. Memang patutlah.

Maka, simple je kesimpulan untuk posting kali ni, psikokinesis atau telekinesis boleh bantu umat Islam dalam usaha menubuhkan Khilafah Islamiyah di dunia ni kalau semua orang ‘tahu’ benda tu. Kesannya dia kalau ikut kajian ialah 1 dalam 10,000. Tapi kalau campur 1 billion umat Islam? Rasanya dah lebih dari cukup. 

Fikir-fikirlah. 

Fikir sampai ‘tahu’.

Allahu’alam… 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s