​FITNAH AKHIR ZAMAN…RAMAI YANG MASIH KONPIUS DENGANNYA?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Abdullah bin Umar r.a. :

Jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing atau bahkan seperti orang musafir. (Hadits Riwayat Al Bukhari)

Allah SWT berfirman:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرّاً ثُمَّ يَكُونُ حُطَاماً وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak,(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Surah Al Hadid : 20)

Rasulullah SAW bersabda:

Seandainya dunia punya nilai di sisi Allah walau hanya menyamai nilai sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir seteguk airpun. (Hadis Riwayat At-Tirmidzi) 

Orang-orang yang beriman lagi berakal mengetahui bahawa Allah SWT telah menghina nilai duniawi, mereka yang memahami pasti tidak mahu ditenggelamkan diri dengan fitnah kesenangan duniawi yang bersifat sementara lagi mengundang bencana. Fahami lah bahawa Nabi Muhammad SAW hidup di dunia ini penuh dengan kezuhudan dan sentiasa memperingati para sahabatnya akan fitnah dunia ini. Mereka mengambil dunia hanya untuk mencukupi, tidak berlebihan, mereka meninggalkan yang melalaikan, dan menggunakan kelebihan yang ada di dunia untuk Allah SWT sebaik mungkin.

Allah SWT berfirman:

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan lapisan di atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?(Surah Al Jathiyah : 23)

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah SWT, seperti mana yang berlaku pada dunia ini. Segala yang kita miliki kalau pun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi, tetapi apabila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW, “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”.

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan ditipu dengan nikmat dunia yang tiada nilainya disisi Allah SWT. Kehidupan umat Islam dunia moden kini tidak mengira hasil pendapat yang diperolahi secara halal atau haram, yang penting dapat harta dan kekayaan sehinggakan menjadi syirik disebabkan harta. 

Tidak kira waktu solat, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:

Rasulullah SAW selalu berdoa meminta perlindungan dari seksa kubur dan seksa neraka jahanam dan fitnah Dajjal. (Hadis Riwayat Muslim)

Lupakah kita akan pesanan Nabi Muhammad SAW terhadap umat akhir zaman (kita) akan fitnah yang terhebat dalam sejarah kehidupan manusia??

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy r.a., beliau berkata; Rasululah SAW telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda SAW banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda SAW telah bersabda:

Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. (Hadis Riwayat Muslim)

Sejauh manakah kita sedar akan fantasi dan realiti 2 perkara ini ? 

“Api = Air”

“Air = Api”

Dari Hudzaifah r.a., Rasulullah SAW bersabda: 

Dajjal keluar dengan membawa air dan api. Adapun apa yang dilihat manusia sebagai api sebenarnya adalah air yang dingin, dan yang dilihat manusia sebagai air sesungguhnya dia adalah api yang membakar. Maka siapa di antara kalian yang berjumpa dengannya hendaklah mengambil yang di tangannya yang nampak seperti api kerana itu adalah air yang segar lagi dingin. (Hadis Riwayat Al Bukhari)

Jelas terbukti bagi umat Islam yang patuh beriman mengikut, mengamalkan dan mempraktikan 100% ajaran Islam dalam diri dan kehidupannya akan menghadapi masalah dan kesukaran untuk melaksanakan segala suruhan, tuntutan dan ajaran Islam di dunia moden yang dipenuhi dengan fitnah Dajjal dan Yakjuj dan Makjuj.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, 

“Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Sekarang ini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

Sebuah Hadis Qudsi yang lain (Riwayat Muslim) menyebutkan bahawa Nabi Adam a.s. diperintahkan Allah SWT untuk memisahkan anak-anak keturunannya yang akan dimasukkan ke neraka dan ke surga, dengan perbandingan 999 ke neraka dan 1 ke syurga atau 1 dari 1000 orang manusia. Nabi SAW bersabda (dalam Hadis ini) bahawa 999 dari tiap 1000 itu adalah dari (mereka yang berafiliasi, menjadi segolongan) dengan kaum Yakjuj dan Makjuj, sedangkan yang 1 dari tiap 1000 itu adalah orang-orang yang (benar-benar) Muslim.

Maksudnya sebahagian besar manusia akan diseret dan terseret masuk ke dalam golongan Yakjuj dan Makjuj sehingga jumlah orang yang benar-benar beriman hanya tinggal 1 dari tiap 1000 orang. (iaitu Mukmin Ghuraba)

Mereka ialah pengikut / pengamal / penerima / pemakai / pengguna sistem dan tatacara kehidupan dalam Tamadun Yakjuj dan Makjuj dan bakal Maharaja Israel, Dajjal al-Masih.

Apakah itu Tamadun Yakjuj dan Makjuj?

Tamadun yang dimajukan oleh Gabungan Britain, America & Israel (Britannica> Americana>Judaica) dalam masa/tempoh yang berlainan dan dalam tempat dan lokasi yang berlainan tetapi dilaksana oleh mereka yang sama yang digelar golongan Yakjuj dan Makjuj (muncul selepas Tembok Besi Dzulkarnain runtuh) dan di kawal-selia oleh seseorang yang masih berada diluar dimensi masa manusia, dialah Maharaja Israel, Dajjal al Masih. (sistem ini lahir dalam beberapa fungsi iaitu ekonomi, politik, sosial, hiburan dan wanita yang wujud di akhir zaman! zaman itu adalah zaman kita hidup dan huni sekarang ini!)

Umat Islam dunia moden kini mengikut jejak langkah ataupun “carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani laknatullah, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW iaitu ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nashrani sama ada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada hidangan (fitnah) mereka.

1) EKONOMI RIBA

Siapakah yang mengaut kekayaan dunia hasil dari pengunaan wang kertas yang Palsu dan Haram untuk membeli hasil maksum seperti minyak dan galian mineral lain), kaji sejarah Ashkenazi Jews: Rothschild Family dan Rockefeller. Rujuk sejarah Dinar dan Dirham dihapuskan dan digantikan kepada wang kertas pada hari ini yang ternyata Palsu dan Haram dan tidak lagi bersandarkan kepada molekul dan nilai emas. Rujuk apa itu Perjanjian Bretton Woods dan apa yang President Amerika, Richard Nixon buat pada 1971.

Fasad ekonomi dan perdagangan, sistem ekonomi & kewangan ribawi, sistem kewangan yang tidak memiliki nilai intrinsik.

Allah SWT berfirman: 

وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْباً قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـهٍ غَيْرُهُ قَدْ جَاءتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ فَأَوْفُواْ الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ وَلاَ تَبْخَسُواْ النَّاسَ أَشْيَاءهُمْ وَلاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: “Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan ()Fasad di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.(Surah Al A’raaf : 85)

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda: 

Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat (naluri keinginan / nafsu) (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

RIBA!

“Tidak boleh ada dua akad dalam satu akad jual beli. Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, yang memberi makan orang lain dengan riba, dua saksinya, dan pencatatnya.”

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban no. 1053, Al-Bazzar dalam Musnad-nya no. 2016 dan Al-Marwazi dalam As-Sunnah (159-161) dengan sanad hasan)

4 GOLONGAN RIBA.

1) Pemakan Riba

Contohnya sistem perbankan Standard Chartered, RHB Bank, CIMB Bank, Maybank, Public Bank dan lain-lain iaitu dikenali “Front Door Riba”. Manakala Maybank Islamic, RHB Islamic, CIMB Islamic i.e. undercover Islamic Banking “Back Door Riba”. Sistem yang diaplikasi ini adalah masih sama dengan fundamental kewangan konvensional.

2) Memberi Makan Kepada Orang Lain dengan Riba

(Saya, Kita, Anda dan Mereka: rujuk Ptptn, Pekej Pinjaman seperti pinjaman Peribadi, Pembelian Rumah, Kenderaan dan lain-lain atas nama Faedah, Bunga dan Keuntungan

3) Dua Orang Saksinya

Pekerja bank, pegawai bank, pengurus bank dan pihak berkaintan

4) Pencatatnya (Perekodan)

Pekerja bank, pegawai bank, pengurus bank dan pihak berkaitan

Definisi paling ringkas dan bagus adalah yang diberikan oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin r.a. dalam Syarah Bulughul Maram:

Bahawa makna riba adalah:

“Penambahan pada dua perkara yang diharamkan dalam syariat, adanya tafadhul (penambahan) antara keduanya dengan ganti (bayaran), dan adanya ta`khir (tempoh) dalam menerima sesuatu yang disyaratkan qabdh (serah terima di tempat).” (Syarhul Buyu’, hal. 124)

Allah SWT berfirman:
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.(Surah Al-Baqarah : 275)

2) POLITIK SEKULAR

Menolak Negara Khalifah Islam, Menerima Konsep Negara Bangsa Barat: rujuk: Young Turks, Mustafa Kemal Ataturk , Konsep Negara Bangsa yang memisahkan sebuah kerajaan Khalifah Islam kepada negara bangsa yang kita lihat pada hari ini mempunyai sempadan dan warna bendera yang berlainan. Rujuk: Sejarah negara bangsa Saudi sebuah negara monarki wahabi dan sekutu Amerika

3) SISTEM SOSIAL

Blue Jeans Jamaah, dan perempuan-perempuan yang berpakaian seperti telanjang, yang bercampur-gaul antara lelaki dan perempuan di khalayak masyarakat seperti keldai. Kepada yang ingin mempertahankan BLUE JEANS JEMAAH, Tidak perlu!. Rujuk Tamadun Yakjuj Makjuj. Bukan soal aurat jika seluarnya longgar, ia soal pembudayaan yang di muntahkan oleh Yakjuj Makjuj atas nama Barat yang anda jilat dan pertahankannya malah anda berbangga memakainya. Contoh: Kaji pasal seluar Levi’s, nama salah satu suku bangsa Yahudi dan Bangsa Yakjuj Makjuj.

4) HIBURAN & MAKANAN.

Segala macam makanan segera (fast food) yang akan melembabkan otak anda. Otak tidak mampu berfungsi secara Islamik, sebab itu anda ‘just like cattle’ kerana tidak mampu menggunakan mata telinga dan hati untuk benar-benar melihat, mendengar dan memahami. 

Allah SWT berfirman:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi ; mereka itulah orang-orang yang lalai.(Surah Al-A’raaf : 179) 

5) WANITA (REVOLUSI FEMINIS)

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Golongan terakhir yang akan keluar kepada Dajjal adalah wanita. Dan lelaki terpaksa pulang ke rumah dan perlu ‘mengikat’ isteri, adik-beradik dan anak mereka untuk menyelamatkan dan melindungi mereka dari Dajjal.”

Ia merujuk kepada revolusi feminis moden yang berjuang atas nama kebebasan dan hak wanita. Apabila kita melihat revolusi feminis di tempat kerja, intipati utamanya revolusi feminis adalah pemberian hak dan kebebasan sama rata kepada wanita untuk mengambil alih tugas yang biasa dilakukan oleh lelaki, itulah tujuan utama mereka. Sebenarnya, tiada perbezaan peranan antara lelaki dan wanita. Lelaki mempunyai tugas asas mereka dan sama juga wanita mempunyai tugas asas mereka. Akan tetapi, para feminis mengatakan ‘tidak’ kepada semua ini. Mereka mahu melakukan perkara sama seperti yang lelaki lakukan. rujuklah al Quran.

Allah SWT berfirman:

وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى

Demi malam apabila menutupi (cahaya siang),

وَالنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّى

Demi siang apabila terang benderang,

وَمَا خَلَقَ الذَّكَرَ وَالْأُنثَى

Demi penciptaan laki-laki dan perempuan,

إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى

Sungguh, usaha kamu memang beraneka macam. (Surah al-Lail :1-4)

Penciptaan malam dan siang sama seperti Allah SWT menciptakan lelaki dan perempuan. Allah SWT mahu siang kekal sebagai siang, dan Allah SWT mahu malam terus kekal sebagai malam. Ia bermaksud kita semua mempunyai peranan yang berbeza. Jika dilihat kepada revolusi feminis, kelihatan seperti ‘malam’ sekarang cuba untuk menjadi ‘siang’. Hal ini pastinya membawa implikasi yang sangat bahaya. 

Allah SWT berfirman:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْراً أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالاً مُّبِيناً 

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu’min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al Ahzab : 36)

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada kamu sehingga kamu menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada kamu (tentang kebenaran), maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.(Surah Al Baqarah : 120)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:

Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.

Sahabat bertanya,

Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan? Nabi SAW menjawab, Siapa lagi kalau bukan mereka.(Hadis Riwayat Muslim)

Benar sekali peringatan Allah SWT di dalam al Quran dan juga sabdaan Rasulullah SAW sejak dari dulu lagi. Ramai orang Islam yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kemasiatan dan hina untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran tetangga dan pengaruh masyarakat sekeliling. 

Itulah hakikat masa kini, fahamilah sedikit demi sedikit nescaya kita dapat gambarannya.. InsyaAllah…

Sekian. Semoga bermanfaat difikir2 kan.

Allahu’alam… 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s