SIHIR 101 – FOR BEGINNERS

PENGERTIAN SIHIR

Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya. 

Definasi ringkas ialah, “Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius.” Terdapat perbezaan yang tipis di antara sihir dengan mukjizat. 

Mukjizat mengubah sesuatu hakikat (realiti) dengan hasil yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir’aun.

PUNCA WUJUDNYA ILMU SIHIR?
Sihir telah wujud pada zaman para Nabi (atau jauh lebih lama sehingga kita pun tak tau bilakah wujudnya ia). Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s.

Memiliki ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan individu terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia yang mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas demdam kepada seseorang individu.

BAGAIMANA AHLI SIHIR MENDEKATKAN DIRI KEPADA JIN

Untuk mendekatkan diri kepada Jin atau Syaitan, para ahli sihir ini ada yang menjadikan Al-Qur’an ( Mushaf ) sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada juga yang menulis sebahagian ayat Al-Qur’an dengan menggunakan kotoran dan najis atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula juga yang menulisnya di tapak kaki atau menulis surah Al-Fatihah secara songsang. Menunaikan solat tanpa berwudhuk atau tetap dalam keadaan junub. Menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada jin / syaitan dan menyembelihnya dengan tidak menyebut nama Allah kemudian melemparkannya ke suatu sudut yang telah ditentukan oleh jin / syaitan. 

Terdapat juga pengamal sihir yang menggauli ibu atau anak perempuannya. Menulis jampi-serapah dengan lafaz yang mengandungi kekafiran.

Dari sini jelaslah bahawa jin / syaitan tidak akan membantu untuk menjadi khadamnya kecuali dengan satu imbalan atau balasan. Semakin besar kekafirannya itu makin besarlah ketaatan jin / syaitan terhadapnya. Jika si ahli sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang diperintahkan jin / syaitan tersebut maka ia juga tidak akan bersedia menjadi khadamnya. Sesungguhnya bahwa mereka berdua adalah dua sejoli yang bertemu dalam rangka maksiat kepada Allah. Jika diperhatikan pada wajah ahli sihir itu maka akan kelihatan kegelapan disebabkan oleh kekafirannya.

Seseorang yang menjadi ahli sihir akan menjalani kehidupan yang penuh dengan sesengsaraan jiwa. Dia tidak dapat tidur dengan tenang, bahkan senantiasa merasa cemas setiap kali tidur di samping memikirkan syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka.

PERJANJIAN AHLI SIHIR DENGAN JIN
Ada banyak surat perjanjian yang diperkatakan antara “seorang ahli sihir dengan wakil syaitan” yang bernama Asmodeus atau lain2 jin dan tulisan yang terdapat di surat itu adalah tulisan manusia, tetapi copnya ialah Cop Jin.
Tetapi sebenarnya Jin tersebut telah mempermainkan manusia. Cop yang tertera di surat kadang2 bukan cop perwakilan Iblis, bahkan juga bukan cop ‘Ifrit, jenis Jin yang paling perkasa. Ia merupakan cop milik Jin jahat biasa2 sahaja.

Rujuk grafik…. Grafik yang disertakan telah dikatakan surat perjanjian antara “Syaitan dengan O’Ryan Greenfield” seorang ahli sihir dari barat. 

Sebenarnya, secara fizikal… surat itu kelihatan seperti perjanjian asli antara seorang penyihir dengan empat Jin yang tanda tangan mereka tertera jelas, yang kemudian diperkuat oleh cop Jin ‘Ifrit. Tapi dikatakan juga… salinan pendua surat perjanjian yang ditandangani ini disimpan secara digital oleh jin2 yang berkaitan. Yang pasti… ianya tentu bukan dalam format PDF atau JPEG…
=================================

CARA AHLI SIHIR MEMANGGIL JIN

Cara Pertama: Thariqotul Iqsam

Bersumpah atas Nama Jin atau Syaitan.

Cara Kedua: Thariqatuz Zabhi

Penyembelihan Binatang.

Cara Ketiga: Thariqah Sufliyah

Melakukan Kenistaan.

Cara Keempat: Thariqatun Najasah

Menulis Ayat-Ayat Al Qur’an dengan Najis.

Cara Kelima: Thariqatut Tankis

Menulis Ayat-Ayat Al Qur’an secara Songsang.

Cara Keenam: Thariqatun Tanjim

Menyembah Binatang.

Cara Ketujuh: Thariqatul Kaffi

Melihat melalui Tapak Tangan.

Cara Kelapan: Thariqatul Atsar

Menggunakan benda Bekas Pakai.

Sekian untuk difikir2 kan dan diketahui. Mohon jangan tanya lebih lanjut… hehe… saya BUKAN AHLI sihir 😀

Allahu’alam… Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s