​ISTILAH JENIS-JENIS GURU YANG KITA TEMUI DALAM PERJALANAN KITA MENIMBA ILMU

Terdapat sekurang-kurangnya lapan istilah merujuk kepada guru2 (kesemuanya dalam bahasa Arab):

1. Mursyid iaitu guru yang mampu memberikan petunjuk (irsyad) bergantung kepada kebolehan pelajar2 nya.

2. Sheikh iaitu nama yang sering dikaitkan sebagai ketua guru atau pengetua. Lazimnya gelaran Sheikh juga digunakan kepada guru kanan.

3. Murabbi iaitu orang yang mengajarkan ilmu bersifat pendidikan jiwa (tarbiah).

4. Maulana iaitu gelaran guru yang sudah mencapai darjat tinggi atau status tertentu seperti Professor.

5. Mu’alim iaitu guru biasa yang memberikan ilmu2 peringkat asas.

6. Mudarris iaitu pengurus sesatu pengajian ilmu (darasah, juga dikaitkan dengan madrasah).

7. Mu’addib ialah guru yang mengajar adab (tata susila atau decorum). Manusia juga dipanggil addib dalam hubungan dengan Khaliq (Penciptanya).

8. Ustaz ialah gelaran mesra serta agak umum bagi karier guru. Ia lazim sekali digunakan dalam rantau sebelah sini terutama di Singapura, Malaysia dan Brunei. Tetapi di Indonesia sering ustaz dipanggil sebagai Kiai.

Tujuan posting ini bukanlah untuk kita membezakan taraf2 guru kerana taraf sebenar hanya diketahui oleh Allah jua.
Semoga bermanfaat mengetahuinya.

Allahu’alam… Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s