7 SAINTIS MUSLIM DGN PENEMUAN YANG MENGUBAH DUNIA

Apabila bercakap tentang sains,dunia moden lazimnya mengangkat era Renaissance dan Enlightenment Eropah sebagai pencetus penemuan-penemuan saintifik yang hebat. Akan tetapi… adakah benar begini? Sudah tentu tidak.

Antara beberapa nama yg sering kita dengari ialah seperti Newton, Darwin, Leonardo da Vinci dan Einstein… mereka diangkat sebagai tokoh sains walaupun mereka bukanlah yang membuat penemuan-penemuan yang mereka katakan.

Kami tidak menyangkal sumbangan mereka yang besar terhadap dunia saintifik hari ini, tetapi terdapat sumbangan lain yang seolah-olah dilupakan. Hakikatnya, sains moden yang kita kenali pada hari ini turut diasaskan di dunia Arab ketika zaman kegemilangan Tamadun Islam.

Berikut adalah 7 penemuan saintifik yang ditemui oleh saintis Muslim, tetapi sering disalah anggap sebagai penemuan barat:

1. Kaedah Saintifik dan Optik Moden:

 Al-Hassan Ibn Al-Haytham (965 Masehi – 1040 Masehi)

Perintis dari Iraq yang dianggap sebagai experimental physicist yang pertama ini, membangunkan kaedah saintifik moden 150 tahun sebelum saintis Eropah menggunakannnya.

Haytham menulis secara mendalam tentang kesejagatan sains dan keperluan memberikan bukti empirik dan bukti bagi teori-teori saintifik melalui ujian yang dia sendiri lakukan.

Beliau menyumbang kepada pelbagai disiplin ilmu, akan tetapi, pencapaian terbesar beliau adalah melalui penulisan buku dalam bidang optik moden bertajuk “Buku Optik” yang menjelaskan bagaimana proses penglihatan berlaku dan dibuktikan melalui eksperimen-eksperimen yang telah beliau lakukan.

Buku beliau adalah buku pertama dalam sejarah yang menerangkan proses optik dengan betul dan tepat.

2. Algebra dan Sistem Angka Moden:

Mohamed Ibn Musa Al-Khawarizmi (780 Masehi – 850 Masehi)

Perintis Parsi ini membangunkan disiplin Algebra melalui bukunya yang bertajuk ‘Buku Ringkasan Pengiraan Melalui Penyelesaian dan Keseimbangan’.

Nama ‘Algebra’ diambil daripada perkataan Arab ‘Al-Jabr’ yang digunakan dalam bukunya.

Ahli matematik ini juga telah pun memperkenalkan nombor kosong dan membangunkan sistem angka Hindu-Arab yang menjadi asas kepada sistem angka zaman ini.

3. Kimia Moden:

Jabir Ibn Hayyan (721 Masehi – 815 Masehi)

Perintis Parsi yang dianggap sebagai ahli kimia paling penting dalam sejarah dunia. Membangunkan prinsip-prinsip kimia moden dengan pengenalan kaedah saintifik dalam bidang ‘alchemy’.
Bidang kimia mendapat namanya daripada perkataan Arab “al-kemya’a”.

Melalui uji kaji makmal tidak pernah didengari pada zamannya, Hayyan membangunkan proses penghabluran, penyulingan dan pengenalan bahan-bahan asas yang menjadi asas ilmu kimia moden seperti asid asetik, merkuri dan sulfur.

4. Kaedah Pembedahan Moden:

Al-Zahrawi (936 Masehi – 1013 Masehi)

Perintis Arab ini membangunkan asas pembedahan moden yang sangat mempengaruhi dunia Barat, dengan banyak instrumen pembedahan inovatif dan teknik-teknik masih digunakan sehingga hari ini.

Zahrawi mencipta alat penyuntik (syringe), forsep, cangkuk dan jarum pembedahan, gergaji tulang dan pisau bedah lithotomy.

Beliau merupakan doktor pertama yang menerangkan tentang kandungan luar rahim dan yang pertama mengenal pasti sifat genetik hemofilia.

Beliau juga telah dapat menulis satu siri ensiklopedia amalan perubatan dengan tiga puluh jilid yang dikenali sebagai “Kitab Al-Tasrf.”

5. Sosiologi Moden dan Historiografi:

Ibn Khaldun (1332 Masehi – 1406 Masehi)

Perintis Tunisia ini membangunkan teori dan konsep sosiologi moden dalam buku magnum opus beliau bertajuk “Al-Mukadema”, yang bermaksud ‘pengenalan’.

Buku beliau bertajuk “Kitab Al-Ibar” memperkenalkan prinsip-prinsip historiografi (pensejarahan) moden dan meliputi sejarah universal manusia sehingga zaman beliau. Hasil tangan Khaldun juga memberi idea awal tentang falsafah dan ekonomi moden.

6. Perubatan Moden:

Ibn Sina (980 Masehi -1037 Masehi)

Walaupun terma “perubatan Barat” dan “perubatan moden” banyak digunakan pada hari ini, saintis Parsi ini sebenarnya adalah orang pertama yang telah memperkenalkan prinsip perubatan moden.

Dalam bukunya yang mengubah sejarah Dunia – “The Canon of Medicine,” Ibn Sina memperkenalkan kaedah mereka bentuk ubat yang jauh terkehadapan mendahului zamannya.

Teknik-teknik, amalan, dan idea-idea yang digunakan memberi sumbangan besar terhadap dunia perubatan hari ini.

7. Mengira Jejari Bumi dan Geodesi Moden: 

Abu Al-Rayhan Al-Biruni (973 Masehi – 1048 Masehi)

Perintis Parsi ini mencipta teknik untuk mengira jejari Bumi dan jarak yang menggunakan triangulasi yang memberi sumbangan besar kepada disiplin geografi moden dan geodesi.

Beliau menyelesaikan persamaan geodesik kompleks dan menganggarkan jejari Bumi adalah sepanjang 6,339.6 kilometer (kurang 50 kilometer sahaja daripada kiraan sekarang), iaitu satu kiraan yang agak tepat dan tidak wujud di dunia Barat sehinggalah abad ke-16.

===============================

Begitulah sedikit sebanyak kehebatan cendekiawan-cendekiawan Muslim yang telah cuba dipadam oleh Barat dalam usaha memuji dan menaikkan bangsa mereka sendiri walhal mereka hanyalah bangsa peniru dan kaki ciplak.

Allahu’alam… semoga bermanfaat diketahui dan disampaikan kepada generasi baru kita.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s