RINGKASAN SIRAH 25 RASUL

Saya kongsikan RINGKASAN SIRAH 25 RASUL ini.

Semoga bermanfaat…

1- Adam

Diperkirakan hidup tahun 5,872-4,942 SM di sekitar wilayah India . Di situlah beliau pertama kali diturunkan Allah ke muka bumi setelah melanggar perintah Allah tidak boleh memakan buah terlarang. 

Lalu beliau berjalan ke wilayah yang kini disebut sebagai Jazirah Arabia. Menurut beberapa riwayat beliau bertemu dengan isterinya, Hawa di Arafah yang sekarang dijadikan tempat pertemuan umat Islam dari seluruh dunia setahun sekali saat melakukan ibadah haji. Mereka lantas menetap di sekitar Ka’bah yang memang telah dibangun sebelumnya oleh para malaikat. Beliau wafat di jazirah Arabia (tidak diketahui dimana kuburannya). 

Diriwayatkan bahawa beliau mempunyai 40 anak. Nama Adam disebut dalam Al-Qur’an: 25 kali.

2- Idris

Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin Adam as. Beliau dari anak keturunan Qabil yang tinggal di Babil di Iraq. Diperkirakan hidup sekitar tahun 4,533-4,188 SM. Nama Idris disebut dalam Al-Qur’an sebanyak 2 kali.

3- Nuh

Nuh bin Lamik bin Mutuisyalkh dari keturunan Idris, lalu keturunan Nabi Syits bin Adam. Diperkirakan hidup pada tahun 3,993-3,043 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 3,650 SM. 

Diperkirakan beliau tinggal di wilayah yang kini disebut sebagai Iraq. Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahawa beliau wafat di Mekkah, dan memiliki 4 anak laki-laki. Nama Nuh disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-Qu’ran.

Nabi Nuh as. mendapat julukan ulul ’azmi karena kesabarannya yang tinggi. Nuh as adalah rasul pertama yang diutus Allah untuk meluruskan akidah dan akhlak umat yang telah menyimpang jauh dari ajaran yang benar. Nabi Nuh as digelari sebagai ulul ’azmi kerana kesabarannya dalam berdakwah dan mendapat hinaan dari kaumnya. 

Nabi Nuh tanpa menyerah kalah terus menerus mendakwahi keluarga, kerabat dan masyarakat umum, supaya kembali ke jalan yang lurus. Usianya hampir 1,000 tahun dan jumlah umat yang mengikutinya tidak lebih dari 200 orang. Bahkan isteri dan anaknya yang bernama Kan’an juga tidak mempercayai ajaran yang dibawanya dan menjadi musuhnya. 

Atas kehendak Allah umat nabi Nuh as. yang membangkang ditenggelamkan dengan banjir serta tsunami yang dahsyat. Semuanya mati, kecuali nabi Nuh as. dan pengikutnya yang beriman.

4- Hud

Hud bin Abdullah bin Rabah bin Khulud dari keturunan Sam bin Nuh. Diperkirakan hidup pada tahun 2,450-2,320 SM. Diutus untuk Kaum ‘Ad yang tinggal di Al-Ahqaf-Hadramaut, Yaman. Beliau wafat di Hadramaut sebelah timur, Yaman (kuburannya diziarahi sampai sekakarang). Nama beliau disebutkan sebanyak 7 kali dalam Al-Quran.

5- Shalih

Shalih bin Abid dari keturunan Sam bin Nuh. Diperkirakan beliau hidup pada tahun 2,150-2,080 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2,100 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir- Oman. Beliau wafat di Jaziratul Arab. Nama beliau disebutkan sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran.

6- Ibrahim

Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Beliau diperkirakan hidup tahun 1,997-1,822 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1,900 SM. Beliau tinggal di Iraq. Beliau wafat di Al-Khalil, Hebron, Palestin. Nama beliau disebutkan sebanyak 69 kali dalam Al-Quran.

Nabi Ibrahim adalah nabi yang mendapat gelar ulul ’azmi kerana kesabarannya yang tinggi. Dari mulai bayi lagi nabi Ibrahim sudah diasingkan ke dalam gua disebabkan kerana perintah Raja Namrudz untuk membunuh setiap bayi laki-laki yang baru lahir. Setelah dewasa, ia harus berhadapan dengan raja dan masyarakat penyembah berhala termasuk kedua orang tuanya yang menjadi pembuat berhala. Bahkan ia harus menerima siksaan yang pedih, iaitu dibakar hidup-hidup dan diusir dari kampung halamannya. 

Sudah hampir seratus tahun usia dan pernikahannya dengan Sarah, ia belum dikurniakan anak hingga isterinya meminta ia menikahi seorang hamba berkulit hitam bernama Hajar untuk dijadikan isteri. Akhirnya Hajar dapat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ismail. 

Allah memerintahkan Ibrahim untuk melepas isteri dan anaknya yang baru lahir serta sangat dicintainya itu ke tanah gersang di Makkah. Kerana kesabaran dan kepatuhannya, perintah itu dilaksanakan. Namun, perintah lebih berat diterima Ibrahim, iaitu harus mengorbankan Ismail yang baru meningkat remaja. 

Hal ini pun beliau laksanakan, tapi Allah akhirnya menggantikannya dengan seekor kibas. Selain itu ujian nabi Ibrahim as yang lain adalah membangun Ka’bah, dan menghadapi Raja Namrudz yang zalim.

7. Luth

Luth bin Haran dari keturunan Sam bin Nuh. Diperkirakan hidup pada tahun 1,950-1,870 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1,900 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Kaum Luth yang tinggal di negeri Sadum, Syam, Palestin. Beliau meninggal dunia di Desa Shafrah di Syam, Palestin dan meninggalkan 2 anak perempuan. Nama beliau disebutkan sebanyak 27 kali dalam Al-Quran.

8- Ismail

Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Diperkirakan hidup pada tahun 1,911-1,774 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1,850 SM. Beliau tinggal di Makkah dengan kabilah Amaliq dari Yaman. Beliau meniggal dunia di Makkah. Meninggalkan 12 anak. Nama beliau disebutkan sebanyak 12 kali dalam Al-Quran

9- Ishaq

Ishaq Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Diperkirakan hidup pada tahun 1,897-1,717 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1,800 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Kan’anniyun di wilayah Al-Khalil Palestin. Beliau meninggal di Al-Khalil Hebron Palestin. Memiliki 2 anak. Nama beliau disebutkan dalam al-Qur’an sebanyak 17 kali.

10.Ya’qub

Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Diperkirakan hidup pada tahun 1,837-1,690 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1,750 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Syam. Beliau wafat di Alkhalil Hebron Palestin. Punya 12 anak. Nama beliau disebutkan dalam al-Qur’an sebanyak 16 kali.

11. Yusuf

Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Diperkirakan hidup pada tahun 1,745-1,635 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1,715 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israel dan Heksos di Mesir. Beliau wafat di Nablus, Palestin. Punya dua anak laki-laki dan satu perempuan. Nama beliau disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran.

12. Syu’aib

Syu’aib dari keturunan Madyan bin Ibrahim. Diperkirakan hidup pada tahun 1,600-1,490 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1,550 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada ahli Madyan dan Penduduk Aikah Madyan. Beliau wafat di Madyan. Nama beliau disebutkan sebanyak 11 kali di dalam Al-Quran.

13. Ayyub

Ayyub dari keturunan Ishaq bin Ibrahim. Diperkirakan hidup pada tahun 1,540-1,420 SM. Diangkat menjadi nabi pada tahun 1,500 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Huran, Syam dan Palestin. Beliau wafat di Huran, Syam. Punya 26 anak. Disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran.

14. Zulkifli

Zulkifli dari keturunan Ishaq bin Ibrahim. Diperkirakan hidup pada tahun 1,500-1,425 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1,460 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Damaskus. Beliau wafat di Damaskus, Syiria. Punya 2 anak. Disebutkan sebanyak 1 kali di dalam Al-Quran.

15. Musa

Musa bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Diperkirakan hidup pada tahun 1,527-1,408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1,450 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Firaun Mesir dan Bani Israel di Mesir. Beliau wafat di Tanah Tih. Punya 2 anak.

Nabi Musa as. adalah nabi yang paling banyak namanya disebutkan dalam al-Qur’an iaitu sebanyak 136 kali. Beliau termasuk nabi yang mendapat gelar ulul ’azmi kerana kesabarannya yang tinggi dalam menghadapi dan berdakwah kepada Firaun. Selain itu, dia juga nabi yang sabar dalam memimpin kaumnya yang selalu membangkang. 

Ketika Musa as. akan menerima wahyu di Bukit Sinai, pengikutnya yang dipimpin oleh Samiri menyeleweng dengan menyembah berhala emas anak sapi yang boleh berkata-kata. Harun as. yang ditugaskan mengganti tugas Musa as, tidak sanggup untuk menghalangi niat mereka, bahkan ia diancam hendak dibunuh. Dengan kesabaran nabi Musa yang hebat tapi beliau pernah tidak bersabar ketika berguru kepada nabi Khidir as.

16. Harun

Harun bin Imran dari keturunan Ya’qub bin Ishak. Diperkirakan hidup pada tahun 1,531-1,408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1,450 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Firaun Mesir dan Bani Israil Mesir. dan wafat di Tanah Tih. Disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran.

17. Daud

Daud dari keturunan Yahudza bin Ya’qub. Diperkirakan hidup pada tahun 1,041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1,010 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Punya satu anak dan wafat di Baitul Maqdis, Palestin. Disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran.

18. Sulaiman

Sulaiman bin Daud dari keturunan Yahudza bin Ya’qub. Diperkirakan hidup pada tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israel di Palestin. Beliau wafat di Rahbaam, Baitul Maqdis, Palestin. Disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran.

19. Ilyas

Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari keturunan Harun bin Imran. Diperkirakan hidup pada tahun 910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Phiniq di Ba’labak, Syam.Disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.

20. Ilyasa’

Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan Ya’qub. Diperkirakan hidup pada tahun 885-795 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israel dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam. Beliau wafat di Palestina. Disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.

21. Yunus

Yunus bin Matta dari keturunan Bunyamin bin Ya’qub. Diperkirakan hidup pada tahun 820-750 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada orang Asyiria di Ninawa, Iraq. Beliau wafat di Ninawa, Iraq. Disebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran.

22. Zakaria

Zakaria dari keturunan Sulaiman bin Daud. Diperkirakan hidup pada tahun 91-31 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israel di Palestin. Beliau wafat di Syam. Punya satu orang anak. Disebutkan sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran.

23. Yahya

Yahya bin Zakaria dari keturunan Sulaiman bin Daud. Diperkirakan hidup pada tahun 1SM – 31M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Wafat di Damaskus Syria. Disebut dalam Al Quran sebanyak 3 kali.

24. Isa

Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud. Diperkirakan hidup pada tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israel di Palestin. Beliau tidak wafat melainkan diangkat ke sisi Allah. Nabi Isa as. disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran.

Beliau adalah nabi yang mendapat julukan ulul ’azmi kerana banyak memiliki kesabaran dan keteguhan dalam menyampaikan ajaran Allah. Terutama, ketika nabi Isa as. sabar menerima cobaan sebagai seorang yang miskin, pengkhianatan muridnya, menghadapi fitnah, diusir dan cuba dibunuh oleh kaum Bani Israel. Kehidupan nabi Isa as. menggambarkan kezuhudan dan ketaatan dalam beribadah.

25.Muhammad

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Diperkirakan hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 610M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta. Tinggal di Makkah dan Madinah. Wafat di Madinah. 

Meninggalkan 7 orang anak. Rasulullah saw namanya disebutkan hanya 5 kali di dalam Al-Quran.

Baginda mendapat julukan ulul ’azmi kerana sejak kecil sampai dewasa, Rasulullah saw selalu mengalami masa-masa sulit. 

Pada usia 6 tahun, baginda sudah menjadi yatim piatu. Setelah dewasa, baginda membantu meringankan beban bapa saudaranya yang menjaga baginda sejak kecil. 

Tentangan terberat yang dihadapi adalah setelah diangkatnya menjadi seorang rasul. Penentangan bukan saja dari orang lain, tetapi juga dari Abu Lahab, pakciknya sendiri. Rasulullah saw juga harus ikut menderita tatkala Bani Hasyim diboikot (diasingkan) lantaran dakwahnya. Dan masih banyak lagi kesabaran dan masa masa sulit yang dihadapi baginda dari mulai lahir sampai beliau wafat.

=================================

Demikian ringkasan sejarah 25 nabi yang juga merangkap rasul (lihat Qashash al-Anbiya’ oleh ibnu Katsir, tahqiq Dr. as-Sayyid al-Jumaili dan kitab Atlas al-Quran oleh Syauqi Abu Khalil).

Semoga menjadi rujukan yang bermanfaat dan kebenarannya kita kembalikan kepada Allah.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s