NAK KAYA? NAK JADI TERKENAL SERTA DIPANDANG HEBAT? MUDAH SAHAJA… PAJAKKAN ATAU JUAL TERUS JIWA ANDA… IBLIS SEDIA MEMBUKA PINTU KEDAI PAJAK GADAINYA…

Dalam kotak kepala mesti kita selalu fikir yang benda sihir ni macam tak “compatible” pulak untuk dimuatkan dengan pemikiran sekular dan teknologi. Tidakkah begitu? Akan tetapi, tahu tak kita bahawa bahawa ilmu sihir adalah memang digunakan oleh mereka yang memegang teknologi ini? Misalnya geng2 yang memegang industri muzik.

Dalam ilmu menyembah syaitan, seperti yang diketahui ramai… freemason, illuminati, bohemian grove, skull and bones dan lain-lain lagi, diorang semua adalah ahli sihir yang menjalankan ritual (upacara) khas melakukan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu sebagai imbalan. Perjanjian diorang dengan syaitan – menyembah syaitan dan rela menjualkan jiwa pada syaitan.

Perjanjian syaitan pada mereka ialah memberikan semua yang mereka ada supaya dapat apa sahaja yang mereka inginkan di Dunia ini… segala kehebatan, nama, kekayaan dan juga ilmu pengetahuan.

Di Hollywood, istilah ‘sell the soul to the devil’ adalah perkara biasa untuk seseorang yang mahu menjadi artis baik pelakon atau penyanyi hebat dan mempunyai ramai pengikut. “Industri” la yang mengawal semua artis di bawahnya. Konsep sama digunakan dalam perjanjian penyembah syaitan.

Jika mahu kekayaan dan kemasyhuran, maka kamu hendaklah memajakkan atau menjual jiwa kamu pada syaitan. Jika mahu ilham yang hebat untuk berkarya, kamu juga hendaklah menjual jiwa pada syaitan. Jadi inilah yang dilakukan di dalam industri hiburan. Sesiapa yang masuk ke dalam industri, akan diwajibkan menjadi penyembah syaitan.

Ramai di antara artis-artis barat yang menjual jiwa mereka kepada syaitan dan mereka menghasilkan lagu yang berbentuk satanic tapi menjadi igauan dan ikutan orang ramai. Pada tahun 60’an 70an dulu, mereka banyak terpengaruh dengan ajaran buku tulisan Aleister Crowley yakni ‘the book of law’.  Seperti lagu ‘Mr. Crowley’ yang dinyanyikan oleh Ozzy Osbourne misalnya.

Artis masakini seperti Jay-z, Rihanna, Lady Gaga, Kathy Perry dan ramai lagi semuanya telah melakukan ‘sell the soul to the devil’. Lihatlah betapa terkenalnya mereka. Lagu yang dihasilkan oleh mereka sangat best dan meletup-letup. Oh ya… lupa plak nak sebut Madonna, Christina Aguilera dan Mariah Carey.

Kat sini ada dua cara industri hiburan berfungsi… sebenarnya ada beberapa cara lain lagi…

1 – menghasilkan lagu yang best giler dengan meminta ilham daripada syaitan.

2 – menggunakan teknik hipnotis. Yakni menyerang minda di bawah sedar (subconcious) manusia supaya semua orang terima dan suka lagu tersebut. Salah satu cara hipnotis ialah dengan mengulang siar lagu itu berkali-kali sehari di radio dan tv. Repeatition adalah salah satu teknik hipnotis. Benda yang tak best dan tak sedap pun boleh diterima para pendengar akhirnya (radio akan memutarkan lagu berulang-ulang kali dan kita pun dihipnotis).

Lagu-lagu mereka yang terhasil melalui pakej ‘sell the soul to the devil’ adalah kebanyakannya mempunyai lirik yang kabur maknanya. Seolah-olah bercerita pasal cinta. Hakikatnya, mereka menyanyikan lirik cinta untuk syaitan. Sama ada memuja, meminta tolong, dan sebagainya. Tujuan mereka menulis lagu sedemikian juga adalah untuk menyampaikan mesej gelap secara tak langsung kepada pada pendengar dan cuba untuk membangkitkan fikiran jahat supaya melakukan kejahatan.

Nota: minda di bawah sedar kita berfungsi tanpa kita tahu. apabila sesuatu mesej disampaikan dengan cara tertentu, otak kita sebenarnya dapat tangkap. Dan kalau benda yang otak kita tangkap tu sesuatu yang jahat, maka secara tak langsung kita akan berfikiran untuk melakukan kejahatan. Biasa la… benda jahat ni selalunya nikmat.

Saya tak nak dedahkan apa-apa lirik kat sini. Saya takut. Hahahahahahaha… bahaya…

Lepas dah jual jiwa untuk jadi popular, dikatakan kena pulak sacrifice someone atau korbankan seseorang. Tak kira la dari kalangan family, kawan baik atau sesiapa saja. Sacrifice di sini bermaksud bunuh la. Biasa la kalau dah jadi penyembah syaitan tentu kena buat satu ritual khas untuk menunjukkan kesetiaan. Macam yang dilakukan oleh golongan elit freemason dan illuminati. Macam Jay-z misalnya yang dikatakan telah mengorbankan emaknya sendiri. Eminem pulak bunuh sedara dia kot kalau tak silap… dan banyak lagi la yang camni.

Nota: syaitan biasanya akan meminta satu pengorbanan darah jika kita ingin meminta sesuatu daripadanya atau apa2 la… asal syirik dan sesat. Lagi besar syirik… lagi best.

Pemahaman aku lagi, perbuatan “sell the soul to the devil” ni macam mengambil khadam la. Bela jin untuk tolong kita. Lepas tu kita kena la bagi dia ‘makan’ untuk dia buat apa yang kita nak. So, maknanya, bila dah sell the soul, kira diorang ambil seekor jin (syaitan) atau lebih.

Pastu, diorang ni pulak bila dah sell the soul, ada macam-macam teknik untuk memanggil syaitan atau ilham datang kat diorang. Kalau Jay-z dia sendiri kata dia dirasuk oleh ‘Rain Man’ yang datang bagi ilham. ‘Rain Man’ ni maksudnya syaitan la. Kalau macam Beyonce, dikatakan dia menggunakan sihir ‘scrying’ yakni memanggil syaitan dengan teknik merenung cermin. Dan syaitan akan muncul dari reflek diri dia.

Lepas tu macam-macam la persona pulak yang diorang pilih untuk bawak. Macam Lady Gaga bawak style macam dracula dan vampire. Rihanna macam good girl yang dirasuk entiti hitam… adoi la… (gambar mereka juga sering menunjukkan sebelah mata ala2 illuminati dan simbol tangan ‘OK’ sebenarnya bermaksud ‘666’).

Lagu-lagu diorang yang sell the soul, selain dari lirik yang bercerita pasal cinta yang kabur dan aneh, lirik diorang jugak akan banyak bercerita pasal nak jadi kaya, nak jadi masyhur, pasal perempuan, pasal seks, nak dapat nama dan kuasa. Senang cerita nak dapat DUNIA. Paling kerap… artis Hip Hop lagu2 diorang selalu camtu. Sebab memang itulah yang diorang dapat dari menyembah syaitan. Perjanjian.

Macam dulu2 pulak, ada lagu yang kalau kita reverse play, jadi lirik lain. Jadi lirik sembah syaitan. Dikatakan perkara macam tu boleh berlaku sebab minda diorang dah sebati dengan bisikan syaitan. Subconscious mind.

Mengikut pemahaman aku jugak… Dalam diri kita ada dua unsur… satu baik satu jahat. Yang jahat tu saya suka cakap part Qarin kita. Sebab dia dikatakan menyuruh kita berbuat jahat dalam hati. Bisikan jahat.

Jadi, kitalah yang memilih untuk “switch on” unsur yang mana satu. Kalau kita pilih unsur baik, maka minda kita secara tak langsung akan berusaha dan berfikir untuk berbuat baik. Tapi kalau kita pilih unsur jahat, pastilah minda kita akan berusaha dan berfikir untuk berbuat jahat. Kita dah pilih untuk hidupkan switch kejahatan. Jadi, di situlah titik sang syaitan membantu kita. Syaitan akan memberi tunjuk ajar khas krpada kita untuk menjayakan kejahatan tersebut.

Dari segi sedar dan tak sedar.

Then… artis ni ada dua jenis. Satu artis di dalam industri, dan satu lagi industri artis. Senang cerita, artis yang bangun sendiri dan artis yg dibangunkan oleh industri.

Macam yang kita tahu, seseorang artis memilih untuk jadi independent selalunya yang tak dapat persetujuan mana-mana pihak syarikat untuk bernaung atau memang tak suka duduk bawah syarikat orang. Sebab diorang ada benda yang tak setuju dengan industri. Betul tak?

Sebab tu, banyak sekali artis-artis yang independent ni disekat dan ditekan oleh industri. Di Amerika, ramai sangat artis-artis yang diperlakukan begini. Jika mereka menulis lagu yang mempunyai lirik yang baik, menyampaikan dakwah atau apa-apa mesej kemanusiaan serta kehidupan, mereka selalunya akan dituduh macam-macam.

Industri akan halang mereka dengan cara mendakwa mereka ada kantoi dadah la, senjata la, cabul budak la… macam yang jadi dekat Michael Jackson (MJ), Tupac, Aaliyah, James Brown, DMX, dan ramai lagi… (penyakit kulit MJ (vitiligo) juga dikatakan telah sengaja diberikan oleh industri untuk menjatuhkannya. MJ jugak dibunuh selepas itu kerana melawan industri. Tupac pula telah dibunuh pada usia 25 tahun).

Saya sangat tertarik bila tengok video yang dimuat naik oleh seorang pengguna youtube. Dia mendedahkan pasal videoklip MJ ‘black and white’ yang dipotong 4 minit akhir dan dibanned dari televisyen. Dengan alasan klip tu ada unsur lucah, sebab MJ dance pegang bahagian ‘tu’. Tapi sebenarnya bukan sebab tu. Kalau kita tengok balik klip tu, MJ sebenarnya cuba memberitahu mesej tentang illuminati yang jahat dan cuba menjatuhkannya.

Kalau nak cerita pasal benda ni betul-betul, memang tak mampu nak tulis. Ini pun saya cuba jugak. Haha.. harap pasni kita boleh buat kajian sendiri. Artis2 Malaysia dan Music Industry tempatan plak camner2? Sekali tengok… korang pun boleh nilaikan… yang mana independent dan yang mana disokong oleh geng2 jahat…

Sekian. Semoga bermanfaat diketahui dan diperhatikan.
Allahu’alam… Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s