MUTIARA KATA GENG2 JAHAT… 

Mendiang Gladstone – PM Britain di zaman Queen Victoria menegaskan di dalam satu persidangan Parlimen ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan sambil tangan kanannya mengangkat Al-Qur’an: “…selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan Kitab ini (Al Quran), selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu, pisahkan mereka daripada Kitab ini.”

Lord Cromer – Gabenor Inggeris di Mesir dan Sudan menegaskan di dalam tulisannya: “… bahawa tanah jajahan yang diberi kemerdekaan itu, perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan (meneruskan) dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat.” Dia juga bermaksud seperti berikut apabila memberi komen tentang kemerdekaan Malaysia apabila Malaysia memintanya daripada British… “Berikan sahaja kemerdekaan yang mereka pinta itu. Orang putih berkulit merah boleh balik berehat. Kini kita patut bagi laluan kepada orang putih yang berkulit sawo matang pula”.

Ucapan musuh Islam (Komunis): “…sesungguhnya agama adalah candu (khayal / mabuk ) kepada masyarakat serta merupakan sebab kepada kemunduran dan kelemahannya. Kita boleh menggunakan candu ini untuk mengawal mereka dengan mudah”.
Paderi Simon: “…sesungguhnya kesatuan Islam dapat memadukan cita-cita masyarakat Islam serta dapat membantu mereka mengelak diri daripada penguasaan Eropah…lantaran itu, kita mestilah mengalihkan tumpuan orang Islam daripada kesatuan mereka melalui Kristianisasi dan bantuan kemanusiaan”.

Lornis Brown: “…apabila orang Islam bersatu di bawah empayar Arab, maka ia boleh menjadi satu malapetaka dan bahaya kepada dunia. Adapun jika mereka kekal dalam perpecahan, maka ketika itu mereka tiada nilai dan tidak memberikan kesan kepada sesiapa. Umat Arab dan umat Islam mestilah terus berpecah belah supaya mereka terus kekal tanpa kekuatan dan autoriti.”

Arnold Twenbey menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perkiraan kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”

Moro Byjer menulis dalam bukunya, Dunia Arab Masa Kini: “Telah sabit (tetap) dari segi sejarah bahawa, kekuatan Arab bererti kekuatan Islam. Maka mereka hendaklah dihancurkan supaya dengan kehancuran mereka, Islam akan turut hancur.”

W.K Smith – orientalis Amerika yang mahir dalam hal ehwal Pakistan: “Apabila orang Islam diberikan kebebasan di dunia Islam serta hidup di bawah sistem demokrasi acuan mereka sendiri, maka sesungguhnya Islam akan mendapat kemenangan di negara-negara tersebut. Hanya dengan cara diktator sahaja yang boleh memisahkan antara umat Islam dan agamanya.”

Samuel Zweimer – Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen: “…sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di negara-negara Muhammad (Negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu yang sebegini, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu telah mempersiapkan ramai orang bijak pandai dalam kerajaan-kerajaan Islam bagi menyanggupi perjalanan di atas jalan yang telah kamu rintiskannya, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam. Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila ia mengumpul wang, maka ianya untuk (melayani) kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Ia memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya. Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”

Ibn Glorion: “Sesungguhnya perkara yang paling ditakuti yang kami bimbangkannya ialah kembalinya Muhammad s.a.w baru di persada Arab atau Asia”.

Dr. Castro – pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka: “Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya kedapatan dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga entitinya. Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab disekitarnya sebagai Negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama Negara sosialis Israel.”

Callaghan – bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap aqidah Islam yang berleluasa di Britain dimana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut. Juru hebah bertanya beliau tentang topic-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya: “… di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran…” sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut: “persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah. Kita perlu mengetengahkan Islam Tiruan (Syi’ah? Wahabi?) di kalangan semua komuniti Islam”. Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas: “… boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu: sesungguhnya di sana terdapat aqidah yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.

Jewish Cronical – majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di university-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam: “Pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.” Sambung majalah tersebut: “ bukan Barat dan bukan juga Kesatuan Soviet Rusia yang mampu mengawasi kebangkitan ini dalam keadaan tenang. Ini adalah kebangkitan bagi dunia Islam dimana ianya mampu menggoyahkan kestabilan sebahagian besar dunia.”

Sekian. Semoga bermanfaat kita mengetahui hal2 ini.

Allahu’alam… Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s