ASAL USUL SERTA KHASIAT KHUSUS ZIKIR “SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILLAHA ILLALLAH, ALLAHU AKBAR DAN WALA KHAULA WALA QUWATAILLAH BILLAH… 

Mungkin anda pernah mendengar tentang ini.

SUBHANALLAH… 

Ibnu Abas ra berkata:”Ketika ALLAH SWT menjadikan Arasy, dan menyuruh para malaikat memikulnya tetapi para malaikat tidak berupaya memikulnya kerana amat berat. Lalu ALLAH SWT menyeru para malaikat supaya membaca kalimah “SUBHANALLAH” dan arasy itu pun terasa ringan untuk dipikul. Sejak hari itu, para malaikat sentiasa menyebut kalimah “SUBHANALLAH”.

ALHAMDULLILAH… 

Ibnu Abas ra. berkata:”Apabila ALLAH SWT menjadikan Adam as. mula mula yang terkeluar dari mulut Adam as. ialah bersin maka ALLAH SWT mengilhamkan kepada Adam a.s. supaya membaca “ALHAMDULLILAH” dan ALLAH SWT membalasnya “YARHAMUKKA RABBUKA” yang bermaksud “kerana rahmat itu AKU menjadikan kamu.” 

LAILLAHA ILLALLAH… 

Dan apabila ALLAH SWT mengutuskan nabi Nuh a.s. di mana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama yang menyembah berhala lalu ALLAH SWT mewahyukan kepada Nabi nuh supaya menyeru kaumnya untuk bertaubat. ALLAH SWT menyuruh Nabi Nuh memberitahu kaumnya supaya sentiasa mencari keredhan ALLAH SWT dengan menyebut kalimah “LAILLAHA ILLALLAH”.

ALLAHU AKHBAR ….

Apabila terutusnya nabi Ibrahim a.s. dan terjadinya peristiwa korban yang mana ALLAH SWT telah menebus anak nabi Ibrahim a.s. dengan seekor kambing, atas rasa yang teramat gembira atas nikmat yang dikurniakan nabi Ibrahim as. menyebut “ALLAHU AKHBAR”.

Berkata para malaikat :”Inilah kalimah yang keempat yang terbesar dan sungguh baik. Kemudian malaikat mengabungkan keempat kalimah itu dan di sebut “SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKHBAR”.

Ketika malaikat Jibril menceritakan kisah ini kepada rasulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus membaca: “LAA HAULA WALA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIEL AZIEM”

Kemudian Malaikat Jibril a.s. berkata: “Gabungkanlah keempat2 kalimah ini supaya menjadi…

“SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKHBAR WALA HAULA WALA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIL AZIEM”.

Mungkin ramai juga yang tahu keberkesanan zikir ini untuk memusnahkan sihir2. Jika dilafaz di bibir berhamoni dengan lafaz di dalam kalbu dengan hati yang yakin serta menyerah diri kepada Allah… ia dapat melawan segala jenis mak nenek sihir2 termasuk la sihir2 peringkat yang tertinggi sekalipun.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Allahu’alam… Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s