EINSTEIN VS. RASPUTIN: DIKEBUMIKAN TIDAK LENGKAP LENGKAP ANGGOTA BADAN

​ALBERT EINSTEIN

Ntah mengapa, tetiba saya teringat pulak kepada mendiang Albert Einstein.

Pada 17 April 1955, Einstein mengalami pendarahan dalaman, yang sebelumnya dikatakan telah didiagnosis secara tepat oleh doktor. Pada hari berikutnya Einstein meninggal pada usia 76.

Seperti yang kita tahu, Albert Einstein, seorang ahli fizik di mana rumus relativitinya telah mengubah pandangan dunia tentang “…bagaimana alam semesta bekerja ‘. Beliau meninggal pada tarikh 18 April 1955. Upacara pengkebumian Einstein yang meninggal berpunca dari kegagalan jantung pada usia 76 tahun, dilakukan secara tertutup. 

Hari di mana Einstein mati, seorang jurugambar bernama Ralph Morse (dari Majalah LIFE), berjaya mengabadikan hari berkabung tersebut. Tapi cerita itu tidaklah dihebohkan. Katanya kerana permintaan anak Einstein yang meminta mereka untuk menghormati masa berkabung merek… betul ke ni? 
Majalah LIFE juga kemudiannya memutuskan untuk langsung tidak menulis cerita yang menyentuh tentang hal ini. Apa la sebab yang sebenarnya yer?

Akhirnya setelah proses pemakaman selesai… di sebelah petang para keluarga dan teman-temannya kembali ke rumah Einstein di 112 Mercer Street di Princeton, di mana beliau telah tinggal selama 20 tahun.

Sehingga hari ini saya masih tak tahu mengapa Albert Einstein dikuburkan tanpa otak di dalam kepalanya.

.
GRIGORI RASPUTIN

Pernah mendengar nama Grigori Rasputin? Tokoh besar Rusia yang juga mendapat julukan “Mad Monk” ini pernah menjadi legenda sejarah Rusia semasa era dinasti Kerajaan Tsar. Dia juga kemudiannya menjadi tokoh di sebalik hancurnya dinasti Kerajaan Romanov di tahun 1917.

Di sebalik kontroversi politiknya, di kalangan kaum wanita lain pulak ceritanya. Di kalangan kaum Hawa… Rasputin pula dikenali tentang kehandalannya memuaskan nafsu wanita.

Menurut cerita, Rasputin adalah pemilik zakar terbesar pada zamannya dan beliau adalah kekasih gelap permaisuri Rusia. Rasputin dikatakan mampu membuatkan mana-mana wanita dapat merasai seolah-olah berada di syurga ketika bersamanya.

Menurut Raucous… salah satu media infotainment Rusia, dari beberapa sumber, seorang pembantu rapat Rasputin telah menemukan kemaluan Rasputin di tempat pembunuhan Rasputin. Kerana mendapatinya luarbiasa, pembantu ini telah menyimpan kemaluan Rasputin sehingga tahun 1920an. 

Kemudian kemaluan Rasputin ini disimpan pula oleh sekelompok wanita Freemaaon Rusia di Paris. Mereka sempat menyembah serta membuat pelbagai “ritual” menggunakan kemaluan ini sebagai lambang kesuburan dan menyimpannya di dalam sebuah kotak kayu khas.

Setelah beberapa lama mendengar tentang hal ini, salah seorang anak Rasputin, Marie telah berusaha dan meminta kelompok wanita Freemason itu untuk mengembalikan kemaluan ayahnya tersebut. Marie berjaya dan kemudian menyimpannya sampai la dia meninggal pada 1977.

Dalam sebuah buku biografi tentang Rasputin yang dibuat oleh Marie… dia mengatakan bahawa kemaluan ayahnya memiliki panjang 40 cm. Kini alat kelamin Rasputin itu mengalami pengecutan kerana proses pengawetan dan panjangnya kini hanya tinggal 28.5 cm.

Akhirnya… kerajaan Rusia kini telah mengambil alih kemaluan Rasputin dan dipamerkan di Muzium St. Petersburg, Rusia.

Nota: Kalau nak dapat gambaran lagi tentang kehebatan Rasputin ni, boleh la dengar sebuah lagu yang dibuat tentangnya oleh kumpulan “Boney M”. Lagu ini pernah terkenal ketika era 80an dahulu.

Sekian.

Allahu’alam… Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s