​KUMAN DAN VIRUS ADALAH TERGOLONG SEBAGAI JIN?

Entah macam mana, tiba2 terfikir pula… Adakah kuman, virus dan seumpamanya tergolong sebagai jin? Berikut ialah apa yang saya temui bila membuat carian ringkas tentang hal ini.
Terdapat 2 orang ulamak Mesir, Syeikh Mohd Abduh dan muridnya Syeikh Saiyid al-Reda yang yakin bahawa jin atau makhluk2 yang hidup dan bertubuh halus itu tergolong sebagai kuman dan virus seperti yang dikenali dalam perubatan barat. Syeikh Saiyid al-Reda menyebutkan pandangannya mengenai jin dalam kitab tafsirnya, al-Manar dengan katanya: 

والمتكلمون يقولون: ان الجن أجسام حية خفية لا ترى, وقد قلنا في المنار غير مرة: انه يصح أن يقال: ان الاجسام الحية الخفية التى عرفت في هذا العصر بواسطة النظرات المكبرة وتسمى بالمكروبات, يصح أن يكون نوعا من الجن, وقد ثبت أنها علل لاكثر الأمراض:

Maksudnya: 

“Dan ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata, sesungguhnya jin itu adalah (kejadian Allah) yang bertubuh halus dan hidup yang tidak boleh dilihat. Sesungguhnya telah pun kita katakan berkali-kali dalam kitab Tafsir al-Manar bahawa boleh disebutkan (kejadian Allah) yang hidup, bertubuh halus yang dapat dipastikan dan dikenal di zaman ini menerusi mikroskop sebagai virus itu adalah sebenarnya sejenis jin. Dan telah diketahui secara pasti ianya adalah merupakan punca bagi kebanyakan penyakit”. 

(Rujukan halaman 585, al-Tafsir wa al-Mufassirun) 

Dalam tulisan seorang pensyarah USM pula dalam tahun 2009 telah mengambil kira bahawa ciptaan jin adalah dari unsur api yang terkandung padanya gas berkepadatan tinggi. Gas adalah bahan atau jirim atau matter yang mempunyai berat dan jisim. Gas ada mass dan size kerana dia adalah komposisi udara. 

Saya tak tahulah kalau ada orang yang mengatakan bahawa oksigen, hidrogen, carbon dioxide itu sebagai perkara halus. Dua molekul Hidrogen jika digabungkan dengan satu molekul Oksigen akan membentuk air. Air pada suhu tinggi akan berpecah kepada molekul2 asalnya, pada suhu biasa menjadi cecair dan pada suhu beku menjadi ais. Faktor suhu merubah bentuk air.

Teori ini juga mungkin benar bagi jin di mana jin boleh merubah bentuknya mengikut “faktor tertentu” dan akan kekal dalam bentuk demikian sehinggalah “faktor” itu diubah.

Kemudian saya membaca pula sebuah nukilan. Ia mengetengahkan tentang setengah virus yang tidak boleh dibunuh walaupun suhu mencapai 10,000 darjah celcius dan hanya boleh dimatikan secara pancaran cahaya (unsur malaikat?) seperti sinar gamma dalam teknik penyahkuman. Nukilan ini juga ada menyebut adanya spesis virus chikukungnya yang menyerang-balas bagi sesiapa yang cuba membantu pesakit berkenaan.

Ada pula nukilan yang saya temui menguatkan pendapat ini dengan memetik sebuah hadis Rasulullah SAW. Jin menjadikan tandas serta tempat2 kotor sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah dia mengucapkan doa: ” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan” (Hadith Riwayat Abu Dawud).

Walau apa pun… semua ini hanyalah sekadar buah fikiran… Mungkin ada sedikit sebanyak kebenarannya atau mungkin juga sekadar fikiran yang liar… maklum la waktu menulis posting ni, jam menunjukkan pukul 4.25am.
Sekian. Semoga bermanfaat.

Allahu’alam… Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s