​GARIS MASA TAMADUN2 MANUSIA

Kita diajar untuk mempercayai adanya zaman batu, adanya teori evolusi dan hanya kebelakangan ini sahaja kita baru mengecapi nikmat hidup di dunia yang serba moden. Ada internet, ada kapal terbang, ada makanan segera, ada ubat2 moden, ada kemudahan tenaga elektrik dan lain2. Dulu2 manusia hanya duduk di gua2, memakai baju2 yang diperbuat daripada kulit haiwan, buta ilmu dan tidak pandai berkomunikasi baik secara tulisan mahupun pertuturan. Benarkah begini?

Sebenarnya manusia telah lama moden semenjak Nabi Adam a.s. diturunkan lagi. Manusia2 telah lama melalui zaman moden mengikut generasi masing2 dan dihancurkan berkali2. 

Mengenali rasul2 utusan Allah bererti mengenali garis masa tamadun2 manusia. Sesetengah daripada tamadun2 ini jauh lebih moden daripada keadaan kita sekarang ini. Berikut adalah garis masa tamadun2 tersebut.

1. Nabi Adam Alaihissalam. 

Isterinya Hawa. Pada mulanya tinggal di Syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke alam Duniawi.

2. Nabi Idris Alaihissalaam.

Penduduk Babil Iraq, terima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama memajukan ilmu menulis, membaca, ilmu falak dan jahit menjahit.

3. Nabi Nuh Alaihissalaam.

Allah utus baginda ke negeri Arminia. Allah swt telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya yang ingkar. Baginda digelar’ Najiyullah.

4. Nabi Hud Alaihissalaam.

Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt membinasakan kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.

5. Nabi Soleh Alaihissalaam.

Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan Syam. Allah memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari langit.

6. Nabi Ibrahim Alaihissalaam.

Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Di gelar dengan ‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan kuat berfikir.

7. Nabi Luth Alaihissalaam

Anak saudara Nabi Ibrahim Alaihissalaam. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan). Allah swt menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan batu yang membinasakan mereka.

8. Nabi Ismail Alaihissalaam.

Putera nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah. Baginda membantu bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.

9. Nabi Ishak Alaihissalaam.

Putera Nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan di Hibrun, Palestin.

10 Nabi Ya’kub Alaihissalaam.

Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada penduduk negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusuf Alaihissalaam. Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya.

11 Nabi Yusuf Alaihissalaam.

Putera Nabi Ya’kub Alaihissalaam yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang, dan sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentadbir mimpi dan bijaksana.

12 Nabi Ayub Alaihissalaam.

Keturunan nabi Ishak Alaihissalaam. Di kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang bertaqwa dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit yang berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.

13 Nabi Zulkifli Alaihissalaam

Putera Nabi Ayub Alaihissalaam. Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal nama baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam.

14. Nabi Syuib Alaihissalaam

Berketurunan Nabi Luth Alaihissalaam. Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi dan petir yang sangat dasyat.

15. Nabi Musa Alaihissalaam

Keturunan Nabi Ya’kub Alaihissalaam. Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri Firaun. Firaun menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah. Dikurniakan kitab Taurat (Torah).

16. Nabi Harun Alaihissalaam

Saudara Nabi Musa Alaihissalaam. Seorang yang fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa.

17. Nabi Daud Alaihissalaam

Berketurunan Nabi Ishak. Dikurniakan kitab Zabur. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh melembutkan besi dengan tangan. Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sama puteranya Nabi Sulaiman.

18. Nabi Sulaiman Alaihissalaam

Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa binatang, boleh memerintah angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya.

19. Nabi Ilyas Alaihissalaam

Keturunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda berdakwah kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau yang hebat selama 3 tahun.

20. Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam

Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya didalam dakwahnya. Tetapi setelah baginda meninggal, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang dinikmati.

21. Nabi Yunus Alaihissalaam

Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya, baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah, dan baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut daripada karam. Baginda di telan ikan nun (paus). Kemudian Baginda kembali meneruskan tugas setelah keluar daripada perut ikan nun.

22. Nabi Zakaria Alaihissalaam

Keturunan Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan Yahya (hidup). Baginda juga telah membesar Maryam, ibu Nabi Isa.

23. Nabi Yahya Alaihissalaam

Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa, berbudi bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan hukum Allah.

24. Nabi Isa Alaihissalaam

Putera Maryam bt. Imran. Jibril telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika masih bayi. Diutuskan kepada Bani Israel, dan dikurniakan kitab Injil. Bani Israel yang ingkar dengan dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya ke langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran di akhir zaman.

25. Nabi Muhammad S.A.W.

Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dasyat daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah. Dikurniakan kitab Al-Quran.

Lima rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding rasul2 lain dalam menyampaikan dan menegakkan agama Allah ialah:

1. Nuh Alaihissalaam

2. Ibrahim Alaihissalaam

3. Musa Alaihissalaam

4. Isa Alaihissalaam

5. Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam

Inilah sebenarnya garisan masa tamadun2 yang wajar dikaji. Sesetengah tamadun2 ini telah dibinasakan dan sesetengahnya diazab kerana perlakuan melampau tamadun masing2. 

Semoga bermanfaat difikir2 kan.

Allahu’alam… Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s