DUNIA HANYALAH TEMPAT PERSINGGAHAN SEMENTARA…

​Kenapa ada yang begitu laris menjual nasi lemak di tepi jalan setiap hari, tapi tetap tak nak buka restoran bagi mengembangkan perniagaan? Sebab dia selesa begitu. Tak suka nak fikir masalah yang “complicated”. 

Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal tenaga dan masa yang dikorbankan? Sebab “passion”. Gembira dan rasa puas bila tengok pesakit dapat sihat semula. 

Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi dan tidak mahu cuba-cuba mencari rezeki dengan cara lain pula? Sebab hanya itu yang dia tahu. Tambahan pula… memang rasa seronok bila dapat ikan banyak dengan usaha tulang empat kerat sendiri.

Jangan paksa orang jadi kaya. 

Jangan sombong dalam kata-kata… seolah-olah semua manusia kena dan mesti kaya serta berharta. Seolah-olah yang memilih ‘makan gaji’ itu tidak berjiwa besar atau tak nak maju dalam hidup. Seolah-olah yang berniaga kecil-kecilan itu takder apa yang boleh dibanggakan. Seolah-olah yang memilih menjadi suri rumah tangga sepenuh masa itu ‘loser’. Seolah-olah bila bergelar jutawan itu baru dikatakan hebat dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza. Kudrat berbeza. Kepakaran berbeza. Pengetahuan berbeza. Latar belakang berbeza. Sihat sakit berbeza. Kerana semua saling memerlukan di antara satu sama lain.

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh jadi zero. Hanya dengan KUN FAYAKUN. Buang la sikap sombong dan rasa besar dalam diri tu. Tidak memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian — yang lebih hebat, yang lebih halus. 

Optimis itu bagus… cuma jangan la sampai riak, takabbur, ujub dan tidak menjaga silaturrahim. Jangan lupa asal usul kita. Semuanya asal dari tanah, dan ke tanah juga kita akan kembali. Apa yang kita ada hari ni, semuanya akan kita tinggalkan. Takder satu pun yang kita akan bawa bersama apabila maut datang menjemput nanti. Hanya satu yang dibawa… bernama taqwa.
Respect other’s decision. Embrace diversity. Pesanan buat diri sendiri.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s