DAHSYAT DAN KEJI… AMALAN ​MENCANDUKAN AGAMA

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:

“…sudah hampir sampai satu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama’-ulama’ mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naugan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.

(Hadis Riwayat Baihaqi)

Adakah kita masih belum rasa fed-up? Adakah kita masih sanggup untuk menelan semua sampah2 ini?

Bila pakai kopiah, serban dan jubah… simpan janggut tebal2… petik ayat2 Quran dan Hadis… cakap apa2 pun… habis terus percaya. Camni la… agama diCANDUkan.

Pastu watak tokoh2 politik tertentu tanpa segan silu dibanding dan disamakan dangan watak2 rasul, nabi dan orang2 solihin terdahulu… ni la contoh bagaimana teruknya agama diCANDUkan.

Sebut pasal pertembungan agama dan politik ni, kita boleh tengok satu contoh… Ustaz Hussain Yee.

Ustaz Hussain Yee… salah satu ustaz yang dijemput khas dan diberikan slot dalam rancangan “Peace TV” kepunyaan Dr. Zakir Naik.

Hanya Ustaz yang benar2 “solid” dan boleh menarik non muslim kepada Islam sahaja diberikan tempat dalam “Peace TV”.

Dari Malaysia hanya seorang yang dipilih… itulah Ustaz Hussain Yee.
Tapi di negara sendiri, beliau dilayan buruk oleh ulama’-ulama’ lain. Beliau kena “gam” dan tidak diberikan tauliah di banyak negeri. Ustaz yang diiktiraf oleh Dunia tetapi bukan di Malaysia.

Something is wrong somewhere…

Ulama’ zaman sekarang ni suka tuduh menuduh dan hina menghina sesama ulama’. Drama ni pulak ditayang2 dan ditunjuk2 secara terbuka… di media2 dan Internet.

Ini la fitnahnya… dan fitnah ni akan terpalit di muka ulama’ semula ibarat meludah ke langit, jatuh kat muka sendiri.

Ulama’ zaman dahulu saling menjaga aib dan keharmonian sesama ulama’. Kalau ada hal2 yang tidak disenangi atau tak dipersetujui, dibincang secara baik dan tertutup.

Sekarang cuba lihat contoh ini pula…

Benarkah kalau kita menghisap rokok, doa tidak akan didengari justeru tidak diterima oleh Allah? Semudah itu?

Cuba la kita fikirkan betul-betul. Hatta kalau kita adalah pelacur, perompak dan pembunuh sekalipun… bukankah kita digalakkan untuk sentiasa berdoa dan meminta hidayah daripada Allah? Bukankah kita diingatkan supaya jangan pernah putus asa dengan belas kasihan dan rahmat Allah walau apa sekalipun keadaan hidup kita?

Ok… sambung sikit lagi pasal bagaimana agama diCANDUkan. 

Kalau di peringkat antarabangsa pulak boleh tengok ISIL, Taliban, Al Qaeda, JI, etc. Sama jer Modus Operandi (MO) nya. Ramai yang sanggup berjihad kononnya dan sanggup mati syahid kononnya apabila dijanjikan syurga. Ini pun kes serius mencandukan agama.

Kat TV plak… dibuat serta disiarkan rancangan2 bongok macam Pencetus Ummah, Ustaz dan Ustazah Pilihan, Daie, etc…. TV pun tolong support mencandukan agama untuk majoriti rakyat yang menjadi penagih2 CANDU agama.

Penagih2 candu agama ni pun tanpa fikir panjang meloncat dan menghisap candu2 yang ditawarkan.

Hmmmm… ntah la…

Nak lagi hebat… zaman sekarang ni, pengamal2 ilmu sihir pun dah boleh make-up servis2 diorang dengan agama. Jampi2 diselang seli sikit dengan ayat2 Quran dah cukup… ramai yang akan percaya dan mintak tolong macam2.

Islamic banking (Perbankan Islam) pun jadi modal yang masyukk. Secara teknikalnya dicanang2 sebagai patuh syariah. Tapi kalau ianya lebih mencekik darah daripada Perbankan Riba, apa la gunanya?

Tu belum cerita lagi pasal geng2 yang buat bisnes jual produk2 yang kononnya telah dibacakan ayat2 Al Quran, jual barang2 yang kononnya sunnah dan lain2 lagi la.
Iblis ni bukan bodoh. Orang yang pada mulanya berniat suci nak buat kebaikan silap2 boleh terpesong pulak merasakan dirinya sendiri la yang torbaik dan lebih baik daripada orang lain.

Orang yang rajin beramal pulak silap2 mula terasa dirinya ahli syurga. Lepas tu mula la pandang orang lain macam rupa penjenayah dan pendosa.

Sendiri mau ingat la… cakap panjang2 pun tak guna.

Akhir kata, sentiasa beringatlah dan berhati2 dengan dua jenis tawaran ni… Ia ditawarkan oleh Ejen Smith:

Tawaran 1: Aku boleh tolong kau jadik kaya dan senang.

Tawaran 2: Aku boleh tolong kau masuk syurga bila kau dah mati nanti.

“Dunia ini zoo… Dunia ini penjara… Jelak aku dengan Dunia ni…” kata Ejen Smith. Siapa Ejen Smith?

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s