TIGA TANDA2 KIAMAT DI MEKAH YANG TELAH PUN MUNCUL

​Ya… tiga tanda2 Kiamat di Mekah  sudah pun muncul!

Kiamat merupakan rukun iman ke-lima yang wajib dipercayai umat Islam sebagai sesuatu yang pasti. Namun tidak satu pun makhluk mengetahui bila peristiwa fasa akhir kehidupan alam Dunia ini akan berlangsung.
Akan tetapi Allah SWT melalui Rasulullah SAW sudah mengkhabarkan tanda-tandanya. 

Mekah menjadi salah satu kota di muka bumi yang disebut Nabi SAW bahawa ia akan menunjukan beberapa tanda bahawa kiamat sudah dekat.
Pertanda yang disebutkan ini dahulu dianggap mustahil terjadi. Namun apa yang ada di Kota Mekah pada saat ini benar2 menunjukan keadaan seperti apa yang diucapkan dan digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW dahulu.

Tanda-tanda kiamat tersebut kini memang benar-benar sudah muncul di Mekah. Berikut adalah tanda2 yang dimaksudkan:

1. Bangunan Tinggi Melebihi Gunung

Nabi Muhammad SAW mengkhabarkan bahawa salah satu tanda menunjukkan kiamat sudah dekat adalah ketika di Mekah banyak bangunan yang tingginya melebihi gunung.

Dalam sebuah riwayat dijelaskan bahawa bangunan-bangunan tingginya begitu menjulang. Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya, dia berkata: pada suatu hari, aku menonton tali kekang unta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata:
“Apabila kalian telah melihat galian-galian besar di Mekah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahawa kiamat telah mendekatimu.” (HR. Ibnu Abi Syaibah dan al-Arzaqi)

2. Gunung-Gunung di Mekah Mulai Berlubang

Nabi SAW juga menjelaskan kiamat akan hampir terjadi jika gunung-gunung di Kota Mekah sudah berlubang2. Hal ini tentu sulit difahami oleh masyarakat pada masa kehidupan Nabi SAW. Namun ternyata hal itu sudah terjadi saat ini.
Gunung-gunung di Kota Mekah kini sudah berlubang2 dalam bentuk terowong2. Mekah juga mendapat jolokan nama “Kota Terowongan: kerana memiliki puluhan terowong. 

Pada 2011 saja, Mekah memulakan pembangunan 55 terowongan melalui pegunungan dan sejumlah ruas jalan. Kini mungkin telah ada lebih banyak lagi terowong dibina.
Rasulullah SAW bersabda “Jika kamu lihat gunung2 di Mekah sudah ada lubang2 yang menembusinya”.

3. Bayangan Kabah Tidak Lagi Nampak

Baginda Rasulullah SAW juga bersabda bahawa kiamat akan hampir terjadi jika Al-Sa’ah telah membentang bayangannya sehingga bayang2 Kabah tidak lagi nampak. 

Al-Sa’ah merupakan salah satu dari pengertian kiamat. Juga di Arab, Al-Sa’ah juga bermaksud sebagai jam. Kerana itu, ramai ulamak mengertikan secara langsung waktu kiamat yang hampir juga terjadi apabila bayang2 menara jam menutupi Kaabah.
Allahu’alam… semoga bermanfaat diketahui.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s