APA ITU IKHLAS?

​”Mari ku ajarkan kamu ilmu apa itu ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis.”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”

“Karung guni?” soal anak muridnya seperti tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui di sepanjang jalan.

“Cukup?” tanya anak muridnya.

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

“Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?”

“Ya, ya…”kata si murid, agak kelelahan.
“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan berat itu.

“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,” kata seseorang yang lain.

“Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar,”kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi batu-batu tadi.

“Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.

“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas.”

“Ikhlas?”si murid kehairanan.

“Kamu juga dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang ramai memujinya seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.

Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”

“Ya… hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat hanyalah penat.”

“Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar si murid.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian.

Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di Akhirat.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s