MENGAPA KITA KERJA KUAT SIANG MALAM TAPI HIDUP TETAP SUSAH JUGAK?

Ramai yang bising2 tentang kenaikan kos sara hidup yang bertambah tinggi dari semasa ke semasa. Kita bising2 mungkin kerana geram dan marah bila terasa terlalu penat bekerja.

Bila dah bekerja kuat siang malam, kita hairan… bukan semakin kaya pun, tapi hutang pulak yang semakin bertambah.
Penyebab sebenar hal ini ialah “INEQUALITY GAP”. Yer… inequality gap.

Tahukah kita apa maksud “Inequality Gap” atau “Jurang Ketidak-sama-rataan” ini?

Setiap hari jurang ini semakin melebar.
Cuba fahamkan keadaan Dunia kita hari ini…

Daripada 6.5 billion orang penduduk Dunia:

0.7% penduduk menguasai 41.0% kekayaan.

7.7% penduduk menguasai 42.3% kekayaan.

22.9% penduduk menguasai 13.7% kekayaan.

68.7% penduduk menguasai 3.0% kekayaan.

Agak2 nya kucing ni golongan yang mana satu yer?

Kesian kita golongan 68.7% ni… kerja bagai nak rak tapi tetap susah jugak. Nak beli kereta ke, sambung belajar ke, beli rumah ke, nak kahwin ke dan macam2 lagi la semuanya terpaksa berhutang.

Macam mana tak susah, kita terpaksa berebut2 baki 3.0% kekayaan di antara kita. Lagi 97.0% kekayaan telah lama dibolot oleh golongan kaya dan super kaya.

Seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat pernah berkata… “Nowadays, it is expensive to be poor. The penalty of not having money is being charged more money”.

Maksudnya… “Hari ini, kos hidup adalah mahal bagi orang2 miskin. Hukuman kerana tiada duit adalah dicaj dengan lebih banyak duit”.

Kalau dijumlahkan hutang negara-negara di Dunia ni, jumlahnya melebihi daripada USD 223 trillion. Kegilaan apakah ini? Dengan siapa Dunia berhutang?

Sekadar berkongsi info… Jurang Pengagihan Pendapatan di Malaysia pulak.

Yang line biru tu golongan Top 20% (T20), yang line merah golongan middle 40% (M40) dan yang line hijau golongan bottom 40% (B40).

Ni setakat tahun 2012 punya. Siapa yang ada graf lebih terkini boleh share la yer.

Begitu la adanya… Allahu’alam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s