PERANCANGAN DAN PENCAPAIAN ZAMAN BERZAMAN DAJJAL (Part 1 of 2)

Berdasarkan apa yang telah kita baca di dalam blog zulsegamat ini tentang Luciferian (Penyembah Syaitan) dan sistem kehidupan yang mereka wujudkan (sekularisme), dapatlah disimpulkan bahawa Dajjal telah sekian lama dengan sabar membangunkan sedikit demi sedikit angkatan, jentera dan konco-konconya. 

Mereka ini pula daripada generasi ke generasi bekerja bersungguh-sungguh membangunkan SISTEM yang dikehendaki oleh Dajjal. Mereka dibutakan dengan kemewahan dan kenikmatan Duniawi sebagai imbalan kerja keras mereka siang dan malam.

Mereka perlahan-lahan menguasai bidang pendidikan, perubatan, kewangan, ekonomi, media massa dan teknologi. Semua yang kita belajar, dengar dan tahu adalah seperti yang mereka kehendaki. Mereka juga tidak jemu-jemu memadam sejarah Dunia dan menulis semula sejarah Dunia sehinggakan kita kini tidak dapat membezakan apa yang pernah berlaku dan apa yang tidak pernah berlaku.

Seperti hadith Rasullulah SAW yang telah berulang-ulang kali disyarahkan oleh ulama’-ulama’ di seluruh Dunia, telah diterangkan kepada kita tentang 4 fasa atau peringkat pemerintahan Dajjal. 

Sabda Rasulullah SAW: ”Dajjal akan berada di bumi dalam 40 hari, Sehari seperti Setahun, Sehari seperti Sebulan, Sehari seperti Seminggu, Sehari seperti Hari-Hari kalian”. 

1. Sehari seperti Setahun (Great Britain adalah Markas Besarnya => 916 Masehi hingga 1916 Masehi = 1000 tahun) 

2. Sehari seperti Sebulan (Amerika Syarikat adalah Markas Besarnya => 1917 Masehi hingga 2000 Masehi = 83 tahun) 

3. Sehari seperti Seminggu (Israel adalah Markas Besarnya => 2001 Masehi hingga 2022 Masehi = 21 tahun lebih) 

4. Sehari seperti Hari-Hari biasa (Dajjal akan memunculkan diri secara fizikal sebagai seorang yang amat berpengaruh dan kelihatan amat terpuji. Kemudian dia akan mendapat kuasa memerintah Dunia. Seterusnya dia akan mengaku sebagai Penyelamat Dunia)

Nota: Pengiraan ini dibuat dengan mengambil kira ayat-ayat Al Quran ýang mengisyaratkan sehari di Alam Langit bersamaan dengan 1000 tahun di Alam Dunia.

Untuk membangunkan sepenuhnya SISTEM, Dajjal dan konco-konconya perlu menghabiskan dan melalui semua 4 fasa atau 4 peringkat ini.

SISTEM ini padat dengan FITNAH dan KEBOHONGAN.

Semenjak zaman-berzaman, mereka (konco-konco Dajjal) telah terpaksa bersusah-payah menjajah dan terus manjajah seluruh pelusuk Dunia demi menyebarkan ajaran dan dakwah mereka yakni sekularisme. Mereka telah mewariskan ajaran ini untuk dipraktikkan oleh semua manusia. 

Itulah misinya… mengasingkan agama dari politik dan kelangsungan hidup. Garisan pemisah di antara perkara halal dan haram seolah-olah tidak wujud lagi.

Seterusnya mereka sedikit demi sedikit menghakis serta menghapuskan agama Islam dan sebarang agama berTuhan yang masih ada sisa-sisa ajaran Samawi. Mereka mesti menjauhkan manusia sejauh-jauhnya dari Tuhan dan menerapkan persepsi bahawa agama itu hanyalah ritual dan budaya semata-mata. 

SISTEM mengajar manusia untuk mengejar Dunia sepenuhnya. SISTEM memastikan manusia terus sibuk, sibuk dan sibuk dengan urusan Duniawi. Tiada masa untuk persediaan Alam Akhirat.


Seperti yang tertulis pada logo konco-konco Dajjal… ‘Novus Ordo Seclorum’ bermaksud Tatacara Dunia Baru atau The New World Order. 

Melihat pada masa kita kini, kita tahu Dajjal sudah sampai dan sedang melalui peringkat yang ke-3 yakni Sehari seperti Sebulan. Misi utamanya untuk peringkat ini adalah berhabis-habisan mempertahankan Negara Israel dari ancaman pihak lain khususnya negara-negara di sekelilingnya. 

Maka Afghanistan, Iraq, Libya, Yemen, Turki, Mesir, Syria dan kawasan Timur Tengah serta kawasan sekitarnya sentiasa diserang. Huru-hara dan kacau-bilau mestilah berlaku secara berterusan demi memastikan Israel (The Holy Land) mereka selamat. Di situlah tempatnya pentadbiran utama dan yang terakhir mereka nanti apabila misi mereka mengawal dunia tercapai dan terlaksana seperti yang dirancangkan.

Pada peringkat pertama semasa Great Britain memerintah dunia, mereka begitu giat menumpukan perhatian menyebar dakwah sekular. Misi ini telah berjaya dan kebanyakkan negara di Dunia kini tidak dapat lari daripada menggunakan sistem yang mereka bawa.

Kemudian mereka berpindah pentadbiran pula ke Amerika Syarikat yakni pada peringkat ke-2. Pada peringkat ini mereka meneruskan pengukuhan SISTEM yang telah diajar dan didoktrinkan. Mereka mewujudkan negara Israel. Mereka membina ekonomi yang kuat dan memonopoli urusan kebanyakan dari negara-negara di Dunia. Mereka mewujudkan United Nation (UN), International Monetary Fund (IMF) dan lain-lain badan bagi merantai pentadbiran negara-negara yang telah dikuasai.

Apabila kedua-dua peringkat misi ini berjaya, apabila dunia sudah benar-benar terpaksa bergantung kepada SISTEM, maka pada tahun 2001, mereka melakukan satu ritual mega besar-besaran yakni meruntuhkan bangunan WTC di New York bagi menandakan tamatnya pemerintahan mereka melalui Amerika Syarikat. Waktu ini pemerintahan berpindah daripada Amerika Syarikat kepada Israel.

Di antara misi-misi terakhirnya kini adalah untuk menghapuskan sistem matawang kertas (matawang fizikal yang dapat disentuh dan dilihat). Matawang tidak lagi akan dikenali sebagai alat yang dapat dilihat tetapi hanyalah nilai yang ditukar dan bertukar-tukar melalui sistem komputer dan mesin. (seperti yang telah digunakan sekarang – ATM, kad debit, kad kredit dan online banking). 

Sesungguhnya sistem kewangan dan perbankan benar-benar telah dikuasai mereka. Jika dijumlahkan semua hutang-hutang negara di Dunia ini, jumlahnya lebih daripada USD 223 trillion. Kegilaan apakah ini? Dengan siapa Dunia sedang berhutang?

Sejak berlakunya peristiwa WTC runtuh, mereka telah menciptakan sejenis chip seperti kapsul dan memperkenalkannya kepada rakyat Amerika. Mereka mengatakan jika chip itu ditanam ke dalam tubuh, maka berguna untuk kita mengetahui di mana anggota keluarga atau orang yang kita sayangi berada jika berlaku kemalangan atau kecemasan. Chip juga boleh menyimpan maklumat-maklumat peribadi lain seperti rekod kesihatan, kewangan dan rekod pengenalan diri. Chip juga boleh digunakan seperti kad debit atau kad kredit ketika membeli-belah. Chip juga boleh menjadi passport. Hanya perlu “scan”. 

Dengan mengawal sistem kewangan dan mengawal manusia secara TOTAL manusia tidak dapat lari lagi. Inilah misinya. 

Misi ini akan dijayakan dalam peringkat ‘Sehari seperti Sebulan’ yakni tahun 2001 hingga tahun 2022. Dan dalam peringkat ini juga mereka mahu memastikan Masjidil Aqsa runtuh. Mereka akan menggantikannya dengan binaan baru dan mereka akan melantik seorang pemerintah atau RAJA yang akan memerintah di situ.

Maka ketika itu sampailah Dajjal ke peringkat ke-4. Sehari seperti Hari-Hari biasa. 

Pada peringkat inilah Imam Al-Mahdi akan muncul… dan tidak lama kemudian Nabi Isa a.s. pula akan muncul seterusnya membunuh Dajjal.

Membaca apa yang telah saya garap di atas, saya akui ada kemungkinan boleh berlaku kesilapan saya membuat perkiraan waktu dan tahun. Mungkin Dajjal akan sebenarnya muncul secara fizikal pada tahun 2050, tahun 2070 atau tahun lain. Akan tetapi jalan ceritanya tetap sama. Hanya Allah yang mengetahuinya.

Allahu’alam…



Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s