KALAU LA DUIT BOLEH BERKATA-KATA

​Salam perkenalan,

Nama aku… Duit. Nama lain… Wang. Nama samaran… pitih. Omputih panggil… money atau currency. Orang arab kata… fulus.

Wajahku biasa2 sahaja walaupun rupaku bermacam2. Secara fizikalnya… aku sangat lemah. Namun, aku boleh memporak porandakan penghuni dunia ini.

Aku juga “BOLEH” mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan sifat Manusia boleh ku ubah, kerana manusia sentiasa mengejar dan mengidolakan aku. 

Banyak orang berubah keperibadiannya kerana aku,­­­. Ada yang mengkhianati temannya, Ada yang sanggup menjual tubuh badannya. Bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku. Hebat jugak la aku..kan?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh dan jahat. Tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin & rasa dihormati atau terhina.

Aku bukan iblis, tapi orang selalu melakukan perkara yg keji demi mengejar dan mendapatkan aku.

Aku juga bukan orang ketiga, tapi banyak suami isteri bercerai gara2 mengejar aku, adik beradik bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisih faham gara2 aku. Malah ada yang tidak sedar mereka menuju kehancuran kerana mengejarku.

Sangat jelas aku juga bukan Allah, Tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba2 Allah lebih menghormati aku… padahal ramai ulama sudah pesan jangan jadi hamba DUIT.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup mati demi aku.

Suka aku ingatkan, aku boleh ditukar utk menjadi resit ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk memanjangkan umur kamu.

Kalau suatu hari nanti kamu dijemput oleh Allah SWT, aku tak boleh menemani kamu. Apalagi utk menjadi penebus dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dgn Allah SWT sendirian tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN aku ke jalan yang baik2, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan?
INI AMANAT AKHIRKU : 
Aku “TIDAK ADA DI SYURGA”… Jadi jangan cari aku disana.

CADANGAN AKU:
1. Jangan terlalu sayang dengan aku.
2. Jangan lupa gunakan aku utk bayar Zakat… Infakkan la aku selalu. Sedekah aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih BARAKAH di dunia dan akhirat.

Akhir kata… imbangi la hidupmu di antara pemburuan Dunia Dan Akhirat.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s