PENAWAR SERIBU RASA

​​Bila-bila terasa duka kecewa mula menguasai dan meracuni jiwa, hayatilah bait-bait penawar ini… Penawar Seribu Rasa.

~~~~~~~~~~~
Aku melihat hidup sahabat-sahabatku begitu nikmat, rupa-rupanya mereka menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup sahabat-sahabatku tak ada duka dan kepedihan, rupa-rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian, rupa-rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya.

Aku perhatikan sahabatku cergas dan aktif dalam amalnya, rupa-rupanya dia bijak menyembunyikan keuzuran dan kesakitannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna, rupa-rupanya mereka berbahagia dengan mensyukuri apa yang ada.

Aku melihat hidup sahabat-sahabatku sangat beruntung, ternyata mereka selalu tunduk pada Allah untuk bergantung dan bertawakal.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui,  ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah.

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, semenjak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedangkan rezeki itu urusan-Nya.

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda-ganda.

Manusia membanting tulang, demi menambah jumlah angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, “Dari mana dan digunakan untuk apa?”

Kerana rezeki hanyalah “hak pinjam dan pakai dengan izin-Nya”, bukan “hak milik”.

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.

Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Jujur bila berkata,

Selami bila membaca,

Ikhlas bila menerima.

 ~~~~~~~~~

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s