ANTARTIKA: BENUA AIS YANG ANEH DAN ASING

Benarkah Antartika itu sebuah zon misteri yang aneh dan asing bagi kita?

Jika ada orang yang berkata tiada tempat dalam dunia ini yang belum diterokai manusia, mereka mungkin tersilap. Sebenarnya masih terdapat sebuah daratan yang sepi, penuh misteri, terbentang luas dan tidak terjangkau oleh manusia iaitu di kutub selatan yang dipanggil benua Antartika. Ia lebih luas dari Greenland di kutub utara dan jauh lebih besar dari Alaska di Amerika Utara.

Terikat dengan Perjanjian Antartika (Antarctic Treaty), kawasan ini dikawal oleh pasukan militari dari pelbagai negara termasuk Amerika, Perancis, Jepun, New Zealand, Norway, Russia dan British. Orang awam tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke benua ini tanpa sebarang tujuan yang dibenarkan. Kalau korang google nak cari gambar-gambar “military base” kat Antartika ni… jangan harap la korang dapat jumpa. Begitu la ketatnya kawalan maklumat tentangnya.

Dikawal militari dengan alasan untuk memelihara flora dan fauna, dan juga untuk tujuan “eksperimen sains”, tiada mana-mana pihak dibenarkan membuat tuntutan ke atas mana-mana zon di Antartika. Ia dikatakan kaya dengan sumber semulajadi seperti arang batu, uranium, tembaga, emas, nikel dan platinum. Diulangi sekali lagi… terdapat banyak kem tentera pelbagai negara dibina di Antartika yang ditugaskan untuk mengawal dari dicerobohi.

Sebenarnya sebahagian besar Antartika masih tidak diterokai manusia kerana pelbagai halangan cuaca ekstrim termasuk suhu sejuk di bawah takat beku melebihi -60°C. Pesawat juga tidak boleh terbang terlalu jauh kerana tiada bekalan bahanapi yang mencukupi untuk diisi semula.

Richard E. Byrd

Pengembara polar terkenal pada sekitar 1930-an, Richard E Byrd mengatakan benua Antartika lebih luas dari Amerika dan meskipun beberapa kali menjejak kaki ke sana, beliau masih tidak berpeluang meneroka seluruh benua ini kerana ia terlalu luas, suhu yang ekstrim dan bekalan oksigen dan logistik yang terbatas. 

Beliau juga mengatakan terdapat dinding-dinding ais yang tebal dan tinggi yang memerlukan ikhtiar yang melampaui kemampuan manusia untuk mengatasi halangan-halangan sepertinya. 

Penguin adalah pengunjung tetap Antarctica

Dalam ekspedisi beliau pada 1934, beliau terpaksa bertarung nyawa dan akhirnya ditemui oleh penyelamat dalam keadaan fizikal yang teruk dan lemah. Beliau menceritakan pengalamannya di dalam buku autobiografinya bertajuk “Alone”. Pada 1938, beliau dijemput untuk turut serta dalam ekspedisi kumpulan saintis German tapi beliau menolak.

Ketinggian gunung ais di Antarctica yang sukar dibayangkan

Ada yang mengatakan bahawa terdapat barrier atau batas ais setinggi 3 kilometer hampir menyamai ketinggian Gunung Everest dari Base Camp (puncak Everest setinggi 8848 meter diukur dari paras laut). Jika mendaki puncak Everest anda perlukan bekalan oksigen secukupnya, bayangkan anda perlu merentasi daratan ais sejauh beribu-ribu kilometer sebelum mendaki banjaran gunung ais hampir setinggi Gunung Everest. 

Kira berapa ramai rombongan yang perlu ikut serta, berapa kilogram bekalan makanan dan ubat-ubatan yang diperlukan dan berbagai peralatan survival yang lain seperti khemah, jaket tebal dan lain-lain. Antartika memang tidak terjangkau oleh manusia.

Pengkaji NASA, Kelly Brunt berpendapat, tahap kecairan ais di Antartika boleh memberi kesan kepada kenaikan paras laut di seluruh dunia. Ia tidak melibatkan ais di kutub utara. Anda boleh bayangkan jika anda membina beting pasir pantai setinggi 10cm berbentuk bulatan dan curah air ke dalam bulatan itu, Kemudian anda jatuhkan sebahagian pasir itu ke dalam takungan air menjadikan tinggi beting pasir itu berkurang sebanyak 2cm, maka paras air di dalam takungan itu akan meningkat.

Air di dalam beting pasir pantai

Meskipun manusia mendakwa kononnya telah mengembara ke angkasa (hehe… konon dah sampai menjejaki kaki di bulan), masih ada tempat di bumi yang tidak mampu dijelajahi dan itulah Antartika. Kekurangan-kekurangan ini telah menghadkan pergerakan Byrd. Beliau sedar setakat mana kemampuan yang ada.

Jika Antarctica telah diterokai sepenuhnya, kemungkinan terdapat gunung yang lebih tinggi di sana dan Everest bukan lagi puncak tertinggi di dunia.

Antarctica mengelilingi seluruh lautan dan benua manakala matahari dan bulan berputar keliling bumi menurut gambaran Flat Earth Society 

Menurut Flat Earth Society (kumpulan yang memperkenalkan semula teori bahawa Bumi berbentuk disk dan tidak berputar pada paksinya), Antartika adalah sebenarnya sebuah perimeter atau lilitan ais yang mengelilingi bumi dan menakung lautan dan daratan di tengahnya. 

Ia seperti sekeping pizza yang mempunyai kerak di kelilingnya, kerak itu adalah banjaran gunung ais yang menghalang manusia dari pergi keluar dari sana. Ehhh… sama pulak macam logo PBB atau UN?

Kalau begini, mungkin ada logiknya jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah kutub utara walau di mana saja anda berada di atas bumi ini.

Lihat betapa luasnya Antarctica di dalam peta yang cuba digambarkan oleh mereka yang percaya bumi ini berbentuk sfera. 

Aktiviti manusia di dunia sepi Antartika (termasuk pengembaraan Byrd ini) hanya tertumpu kepada kawasan semenanjung seperti di Pine Island, Thwaites Glacier, Penguin Island dan beberapa lokasi lagi. Masih jauh lebih banyak kawasan yang belum dijelajahi langsung oleh manusia di Antartika.

Allahu’alam… semoga bermanfaat diketahui dan dikaji lebih lanjut lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s